Ticker

6/recent/ticker-posts

Rindu Seorang Ibu Terhadap Anaknya


ibu sayang anaknya

Assalamualaikum

Alhamdulilah selesai tugasan hari ini, sangat penat untuk "cover story" di sana sini sekitar Shah Alam.Tapi seronok kerana dapat pengalaman baru yang sangat berharga terutama berdepan dengan pelbagai telatah manusia. Dalam dunia ini kita sangat bertuah jika mempunyai ibu dan ayah, jagalah mereka dan kasihilah kita lebih dari mereka mengasihi kita dari kecil hingga ke dewasa. 

Petang tadi acik pergi satu program di PKNS shah Alam ada Program Bicara Hijrah, kebetulan sedang acik duduk mendengar ceramah yang di sampai oleh Iwan Shahman. Tiba-tiba acik di datangi oleh seorang mak cik dan seorang kakak yang berusia dalam lingkungan 30an. Tiba-tiba kakak itu bertanya  :

Kakak :  Adik siapa nama ? 
Acik :  Nama saya izahar orang panggil acik, kenapa kak ?
Kakak : Adik duduk di mana ye ?
Acik : saya Tinggal dekat sini jugak kak di seksyen 2 Shah Alam

Tiba-tiba mak cik menagis teresak-esak

Acik : Akak kena mak akak menagis nie ? saya ada buat salah ke kak ? 
 Kakak : Ehh tak delah dik, adik tak buat salah apa-apa pun tapi bila kami lihat wajah adik, saya ingatkan adik ini adik saya yang telah meninggal dunia 1 tahun yang lepas, mak akak sayang betul dengan dia . 

Secara tiba-tiba mak cik tu terus memeluk acik, dan secara jujurnya masa itu acik tak tahu nak buat apa dan biarkan sahaja. Tiba-tiba hati ini menjadi hiba apabila dengar apa yang mak cik itu katakan.

Mak cik : adik mak rindukan sangat kat adik, kenapa adik tinggalkan mak, kenapa adik pergi dulu ? adik dah janji tak nak tinggalkan mak, mak rindu sangat dekat adik.

 Ketika itu acik biarkan mak cik itu peluk acik dan acik menenangkan mak cik. Apa yang boleh acik berikan adalah kata-kata semangat kepada mak cik tu , apa yang boleh acik berikan adalah mendoakan kesejahteraan anak mak cik tersebut.

Itulah hebatnya kasih sayang seorang ibu, walaupun anaknya telah tiada, tetapi kasih sayangnya tidak pernah berubah walaupun musim silih berganti. Ibu adalah insan yang paling hebat di dunia ini, doanya tidak pernah putus untuk anak-anaknya yang di sayangi. Ibu mana tidak sayang anaknya ?

Bila keadaan mak cik telah tenang ,dia melepaskan pelukkan itu dan berkali-kali meminta maaf dengan acik kerana kelakuannya. Dan acik tidak berkesempatan untuk melihat wajah anaknya adakalah seiras acik ? 

Biarlah, setidaknya ia dapat menenangkan hati seorang ibu yang merindukan anaknya yang telah jauh meninggalkannya,

Catat Ulasan

30 Ulasan

Maria Firdz berkata…
Huhu...sedihnya... Mmg itulah perasaan dan naluri seorg ibu... :-(
Unknown berkata…
kesian makcik tu :(
Unknown berkata…
tersentap sedih kak cik baca.,...
ini baru baca...
kalau tengok...
kompem teresak2...

kasih seorang ibu
Asha Lya berkata…
kasih seorang ibi tiada tandinggannya..
Unknown berkata…
:') ... elok Acik jd anak angkat dia.. terubat sket windu dia..
Azim Aris berkata…
mmg rindu ibu itu ...Blog saya :
Azim Aris

Tak Mungkin Benar

Muhasabah



follow ya :)
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

sedih pulak mselim3 membaca kisah nie... kisah benar pulak..pehh.. tangkap leleh air mata mselim3...

mselim3

IMA SALSUZAIMA berkata…
sedihnya.. YA Allah.. :'(
PeRdU cINta berkata…
sebak la acik..jadi selagi mana kita masih punya ibu dan ayah..hargai mereka..kerana kasih sayang mereka tidak pernah lekang untuk kita..amin :)
Khir Khalid berkata…
Sedih dgn entri ni.. kasih ibu mmbawa ke syurga.. hargailah jasa ibu..
Unknown berkata…
itu lah kasih sejati bro :)
Unknown berkata…
sedihnya.. mesti makcik tu rindu sangat2 kat arwah anak dia kan?
reenapple berkata…
Sama juga bila ibu pergi dulu dari anaknya, kasih sayangnya still x berubah. :)
Atien berkata…
Huhu,,sedih je kalau saya da ikut nangis
Mizz Aiza berkata…
sebaknya.. pasti mak cik itu amat merindui anaknya.. al-fatihah untuk arwah anaknya..
Unknown berkata…
nice acik..wonderful moments to you..life is not that easy when we lost someone we love..lebih2 lagi org yg kita betul2 syg.. at least that momma masih dapat lihat anaknya..walau bukan org sebenar.. Kuasa Tuhan.. Tuh tanda Allah sayangkan makcik tuh.. baik kan Allah?.. hehe..ok.. Allah love you.
Tanpa Nama berkata…
Sedihnya...kalau akak turut berada di situ...tentu akak menangis sama.....
sobri yaacob berkata…
salam.
sedih baca.
kasih ibu tiada pengganti..
p/s: knpa anak dia tingglkan dia??
meninggal atau lari dari rumah..
somga kasih dua beranak bertemu kembali ;0
Tanpa Nama berkata…
ibu bapa kita hanya seorang je tuhan beri kepada kita..takkan ada ganti dah
Unknown berkata…
kesiannya, moga makcik tu kuatkan semangat..:)
Engku Muzahadin berkata…
kasih seorg ibu ttp kekal abadi, cuma anak saja kadng kala boleh lupakan ibunya.....
Unknown berkata…
Sedihnya cerita Acik ni.. Kesian kat Mak cik tu.. dia rindu anaknya.. Nak buat macam manakan Allah lebih menyayangi anak mak cik tu..
Unknown berkata…
kesimpulannya hargai yang masih bernyawa :)
fragmenbiru berkata…
Allahu Akbar... qada' dan qadar Allah,siapa kita untuk menidakkannya.. selagi masih berpeluang,jangan disiakan..
Tanpa Nama berkata…
touching.... :'(
Affy Afiqah berkata…
sedekahkan doa, sedekahkan ayat2 alquran kepada arwah anak makcik tersebut, semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman,
kasih sayang ibu tiada tandingannya :)
Tetamu Istimewa berkata…
Perkara macam ni belum pernah terjadi kepada saya lagi. Memang sedih kan.