Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki Tak Hensem Dapat Perempuan Cantik / Perempuan Tak Cantik Dapat Lelaki Hensem ?


perempuan baring atas riba suami | akupenghibur

Assalamualaikum

Alhamdulilah acik dah melupakan apa yang terjadi semalam dan acik sibukkan diri dengan menyertai bengkel penulisan dan pengarahan bagi drama dan teater. Sangat seronok dapat pengalaman yang baru terutama dari mereka yang pakar seperti Puan Rozie merupakan pensyarah di aswara ,seorang lagi encik Namron merupakan seorang artis dan pegiat teater di tanah air kita. Mereka memberikan banyak input yang sangat berguna.

Kebetulan pulang sahaja dari program ini acik dapat panggilan dari kak Jija ,dia pula merupakan seorang sahabat rapat masa di politeknik dahulu dan menjadi kakak angkat acik juga, kami pun berborak panjang.

Kak Jija : Wahh acik semakin semangat ye , yelah hati senang duduk di Shah Alam nie tak macam masa di merlimau dulu.

Acik : Alhamdulilah, inilah acik yang sekarang,  acik bersyukur dengan diri sekarang,janji sehat. 

Kak Jija :  Sebenarnya dik, akak dah lama sangat nak jumpa dengan acik, nak kongsi cerita dan akak paling sedih bila adik tak datang masa akak kawin. Ini akak nak kenalkan suami akak dekat adik akak ini.

Acik : minta maaf sangat kak, masa tu sangat sibuk nak final ,tak dapat nak datang,wah baiknya hati sampai nak kenalkan pada acik.Apa yang akak nak cerita dengan acik nie  ?

Akak Jija : Ermm macam gini dik, akak selalu hadapi masalah dik apabila akak kawin dengan abang zul ini di pertikaikan. Mereka kata akak "good looking" dan abang nie biasa-biasa saje.Tak sama padan, tak sesuailah, akak kena bomohlah, dia jadi pak sangguplah. Ye memang dia biasa dari segi rupa tapi dia ada apa yang akak mahukan. Akak terima dia seadnaya dan akak bukanlah cari yang "handsome" sahaja tetapi akak menjadi seorang lelaki yang membimbing akak untuk ke arah kebaikan. Dah macam-macam orang katakan pada kami  dan siap ada kata yang buruk-buruk lagi tapi alhamdulilah dah 3 tahun kami kawin dah dapat seorang anak yang comel. Bila akak dengan dia akak rasa selamat dan rasa di lindungi oleh dia.

Pekara yang selalu di bahaskan 

1. Lelaki tak hensem perempuan cantik / perempuan tak cantik dapat lelaki hensem ?
2. Lelaki tinggi lampai ala model dapat perempuan yang berbadan gempal 
3. Anak dara kawin orang tua / duda ?
4. Isteri putih melepak, suami hitam 

Dan macam-macam lagi, kadang yang peliknya kita ini suka sangat jaga tepi kain orang, dan kita sangat tak suka orang jaga tepi kain kita. Adilkah kita ?

Sehinggakan ada yang kata kawin itu di sebabkan oleh harta, mahu kikis duit, di bomoh, dah terlanjur, kena ayat penunduk dan sebagainya. Perlu ingat citarasa setiap manusia itu sangat berbeza dan tentunya pemikiran tidak sama sekali . Lain padang lain belalang lain orang lain citarasanya. Kalau kita kawini orang itu sebab kerana rupa paras, ianya akan berubah mengikut usia, kalau kamu ingin kawini seseorang itu kena tubuh badan yang tegap dan langsing, ia akan berubah sekali dengan peredaran waktu. Kalau kamu mahukan seseorang itu kerana harta, maka harta itu akan habis jika boros. 

Tentu ada sebab kamu yang tersendiri untuk kamu jadikan dia seorang yang istimewa untuk kamu. Boleh jadi seorang wanita yang suka lelaki yang badan yang gempal kerana dia rasa selamat dan comel. Boleh jadi seorang lelaki sukakan seorang perempuan kerana sifatnya yang penyanyang dan keanak-anakkan. Dan macam-macam lagi, apapun itu semua adalah jodoh yang Allah telah tentukan untuk kita semua. Allah dah tentukan sejak azali lagi,kita tak perlulah nak "complain" sangat hidup orangkan.  Ahhh cakap lebih-lebih nanti dah jadi mengumpat dan fitnah tak pasal-pasal kita pula berdosa.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (Sahih Muslim) 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” (At-Tirmizi)


Yang paling penting kita bahagia dengan orang yang kita sayang, percaya itu Allah merancang sesuatu itu dengan sepenuh ketelitian tiada cacat celanya. 


Catat Ulasan

26 Ulasan

Unknown berkata…
pnah dgr pepatah mcm tu.. kalau kita cantik, pasangan kita x berapa cantik atau begitulah sebaliknya... :) sy xtau rela jd yg cantik atau tak cantik.. kalau suami hensem.. susah hati je memanjang... huhuhu
Jangan tambah dosa yang sedia ada.
Tanpa Nama berkata…
Tak payah ikut sangat pepatah tu dan cakap orang..yang penting bahagia bersama orang tersayang..huhu
Mizz Aiza berkata…
pada pandangan akak soal padan atau tidak dari segi kecantikan tidak penting.. yang penting hati kita rasa tenang dan bahagia.. setiap manusia diciptakan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.. ketentuan Allah adalah yang terbaik.. :D
ewanthology berkata…
siapa kita nak label seseorg itu cantik atau tak cantik, hensem atau tak hensem?

citarasa manusia berbeza beza.
Tanpa Nama berkata…
teringat pulak kisah Qabil dan Habil...
Tanpa Nama berkata…
selalu klu pergi majlis kahwin , org mesti nak tgk pengantin . pastu ada la ... bla bla bla ... haish , ragam manusia !
Khir Khalid berkata…
Nasib baik saya x hensem.. :D. T kasih diatas perkongsian Acik.. :)
fragmenbiru berkata…
Abak pun selalu terfikir...benda2 macam ni,selalu persoalkan.. kenapa Allah cipta manusia ni berbeza? Kenapa tak semuanya handsome dan cantik? Lain orang lain kemahuannya,tapi tetap Abak rasa ingin persoalkan kenapa? kenapa? terutama saat melihat yang jauh lebih baik daripada kita dari segi rupa parasnya,rasa down..rasa hina jer.. Cuma bila ingatkan Allah tak nilai kita pada paras rupa,tapi amal.. inilah yang boleh yakinkan Abak...
BinMuhammad berkata…
Allah tak menjanjikan jodoh mengikut paras rupa...Allah cuma menjanjikan mereka yang baik akan mendapat pasangan yang baik.
Janganlah dipertikai takdir Ilahi...
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Menarik entry nih...bagi akak,semuanya adalah kerana hati...soal hati itu sgt sukar utk dimengerti tau acik...hehehe....
Nadia Johari berkata…
Nad dah banyak nampak pasangan macam ni..kita akan cakap untungnyer die dapat laki hensem..untungnyer dapat awek cun..dah jodoh kita..Allah yang tentukan..terima jela..=)
Eymasu berkata…
terima seadanya..=D
KHAIRUL AMRAN berkata…
Terimalah takdir Allah. Rukun iman keenam itu memang terlalu sukar untuk dilaksanakan. Terima takdir, selesai masalah. Buang ketepi cakap-cakap orang. Kalau kita buat apa aja pun, itu tidak pernah akan memuaskan hati orang.
Unknown berkata…
betul tu, asalkan kita bahagia dengan pilihan kita, kenapa orang nak pertikaikan sesuai @ tak sesuai..jodohkan ketentuan Allah..
Unknown berkata…
Tak kira cantik ke hodoh..yang penting hatinya baik..sesuai dgn kita.
::Misz sunsWeetz:: berkata…
nak cari yang handsome memang berlambak tp nak cari yang beriman plus bertanggungjawab agak sukar^^
PeRdU cINta berkata…
antara 4 unsur itu mengapa Rasulullah memberatkan pada agamanya..kerana kita akan hidup kekal selamanya diakhirat bergantung harap pada segala amal kebajikn yang kita lunaskan didunia lagi..dalam agama itu merangkumi semuanya,,akhlaknya,,adabnya,,hukum hakamnya..sudut pandangan manusia itu berbeza..mintalah bantuan Allah untuk kita memandang kemurnian dan kecantikan akhlak seseorang itu dan jangan kita dikaburi dengan kecantikan semata-mata..moga kita sentiasa berlapang dada :)
Unknown berkata…
Alahai....biasalah manusia...melihat kekurangan memang mereka no satu...apa yang penting peduli apa orang nak cakap...sebab bukan mereka yang tentukan jodoh kita kan......
anamizu berkata…
biasalah manusia. apa pon kita buat manusia akan keep complaining/comparing.

ade je yang tak kena di mata manusia.

bab RUPA ni, cik ana pon ada jugak kisah sedih psl ni.
dan benda tu agak merobek jiwa jugaklah.
tapi tu lah, selagi nama MANUSIA, begitulah.
Aku pengembara berkata…
Pasangan kebiasaannya yg berlawanan sifat dgn kita,, Saya x sentuh pasal lelaki x hensem, pompuan cantik. Tp yg paling menonjol antara pasangan2 di dunia yg saya lihat, Apabila Lelaki jenis yg banyak cakap, mst yg pompuan jenis yg senyap n pemalu. Begitu jg sebaliknya... Saling lengkap melengkapi. X pcya ? tgk pasangan2 di sekeliling kita :)
Scha Nazri berkata…
kalau dedua sama hensem susah pulak, ramainya terpikat. kena ada pro and cons. rasanyalah. bagi pndpt scha. barulah ada balance dlm hidup.
Maria Firdz berkata…
Cantik tu abstrak.. X sma penilaiannya di mata setiap org.. Biar x cntik...aslkn sedap mata emmandg..
Affy Afiqah berkata…
jodoh Allah tentukan, siapa kita nak mempersoalkannya :)
terima laa seadanya, setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangan~
Nadia Syakila berkata…
:)

Allah dah berikan yang terbaik..
Mulut orang kan..
Unknown berkata…
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips dapat anak lelaki.