Assalamualaikum
Pertemuan semalam bersama Iwan raja dangdut dan kini lebih di kenali sebagai Iwan Syahman sangat terkesan di hati. Perkongsian yang di sampaikan itu sangat bermakna dan memberi impak terhadap diri ini.
![]() |
Aku Penghibur Bersama Iwan Syahman |
Dalam hidup kita ini, kita sangat beruntung kerana lahir di dalam islam. Bila buka mata di bumi Allah ini mata kita melihat keindahan ciptaan Allah, kita mendengar ayat-ayat suci Allah. Hati kita merasai kasih sayang dari seorang ibu yang melahirkan kita yang diturunkan oleh Allah. Tapi bila kita dah dapat semua yang kita perlukan di dunia ini kita semakin menjarak diri kepada Allah. Bukan kita antara mereka yang tidak bersyukur atas nikmat Allah ?
Nauzubillah , janganlah kita tergolongan dari kalangan itu,dan ini adalah antara kata-kata Iwan Syahman yang buatkan acik terkesan di hati adalah :
Semasa dulu masa menyanyi banyak menyanyikan lagu-lagu berbentuk cinta kepada makluk sedangkan kita seharusnya mencintainya pencipta kita. Kita di lahirkan islam tapi kita tidak amalkan cara hidup islam dalam hidup ini, kita jarang berselawat ke atas Rasullulah sedangkan sebelum wafatnya baginda selalu mengingati kita, umati..umati . Di kala saya sedang leka memikirkan makna kehidupan sebenar, tanpa disedari minda saya menerawang entah ke mana.Semuanya ibarat air yang dituang ke dalam gelas. Bila penuh, ia tertumpah di atas lantai seolah-olah tiada erti. Saya anggap kehidupan saya seperti pembaziran dan dari situ saya cari hidayah Allah itu.
Sebenarnya panjang lebar lagi apa yang di perkatakan , tetapi acik selitkan sedikit sahaja. Begitulah hidup kita, sangat bertuah sangat kepada mereka yang Allah anugerahkan hidayah kepadanya .Dan kita sebagai manusia perlu juga mencari hidayah tersebut untuk diri kita.
Jangan kata nanti tunggu bila kita dah tua baru nak bertaubat, itupun kalau ada kesempatan .Entah esok lusa kita dah mati dan tak sempat bertaubat ? bukankah kita dari golongan yang mensia-siakan hidup.
Kunci utama dalam kehidupan ini adalah solat, solat itu tiang agama, jika kita tidak menjaga solat maka runtuhlah tiang yang di bina. Maka dengan itu jagalah solat dan kita amar makruf nahi mungkar serta selebihnya kita perbaiki mana yang kurang, berpuasa, berselawat dan sebagainya.
Acik menaip ini untuk mengingati diri ini agar tidak jauh dari Allah, agar tidak leka dengan mainan duniawi. Dari dunia inilah sepatutnya menjadi bekalan untuk ke alam satu lagi.
Hidayah itu perlu di cari bukan di tunggu dan di biarkan berlalu begitu sahaja.Tidak akan ada manusia yang diberikan hidayah
oleh Allah SWT jika mereka mengharapkannya tanpa usaha sebagaimana sudah
dinyatakan dalam surah Ar-Raad, ayat 11, yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu
menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut,
sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran kepada
orang-orang yang mengetahui.” - Ayat 97, surah al-An’am.
Sebab itulah kita harus muhasabah diri dalam mencari hidayah Allah itu. Akhir kata dari acik, kita lihatlah apa yang kita buat setiap hari ?
42 ulasan:
InsyaAllah..sama2 berusaha dan berdoa..
Macam Acik kata,Solatlah yang paling utama..jaganya..terjagalah kita..InsyaAllah.. kalau dulu orang2 tua nyanyi lagu cinta pada anak-anak,nati kita ada anak2 nanti..bacalah zikir dan ayat2 Al-Quran..kitalah pengubahnya..InsyaAllah..
setuju sangat dengan entry acik ni..
in sha Allah..bersama kita mencari..
yes..betul..hidayah perlu dicari..nak hidayah Allah kena sentiasa berdoa..berdoa dan berdoa..minta padaNYA..kebaikkan yang ada pada kita hendaklah sentiasa di gilap agar mampu menarik kita ke kutub amal ma`ruf..dan menewaskan mungkar..amin..
menunggu hidayah Allah?
umpama orang tiada cita2 dan kesungguhan dalam hidup.
ustaz iman kata..kita semua dah ada hidayah tapi kita tak cari.sebabnya kitayang menunggu bukan mencari.pemalsnya person huhu
salam acik..
setuju hidayah perlu dicari..
suka tgok perubahan artis skrg..
byak yg dah berubah :)
Lain Iwan dulu dgn Iwan sekarang. In shaa Allah kita sama2 encari hidayah Ilahi.
betul tu acik, kadang kita ni menunggu ibarat macam umur tu panjang sangat.. walhal kita sepatutnya bangkit dah cari hidayah tu, kalau rasa diri dah beriman maka pertambahkan lagi ilmu kita agar menjadi umat yang Allah sayangi kelak..
kalau Allah nak panggil kita mengadapNya bukan kira usia..elok kita bersiap sedia...
InsyaAllah semoga kita sentiasa dilindungi :)
amin
terima kasih atas perkongsian ini acik..
nice sharing..
berdoa dan berusahalah!semoga niat dan tindakan memperbaiki diri dan org2 terdekat sentiasa diberkati dan dlm redhaNya
Serius... hidayah memang perlu dicari bukan tunggu dtg bergolek.
bagusnye..acik dpt dengar direct dari ex penyanyi ni
mmg memuhasabahkan diri
tq acik berkongsi ngan kami
betul tu acik..terima ksih untuk perkongsiannya..:)
betul tu acik, setiap perbuatan kerana allah :)
Akak mengikuti perkembangan iwan ketika beliau seorg penyanyi dangdut wpun akak x ler minat dangdut . Syukur alhamdulillah , dia dah berhijrah . mudah2an hidupnya mendapat lebih barakah drp Allah ... aaamin .
memang kita yang perlu mencari acik, kalau tunggu takkan sampai.... kalau sampai itu namanya sangat bernasib baik dan mungkin kita adalah insan yang terpilih...
x sangka kan smpai mcm tu sekali Iwan berubah.. hidayah tu milik Allah.. dan semua org layak menerima hidayah drpd Allah... :)
Assalamualaikum.
Saya membesar dgn lagu dangdutnya acik..hehe. Ingat lagi zaman kegemilangannya dengan amelina.
Hidayah memang perlu dicari.. bukan tunggu Allah campak dalam hati.. konsepnya sama saja spt perkara lain yg kita kejar kt dunia ni. Semua perlukan usaha, nak kaya, nak kereta. Kalau kita boleh usahakan diri untuk capai material/benda2 ni, hidayah juga begitu.
berlain dah muka dia la ni...ke arah yang baik..doakan dia..in shaa allah ;-)
Alhamdulillah beliau antara yang terpilih untuk menerima hidayah Allah..Moga kita semua dibawah rahmatnya...Aminnn..
Kadangkala hidayah itu sudah ada depan mata...cuma kita tak sedar.
Assalammualaikum,,,achik,
bagus entry nie... memang begitu achik.. hidayah memang perlu dicari bukan di tunggu... ikhwan seorang penyanyi telah berubah ke arah yg lebih baik dan byk artis malausia sudah berhijrah ke lebih baik..
mselim3 suka penulisan achik.. lebih islamik... terbaik! teruskan saudaraku...
mselim3
pls: moga entry yg lebih mengajak ke arah kebaikan dan saling mengingati ini diteruskan.. amin.
thx acik sbb sentiasa mengingatkan pembaca dan juga Fiza.. sm2 kita mencari hidayah Allah.. amin..
Bestnya entri kali ini...
Subhanallah... hidayah Allah mmg seharusnya kita cari. Terkesan dgn kata2 saudara Iwan tu berkenaan kesedaran dirinya terhadap hidayah Allah. Semoga menjadi ikutan kpd kita semua.. T kasih Acik diatas perkongsian ini.. :)
Thanks atas perkongsian ini Acik :-) Saya setuju berkenaan petunjuk itu perlu dicari, dan bukan hanya sekadar duduk menunggunya. Mencari makna hidup akan mendorong kita kepada mencari keredhaan Allah dalam hidup kita.
betul tu acik... nk apa pun kena usaha kan.. cuma hidayah Allah ni mahal sgt2... kena usaha dan cari juga utk dapatkannya... jgn la asyik jwb 'tak sampai' seru.. sbb seruan tu dah lama dtg... sejak trunnya kitab dan diutuskan Rasul.
terima kasih di atas peringatan ini acik.. kita mesti berusaha dan berdoa.. bukan hanya menunggu ianya datang..
setuju sgt. semua kena usaha dan cari :) licha klik nuffnang sini
:) Untuk menjadi hamba yang hebat ..
sahutlah cinta dariNya ..
ujian itu juga salah satu petanda ..
Dia sangat mencintai Kita...
dan..
sebab manusia sekarang..
berbangga dengan kecantikannya
berbangga dengan kecerdikannya
berbangga dengan kekayaannya
berbangga dengan pangkatnya ...
hingga bersifat lupa ..
untuk merendah diri di sisiNya ..
sedangkan segalanya itu datang dariNya...
ingatan utk diri sendiri juga tq
entri yg baik..
apa2pun kita usaha utk jd yg terbaik.
masih mencari kekurangan diri
insyaallah...
selalu berdoa minta petunjuk darinya
mudah-mudahan dapat hidayah
betul sangat..tq acik..
Aku setuju!
Aku setuju. Hidayah DIA perlu dicari.
alhamdulillah suka tengok ramai artis yang dah berhijrah,
semoga jadi pengajaran dan renungan buat semua....
Setuju acik. Kunci utamanya ialah solat. Jagalah solat kita.
Catat Ulasan