Pengikut

Ahad, 17 November 2013

Rindu Seorang Ibu Terhadap Anaknya


ibu sayang anaknya

Assalamualaikum

Alhamdulilah selesai tugasan hari ini, sangat penat untuk "cover story" di sana sini sekitar Shah Alam.Tapi seronok kerana dapat pengalaman baru yang sangat berharga terutama berdepan dengan pelbagai telatah manusia. Dalam dunia ini kita sangat bertuah jika mempunyai ibu dan ayah, jagalah mereka dan kasihilah kita lebih dari mereka mengasihi kita dari kecil hingga ke dewasa. 

Petang tadi acik pergi satu program di PKNS shah Alam ada Program Bicara Hijrah, kebetulan sedang acik duduk mendengar ceramah yang di sampai oleh Iwan Shahman. Tiba-tiba acik di datangi oleh seorang mak cik dan seorang kakak yang berusia dalam lingkungan 30an. Tiba-tiba kakak itu bertanya  :

Kakak :  Adik siapa nama ? 
Acik :  Nama saya izahar orang panggil acik, kenapa kak ?
Kakak : Adik duduk di mana ye ?
Acik : saya Tinggal dekat sini jugak kak di seksyen 2 Shah Alam

Tiba-tiba mak cik menagis teresak-esak

Acik : Akak kena mak akak menagis nie ? saya ada buat salah ke kak ? 
 Kakak : Ehh tak delah dik, adik tak buat salah apa-apa pun tapi bila kami lihat wajah adik, saya ingatkan adik ini adik saya yang telah meninggal dunia 1 tahun yang lepas, mak akak sayang betul dengan dia . 

Secara tiba-tiba mak cik tu terus memeluk acik, dan secara jujurnya masa itu acik tak tahu nak buat apa dan biarkan sahaja. Tiba-tiba hati ini menjadi hiba apabila dengar apa yang mak cik itu katakan.

Mak cik : adik mak rindukan sangat kat adik, kenapa adik tinggalkan mak, kenapa adik pergi dulu ? adik dah janji tak nak tinggalkan mak, mak rindu sangat dekat adik.

 Ketika itu acik biarkan mak cik itu peluk acik dan acik menenangkan mak cik. Apa yang boleh acik berikan adalah kata-kata semangat kepada mak cik tu , apa yang boleh acik berikan adalah mendoakan kesejahteraan anak mak cik tersebut.

Itulah hebatnya kasih sayang seorang ibu, walaupun anaknya telah tiada, tetapi kasih sayangnya tidak pernah berubah walaupun musim silih berganti. Ibu adalah insan yang paling hebat di dunia ini, doanya tidak pernah putus untuk anak-anaknya yang di sayangi. Ibu mana tidak sayang anaknya ?

Bila keadaan mak cik telah tenang ,dia melepaskan pelukkan itu dan berkali-kali meminta maaf dengan acik kerana kelakuannya. Dan acik tidak berkesempatan untuk melihat wajah anaknya adakalah seiras acik ? 

Biarlah, setidaknya ia dapat menenangkan hati seorang ibu yang merindukan anaknya yang telah jauh meninggalkannya,

Share This!


30 ulasan:

  1. Huhu...sedihnya... Mmg itulah perasaan dan naluri seorg ibu... :-(

    BalasPadam
  2. tersentap sedih kak cik baca.,...
    ini baru baca...
    kalau tengok...
    kompem teresak2...

    kasih seorang ibu

    BalasPadam
  3. kasih seorang ibi tiada tandinggannya..

    BalasPadam
  4. :') ... elok Acik jd anak angkat dia.. terubat sket windu dia..

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum...achik,

    sedih pulak mselim3 membaca kisah nie... kisah benar pulak..pehh.. tangkap leleh air mata mselim3...

    mselim3

    BalasPadam
  6. sebak la acik..jadi selagi mana kita masih punya ibu dan ayah..hargai mereka..kerana kasih sayang mereka tidak pernah lekang untuk kita..amin :)

    BalasPadam
  7. Sedih dgn entri ni.. kasih ibu mmbawa ke syurga.. hargailah jasa ibu..

    BalasPadam
  8. sedihnya.. mesti makcik tu rindu sangat2 kat arwah anak dia kan?

    BalasPadam
  9. Sama juga bila ibu pergi dulu dari anaknya, kasih sayangnya still x berubah. :)

    BalasPadam
  10. Huhu,,sedih je kalau saya da ikut nangis

    BalasPadam
  11. sebaknya.. pasti mak cik itu amat merindui anaknya.. al-fatihah untuk arwah anaknya..

    BalasPadam
  12. nice acik..wonderful moments to you..life is not that easy when we lost someone we love..lebih2 lagi org yg kita betul2 syg.. at least that momma masih dapat lihat anaknya..walau bukan org sebenar.. Kuasa Tuhan.. Tuh tanda Allah sayangkan makcik tuh.. baik kan Allah?.. hehe..ok.. Allah love you.

    BalasPadam
  13. Sedihnya...kalau akak turut berada di situ...tentu akak menangis sama.....

    BalasPadam
  14. salam.
    sedih baca.
    kasih ibu tiada pengganti..
    p/s: knpa anak dia tingglkan dia??
    meninggal atau lari dari rumah..
    somga kasih dua beranak bertemu kembali ;0

    BalasPadam
  15. ibu bapa kita hanya seorang je tuhan beri kepada kita..takkan ada ganti dah

    BalasPadam
  16. kesiannya, moga makcik tu kuatkan semangat..:)

    BalasPadam
  17. kasih seorg ibu ttp kekal abadi, cuma anak saja kadng kala boleh lupakan ibunya.....

    BalasPadam
  18. Sedihnya cerita Acik ni.. Kesian kat Mak cik tu.. dia rindu anaknya.. Nak buat macam manakan Allah lebih menyayangi anak mak cik tu..

    BalasPadam
  19. kesimpulannya hargai yang masih bernyawa :)

    BalasPadam
  20. Allahu Akbar... qada' dan qadar Allah,siapa kita untuk menidakkannya.. selagi masih berpeluang,jangan disiakan..

    BalasPadam
  21. sedekahkan doa, sedekahkan ayat2 alquran kepada arwah anak makcik tersebut, semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman,
    kasih sayang ibu tiada tandingannya :)

    BalasPadam
  22. Perkara macam ni belum pernah terjadi kepada saya lagi. Memang sedih kan.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails