Assalamualaikum 

Alhamdulilah hari ini acik hanya dapat update menggunakan telefon bimbit sahaja kerana hari ini acik kena cover story untuk news  projek akhir nanti. Dari pagi tadi acik berada di PKNS shopping complex bagi program HIFA ataupun Hari Industri Fakulti Muzik. Di mana program ini bertujuan  untuk mengeratkan perhubungan di antara Fakulti Muzik UiTM dengan industri muzik dan industri-industri berkenaan di samping memberi informasi kepada pelajar, pensyarah dan masyarakat umum mengenai industri muzik tana hair dari profesional yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dari dalam industri, di samping memberi maklumat mengenai peluang pekerjaan yang bakal diterokai serta, cabaran yang bakal ditempuhi dalam kerjaya bidang muzik..

Terdapat ramai selebriti yang terlibat sama ada dari Uitm Sendiri, dari pihak Suria Record mahupun artis-artis yang datang memeriahkan program ini

Femes Bazaar:
Raja Farah, Ainul Aishah, Ila Damia, Puteri Sarah Liana & Fimie Don.

Persembahan Pentas :

Fify Emielia OIAM3, Ana Syuhada Mentor6, SOG, TIGA, Second Whisper, Twelf Notes, The Nose, Classmates, Perimeter Breach, Ammar Hamdan, Bai Syed Alwi & Artis SRC - Snapshot, Hazman & Qierra.
  

Acik sempat bergambar dengan beberapa artis dan sebenarnya banyak gambar yang ingin di kongsikan bersama tetapi acik "rushing" untuk menghadiri event bagi concert Ning Baizura pada belah malam pula. 



Aku Penghibur bersama Raja Farah

Aku Penghibur bersama Cikgu Hajar

Bersama dengan penyanyi semakin naik namanya yang popular di u tube Twinnies
oklah itu sahaja sempat acik kongsikan di lain waktu acik akan bercerita dengan lengkap berkenaan progam ini.