Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur atas nikmatnya. Ramai yang bertanya bagaimana untuk untuk menangani konflik yang berlaku antara pasangan, adik beradik , persabahabatan dan sebagainya. Kebetulan sem lepas acik ada ambil "family communication" dan membahaskan tentang konflik ini.
Konflik biasanya terjadi kerana berselisihan faham dan ketidakpuashatian individu/kumpulan terhadap yang lain. Cara yang terbaik adalah mengatasi konflik tersebut tetapi bukannya lari dari konflik tersebut. Paling penting adalah untuk selesaikan konflik tersebut jangan memasukkan isu-isu lain selain apa yang berlaku.
Contohnya konflik berlaku kerana tentang pembahagian duit, maka fokuskan tentang pembahagian duit jangan sampai membawa isu lain seperti aku pernah ambil pemadam akulah, kau pernah rampas awek akulah dan sebagainya. Kebanyak yang berlaku adalah bila timbulnya sesuatu konflik seperti medan meluahkan rasa yang terpendam selama ini.
Konflik biasanya berlaku kerana
1. masalah komunikasi
2.hubungan peribadi
3.salah faham
Mengatasi dan menyelesaikan suatu
konflik bukanlah suatu yang sederhana. Cepat atau tidaknya suatu konflik
dapat diatasi tergantung pada kesediaan dan keterbukaan pihak-pihak yang
bersengketa untuk menyelesaikan konflik.
Cara dan taktik berkesan untuk mengatasi konflik adalah
Rujukan : Maksud di sini adalah menilai kembali permasalahan yang berlaku, memuat rujukan di mana dan bagaimana punca permasalahan itu boleh berlaku. Ia menguntungkan kedua-dua belah pihak juga.
Memujuk (persuasive) : Di mana salah seorang beralah ,beralah bukan bererti kalah tetapi tidak mahu masalah ini berlarutan. Ambil masa yang sesuai dan kembali ke masalah utama serta mengadakan perbincangan secara aman.
Tawar-menawar:
Suatu penyelesaian yang dapat diterima kedua pihak, dengan saling
mempertukarkan pendapat yang dapat diterima. Maksudnya kedua belah pihak bersemuka dan bersama cari jalan penyelesaiannya. Dalam cara ini dapat
digunakan komunikasi tidak langsung sama ada verbal ataupun non verbal.
Pemecahan
masalah terpadu: Usaha menyelesaikan masalah dengan mengutamakan permasalah asasnya. Proses pertukaran informasi, fakta, perasaan, dan keperluan berlangsung secara terbuka dan jujur. Di mana kedua belah pihak harus memberi ruang dan waktu kepada satu sama lain secara aman berbincangan dan meluahkan perasaan. Menimbulkan rasa saling
percaya dengan merumuskan alternatif pemecahan secara bersama dengan
keuntungan yang berimbang bagi kedua pihak.
Penarikan
diri: Suatu penyelesaian masalah, aitu salah satu atau kedua pihak
menarik diri dari hubungan. Cara ini efektif apabila dalam tugas kedua
pihak tidak perlu berinteraksi dan tidak efektif apabila tugas saling
bergantung satu sama lain.Cara itu bukan lah cara yang berkesan, kadang kala ego menguasai diri, malu untuk bersemuka dan minta maaf, jadi penarikan diri itu tak di sarankan sangat seperti lari dari masalah.
Cara Dinamik : Cara dinamik ini adalah menggunakan orang yang ketiga yang di percayai, orang ketiga akan menjadi orang perantaraan masalah. Lebih di utamakan orang yang ketiga ini lebih tua dari mereka kerana mereka akan hormat dan segan dengan adanya orang ke tiga.
Menggunakan bahasa tubuh (nonverbal) : dengan cara ini kita dapat meluahkan melalui bahasa tubuh seperti expression muka, gerak badan dan sebagainya menunjukkan bahawa di mana tahap konflik tersebut ?Kita perlu lihat adakah sebelah pihak lagi bersedia untuk selesaikan konflik tersebut melalui bahasa tubuh atau perlu berikan dia masa ?
Di atas merupakan cara moden dan mari kita lihat pula bagaimana cara islam ?
Apa yang acik pelajari, penyelesaian konflik dalam Islam juga
dilakukan dengan musyawarah. Dalam Al-Qur’an musyawarah sering merujuk
pada penyelesaian konflik dan hubungan sesama kaum muslim.Tujuan
musyawarah ini adalah untuk menemukan jalan keluar dari permasalahan yang berlaku. Perihal musyawarah ini telah
dijelaskan dalam Al-Qur’an surat Ali Imran ayat 159 yang berbunyi
sebagai berikut:
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu Berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”.
18 ulasan:
tolak ansur dan saling memahami itu penting
Header baru Acik best la
Btw, thanks for the tips :)
based on pemerhatian, bila konflik dalam perhubungan tiba perempuan adalah salah seorg yg suka mengungkit.. believe it!! husna pon tak tahu kenapa boleh jd mcm tu.. mgkin atas dasar nak menang..
seharusnya dalam perhubungan mesti ada tolak ansur.. kalau boleh cuba jgn besar kepala..
#NoteToMySelf =)
Yang penting, duduk semeja bincang masalah tu. Kalau nak go through using handphone ke, FB ke, Twitter ke memang tak berapa nak menyelesaikan konflik. Al-maklumlah kadang-2 intonasi tu memainkan peranan jugak dlm menyejukkan hati orang ni.. (:
Assalammualaikum... achik,
cara menghadapi konflik cara islam masih terbaik..
mselim3
sangat bersetuju dengan semua cara yang dibincangkan dalam artikel acik ni.. akak rasa cara islam yang terbaik untuk dilakukan..
Betul tu acik..selalunya perselisihan faham berlaku kerana kurang komunikasikan...cara yang terbaik sit down with each other and clear kan apa yang terbuku dihati...trust kena ada!!!
eah topik yg sangat berat hehehe
Alhamdulillah, setakat ni kalau ada konflik yg berlaku pd sye.. tak berlarutan lama sangat.. kalau adik2 beradik tu biasalah..sedangkan lidah lg tegigit kan.. tapi lepas tuh, berbaik2 mcm xda pa2 yg berlaku.. btw, thanx for da tips Acik, guna bahasa ilmu nampaknya..tak sia2 ambil "family communication" sem lepas :)
sabar, berdoa pada Allah,..
Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
selalunya kalau komunikasi baik tiada sebarang konflik dan percaya pd pasangan
Kdgkala langit tak selalu cerah.. mudah2an diberi ketabahan dlm menangani konfil yg mendatang dgn cara yg terbaik. T kasih diatas perkongsian yg sgt bermanfaat ini. Mudah2an membawa kebaikan buat semua.
jujur dan tiada simpan rahsia salah satu faktor untuk mengurangkan konflik..
jom ke blog sya
http://kedaikopibankrap.blogspot.com/2013/12/dia-suamiku-dan-siapakah-aku-19.html
wah . memang cara yang betol utk menyelesaikan masalah,, boleh cuba nanti :)
Header yang lebih jelas.
Bawalah muzakarah untuk menyelesaikan masalah.
dalam hal macam ni...pada ika sikap tolak ansur dan saling memahami antara pasangan tu sangat sangat penting....
apapun persefahaman sgt penting dlm perhubungan. .
Catat Ulasan