Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Bukan Mr Arrogant Dan Kenapa Blogger Senior ,Blogger Popular Begitu Sombong ?

mr arrogant

Assalamualikum


Ya Allah hari demi hari semakin sibuk kerana tinggal 4 minggu lagi untuk sesi pembelajaran dan akan peperiksaan akhir sem. Dan terlalu banyak pekara yang perlu di uruskan ,esok akan "cover stroy" untuk program-program yang akan berlangsung dan dengan kerja yang melambak.

Semalam acik di hantar email oleh beberapa yang menyatakan kekecewaannya terhadap acik , dan acik di katakan sombong ? 

Adakah acik salah baca ataupun kamu yang tak kenal acik lagi ? 

Ye acik memang kurang pendedahan tentang diri, acik tidak di kenali ramai tapi itu bukan alasan untuk acik menjadi seorang yang sombong. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Kalau kamu berjumpa dengan acik jangan terkejut kerana tentu sekali perwatakan acik berbeza sama sekali. Tanyalah kepada mereka yang pernah kenal dengan acik.

Acik minta maaf sangat kerana beberapa minggu ini acik sangat sibuk, dan tak dapat berkunjung ke semua blog, mana yang termampu sahaja. 

Dan terdapat beberapa pertanyaan yang katakan kenapa blogger senior ataupun blogger popular begitu sombong ?

Tak baik bersangka begitu, kita husnozon ( bersangka baik) boleh jadi mereka terlalu sibuk dan hanya ada masa tentu untuk kemaskini entri sahaja. Yelah kebanyakkan blogger ini bukanlah blogger sepenuh masa tetapi rasa kerjaya lain di luar sana.

Kedua, boleh jadi ketika kamu komen atau tinggalkan jejak masa itu dia "offline" dan tak sedar dan komen-komen lain banyak pula masuk.

Ketiga ,  mungkin ketika itu dia dalam keadaan tak sehat , ada tugasan, ada kerja perlu di buat sehinggakan tak sempat untuk di baca.

Keempat, Kalau nak balas satu persatu komen memang jenuh perlukan masa berjam-jam di hadapan komputer. 

Jadi jangan cepat melulu dan melatah, kita bersangka baik ,jika kita sentiasa bersangka baik dan positif insyaAllah Allah akan hantarkan pekara-pekara yang positif juga untuk kita. Ahhh mana satu hari nanti blogger terkenal seperti Ben ashaari, Fatin liyana, Yuyu zalika, abang ensem dan blogger terkenal lain berkunjung ke blog kamu pula. 

Sebagai blogger baru kamu kena faham satu istilah iaitu "consideration" dan hak seseorang blogger itu untuk berkunjungan kembali atau tidak. Kita tidak ada hak untuk memaksa, kamu mahu mereka datang sekali atau berkali-kali ? Jadi fikirkanlah ye. Wasalam.

Catat Ulasan

44 Ulasan

edisi berkata…
adatlah tu....blogger junior kena humble sikit...haha
Adriannasyaz berkata…
Sya ok je..sya pg je komen kat blog2 blogger senior..diaorg x berkunjung blik pun xpe..jnji dapt berkongsi2 cerita kat sini :)
Unknown berkata…
sama la dgn yumida acik..kengkdg masa x mengizinkan
imagine kan 2 jam je online setiap hari..nak tersangkut2 rasanya
nak terjah mereka yg bertandang, nak update, nak baca news..hadoi..tgn laju je menaip..typo tu mmg biasa..dah lali tangan ni..hikhik
tp tu la, ada sesetghnya x faham, mungkin sbb mereka berminat pd penulisan kita, kita lambat reply, x online, x berkesempatan, makanya mereka akan anggap kita blogger sombong
penaberkala berkata…
dulu seronok je dapat blogwalking sana sini, tapi skang bizi memang susah la
jarang je update blog..
ok la kan, at least update jugak walau jarang-jarang
susah woo nk tinggal hobi blogging ni

lek ah,Mr Arrogant tgh famous skang, wakaka
waklek wak peace sudey
Engku Muzahadin berkata…
Yup, sejak dah keja mmg susah sikit nk bw n letak komen dkt entry org.. Huhu
Tanpa Nama berkata…
acik jadi mr arrogant yer?hehehehe.
Asha Lya berkata…
sabar ya acik..mereka tak faham situasai acik macam mna.semua orang ada komitmen..berblog nie secara sambilan ja
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Kiranya akak ni bertuah sgtlah rasanya sbb acik selalu berkunjung ke blog akak...terimakasih acik...

Akak ni memanglah rabun dlm dunia blog ni,tujuan akak pergi ke mana2 blog utk cari ilmu...kalau dlm satu blog tu ada byk info yg akak blh dpt mcm blog acik ni...kat sini je la akak melekat....
Tanpa Nama berkata…
Takpe acik...sabarlah...setiap kali acik update entry..mesti acik cerita kesibukan acik setiap hari sebagai penuntut...kalau mereka prihatin dgn apa yg acik tulis dn pernah jd penuntut juga..tentu tkde persoalan dn salah sangka....
Vee berkata…
Bukan Mr Arrogant, tp Mr Izahar. Jadinya "I love you Mr Izahar Sabtu". Ehh? Haha jk ;) Betul tu, Acik. Vee baru je ulas benda ni smlm. Kadang2 bila tgk kita tak follow balik, terus ja dorang unfollow. Alasannya kita tak follow balik. Kdg2 entry je byk, tp semua tu sbenarnya auto publish. Dorang kena merasa dulu busy tahap antarabangsa baru fhm.. Takpala, Tuhan lebih tahu dan memahami :)
Unknown berkata…
salam. sabar je lah, kita bukan insan sesempurna yang diinginkan
Nina Mads berkata…
suka ayat last acik tu.. xsemua blogger ada masa nk bw ke semua blog setiap hari. mcm mana ye nk hadapi orang yg suka komen merepek2 di blog?
PeRdU cINta berkata…
semua berbalik pada asas yang satu..lillahitaala..apa pun yang kita lakukan..lillahitaala..kerana silaturahim kita kunjungi blog sahabat..kerana rasa berlapang dada kita hulur salam perkenalan..dan dalam ketika yang sama kita mesti berlapang dada..belajar memahami situasi sahabat blogger lain..satu yang PC belajar melalui dunia blogger ni..belajar bersabar dan nilai keikhlasan itu tidak mampu diungkap dengan kata-kata..
Unknown berkata…
hihi...cik akakk sibuk sekarang nie..sebab BB terminated..hahaha
Unknown berkata…
kdg2 tu sdih jgk klau mcm senior blogger buat tak tahu je tp sentiasa berprasangka baik mcm kata acik tuu. hihihi
BinMuhammad berkata…
Semua pernah jadi blogger baru dan pernah juga terasa begitu... Bila dah lama nanti barulah faham... terangkanlah baik2 kpd mereka...Insyaallah masing2 akan saling memahami dan menghormati.
Fiza Aizzawa berkata…
biarla kalau mereka nk berlagak ker.. fiza mmg tak kesah langsung.. mmg terus terang fiza ckp ader certain mmg berlagak.. tp nk wat mcm mn itu hak mereka.. >_<
Unknown berkata…
Pada ambe, tak ada istilah sombong atau tak...masing-masing ada komitmen yg perlu didahulukan. Rasanya sebagai blogger patutnya faham situasi ini. Majoriti bukanlah full time blogger. Masih ada tanggungjawab yg perlu dilakukan.
Shahrul Yusof berkata…
Jangankan blogger famous je yang busy, yang tak berapa famous macam aku ni pun kerap jugak busy. Haha. Tapi betul la macam yang Acik cakapkan tu, kita memang kena bersangka baik. Orang bukannya suka-suka nak berlagak sombong, cuma masa terpaksa diluangkan ke komitmen lain.
Mizz Aiza berkata…
bagi akak setiap orang ada komitmen masing-masing.. kebanyakan blogger part time saja.. jadi semestinya mereka ada komitemen terhadap kerjaya, study atau keluarga juga.. seharusnya kita memahami situasi ini.. tidak berkunjung balas bukanlah bermaksud sombong..
Unknown berkata…
sabar jela acik..mungkin ini dugaan seorang blogger..:)
Adam Faiz berkata…
Setuju sangat,Jangan bertindak melulu :)
budakbandunglaici berkata…
BBL blogwalking balik ke blog y singgah ke blog. itu cara BBL nak ucap terima kasih kepada mereka. sabar jelah acik
MalizaMah berkata…
sejak bekerja ni. mmg masa cemburu kat leeza. huuuuuuuu
Unknown berkata…
sabar ye acik,lumrah kehidupan,memang susah nak puaskan hati semua orang:)
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

mselim3 pernah ada pengalaman visit blogger otai contohnya seperti abg ben,fatin liyana,aniszalika,dan lyssasecret dan seangkatan dengannya.
Abg ben pun pernah jadi follower mselim3..
dahulu abg ben sangat suka buat segmen utk blogger baru dan mselim3 pernah menang segmen dia...

lyssa dulu mselim3 selalu visit dia dan pernah visit balik tp komen kat kotak komen... mselim3 x kisah.. no hal punyer.. sebenarnya tiap2 blogger mempunyai attitude yang berbeza... cuma kenali blogger otai2 nie.. tapi persamaan mereka adalah satu....TRAFFIK...

Faham apa maksud TRAFFIK..

Begini setiap blogger otai atau baru sangat2 suka jika ada blogger2 macam2 kita bg traffik dekat diaorang...traffik bukan biasa2 tp super serb...traffik terbaik punyer kasik kat diaorang.

Kalau kita nak blogger nie komen dan baik dengan kita...gini tiap2 kita mempunyai pengikut unik tersendiri kan!...
ok kita anjurkan satu segmen yang sama...dah kita ramai2 klik pautan dan promote blog otai2 nie .

Siapa tak kenal PCL, Dunia Kecil,duniashida,yumida,BL,emasputih dan lain2 lagi ramai nak sebut satu...pengikut2 nie kita satu dalam satu segmen mega... barulah blogger otai terperanjat adanyer blogger macam2 kita nie...apermacam ader berani!

Cadangan aje...

mselim3

pls: sebenar nya dunia blogger kecil kita semua perlu bersatu..dan saling sokong menyokong...
Acik...entri menarik... Mr Izahar...nama yang menarik...teruskan perjuangan anda.
Blog Santai berkata…
Relax k acik...nanti dia orang cool lah tu...semua orang ada komitmen kan..bila da masa sure kita akan BW punya..support kawan-kawan kan...Thanks ya selalu juga singgah Blog santai..walau sibuk..
Unknown berkata…
setuju dengan acik. semua orang ada kerja masing2 yg nak kena setel. kita kena fahamlah. lagi pun itu hak masing2. relax acik. peace ;D
Khir Khalid berkata…
Acik pun kira blogger otai juga.. sy salute dgn Acik.. all the best.. :)
Fahmi berkata…
Setuju dengan Encik Khir, rasanya Acik ni lama gak berblog ... So far saya bab balas komen boleh lagi (berapa kerat je komen yang saya dapat pun) tapi kekadang nak update entri tu payah sket almaklum la berkerjaya sepenuh masa
sobri yaacob berkata…
salam bro muslim.. yuo saya stuju.. ha.ha..
blogger baru ke lama ke.. yg penting kita sudah ada
pengikut yg tersendiri.. biasalah bukan semua orang ada masa nak komen balas setiap blog.. cadangan bro memang saya setuju ha.ha :) mungkin acik or bro muslim boleh wujudkan segment ni :) skadar cadangan...
sobri yaacob berkata…
adatla..biasalah bukan sempat nak singgah ke smua blog.. blas kunjungan..saya pun online bukan selalu.. dalam sehari peruntutkan 2 jam je online.. dalm 2 jam byak mana kita leh wat kunjungan blas kan acik? :)
sitirohaida berkata…
tak semua orang suka apa yang kita buat..just berprasangka baik jelah
Abam Kie berkata…
In Shaa Allah, sy akn melawat blog yg telah beri komen di blog sy biar pun lewat. sy ni blogger mesra alam sbb x yah sombong2 la sbb kita semua ni saling memerlukan...Wallahualam...
tarmizi berkata…
Acik jgn lupa lawat blog mizi ye..
Atien berkata…
Saya pn bru je kenal2 acik ni,,alhamdulillah x nmpk dmana sombongnya.acik rajin juga ke blog saya walau x hari2.hihii thanks acik..
Lainla kalau online 24 jam..x de keje lain.bkn sng nk buat org smua suke dkt kita.Gud luck 4 exam acik..caiyok!!
Mohd Shubhi berkata…
Blogger seniour yang juniorpun ada jugak...tapi tak sombong
Unknown berkata…
Saya pun agak 'sombong' jgk sekarang sbb terlalu busy dgn perniagaan..
Maria Firdz berkata…
Hmm... Biasa yg sgka kita sombong tu blogger baru dlm dunia blogger.. Bila kunjungn dia tak berblas..tak follow dia blik dr tu dia kata kita sombong.. Biar je lah acik.. Tpi sy thu acik x bgitu...
licha berkata…
hm.. pyh jgk la kn. tak pelah. aslkan tak sombong bila dgn org lain sudahlah.
Tengkubutang berkata…
hemm.. sebenonya teman pun dulu ada bersangka macam tu jugak.. hu2.. baru tersedar ...
Affy Afiqah berkata…
ika pun blogger biasa2, baru nak aktif2 semula dengan blogging, pada ika memang patut kita bersangka baik ni, jangan bersikap negative sangat pada orang lain, takut nanti jadi dekat diri sendiri orang cakap kita sombong dan sebagainya kita marah2 orang tu pula :)
Nurulhidayah berkata…
mmg seronok kalau org dtg blog kite dan tinggalkn komen.. org brbudi kite brbahasa tp adakalanya masa tak mengizinkan kita untuk brbahasa....