Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka pinjaman Allah yang sementara ini, ucaplah syukur atas nikmat yang di berikan kepada kita. Bila baca tajuk tu mesti ada yang terus buat muka, dalam hati terus marah " itu hak aku ,aku punya sukalah " dan macam-macam lagi rungutan.

Setiap manusia di dalam dunia ini Allah jadikan pelbagai dan ujiannya tentulah berlainanan. Baru-baru ini acik terbaca satu artikel di sebuah majalah untuk fesyen orang yang berbadan besar. Dia mengatakan bahawa orang yang bersaiz XXL ini tidak seharusnya mengenakan baju yang besar , kalau pakai nanti nampak makin gemuk , biar pakai legging nanti nampak seksi sebab menampak bentuk kaki biar seperti model.

Kejap-kejap nak tanya perempuan pakai legging seksi ? 

Bukan niat acik mahu mempelekehkan kepada mereka yang berbadan besar, acik pun "chubby" juga tapi pandai-pandailah jaga diri. Sekarang ini semakin "trend" kepada wanita yang berbadan besar memakai baju-baju dan seluar-seluar yang ketat sana sini. Tujuan utamanya untuk membuktikan bahawa perempuan badan besar pun boleh berfesyen.

Memang tak salah kalau nak berfesyen sekalipun, pakailah bagaimanapun tapi yang paling penting adalah menutup aurat. Hampir seminggu acik bertugas  buat liputan di beberapa pusat membeli belah, apa yang acik dapat perhatikan perempuan berbadan besar semakin gemar memperagakan keseksiannya untuk melihatkan dirinya juga seksi.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab, ayat 59)

Secara jujur itu bukan seksi tapi seksa dan itu bukan kemuliaan bagi seorang wanita yang beragama islam. Pada aciklah ,nak bergaya,silakan tapi pastikan pakaian itu menutup aurat. Besar dan longgar  sikit pakaian tak apa tetap cantik.Perempuan yang berbadan besar comel sebenarnya jika pandai mengayakan diri.

Jangan rendah diri dan rasa tak yakin diri, buktikan kepada mereka bahawa dengan menjaga aurat juga boleh nampak cantik terutama dari pandangan Allah. Akhir kata dari acik, marilah sama-sama kita baiki diri, buat apa kita nak puaskan hati orang sahaja, bagaimana dengan ALLAH ? pakailah menutup aurat walaubagaimanapun dan apapun alasan kita. Acik minta maaf jika ada yang terasa ye.