lelaki sembunyikan sesuatu
Assalamualikum

Alhamdulilah kerana dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini ucaplah syukur. Dari semalam acik check inbox page acik di Mohd Izahar Sabtu ramai yang inbox yang bertanyakan mereka tak faham dengan sikap lelaki inilah, itulah . Dan mereka mahu acik keluarkan sedikit rahsia lelaki. Oleh apa yang acik taip ini adalah idea sendiri berdasarkan pemerhatian dari orang sekeliling dan orang lebih pakar ( pemerhatian dari kakak-kakak acik)

1. Lelaki itu ada ketikanya egonya tinggi dan rendah 

 Lelaki paling tak suka kamu membanding lelaki lain di depannya. Tergugat kelelakiannya, kerana dia hanya ingin dia jadi lelaki terbaik di matanya. Lelaki egonya akan rendah apabila ketika mood sedang baik, buatlah dia "happy" maka ketika itu dia akan lebih memahami.

2. Lelaki itu kuat cemburu

Jangan kata perempuan sahaja mempunyai sifat cemburu yang tinggi, tetapi begitu juga sebenarnya lelaki ,2 X 5 sahaja tetapi yang membezakannya adalah lelaki terkadang hanya memendamkan di dalam hati sahaja dan buat tak tahu sahaja dan tiba-tiba tak ada mood. 

3. Lelaki suka dirinya di hargai dan di puji. 

Ahh asyik kata perempuan saja perlukan perhatian dan pujian, lelaki juga memerlukannya. Dia juga ingin nampak hebat di mata kamu, kadang kalanya dia akan lebih terbuka mencerita kisah menarik dalam hidupnya untuk menyatakan dia juga hebat seperti lelaki lain.

4. Lelaki itu Kasar dan Ganas  

Jangan terkejut kalau dia lagi marah, meja pun boleh terbalik, kerusi kayu boleh di belah dua,  dan kadang dia dengan sengaja meletakkan (menghempas)  barang dengan keras, kerana dia ingin kau tahu bahawa dia lagi punya masalah  atau ada yang tidak disukainya. Jangan balas kekasarannya dengan kemarahan tapi tetap saja dgn lembut dan tenangkannya. Bila moodnya dah stabil tanyakan baik-baik in sha Allah dia akan menceritakan.

 5.Lelaki terkadang merajuknya lebih teruk dari perempuan 

 Ketika kamu dengannya janganlah cuba-cuba dirimu sibuk dengna hanset, I pad , i phone kamu tu . Kerana dia akan sangat tersinggung kerana merasa diabaikan.Saat dia makan, jangan biar makan sorang-sorang walaupun kamu masih kenyang.Kerana dia akan merasa sangat sendiri. Ishh lelaki kalau merajuk teruk ( kata akak acik ) hahaha
 6.Lelaki itu Setia dan Pencinta Terbaik 

Ada sesetengah lelaki dia akan mencintai seseorang itu seadanya, kalau dia dah  sayangtak kiralah kamu bagaimana dia pastinya akan terima kamu dan jadikan kamu seorang yang halal dalam hidup kamu. Lelaki yang serious itu tidak akan biarkan dirimu terlepas dari orang lain. Jika cukup wang dan cukup kemudahan, pasti akan melamarmu.


Inilah hanya sekadar pendapat sahaja, setiap manusia ada pelbagai ragam dan pelbagai sifatnya tersendiri. Pada acik ini adalah sekadarnya sahaja atau basic sifat lelaki. Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Hanya untuk kamu tahu itupun dah memadai.