Sakit jantung di kalangan remaja

Assalamualaikum


Minta maaf sangat kepada yang  blogger yang bertandang ke blog acik, dah masuk minggu ke 2 sekarang ini sangat sibuk dengan pelbagai pekara yang tak dapat di elakkan. Bukannya menyombong tetapi memang banyak pekara yang perlu di selesaikan , sekarang nie perlu dalam produksi untuk berita TV, kena "cover stroy" news dan pelbagai lagi. Hari ini acik ingin menyampaikan sesuatu yang agak serius berkenaan sakit jantung. Ini penulisan yang acik tulis untuk tugasan acik untuk berita berkenaan sakit jantung di kalangan remaja semakin membimbangkan.

Dianggarkan setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat termasuk corak pemakanan tinggi kolesterol dan kurang bersenam adalah menjadi faktor utama selain faktor salasilah keluarga yang mempunyai penyakit jantung.

Penyakit jantung kini menjadi kebimbangan utama di kalangan pakar kardiologi negara, apabila pembunuh utama di dunia itu didapati menular di kalangan rakyat Malaysia. Ini dibuktikan apabila hasil tinjauan merekodkan Malaysia sebagai negara yang mencatat jumlah pesakit tertinggi di Asia Tenggara.

Pada masa ini juga, semakin ramai rakyat Malaysia yang masih muda yang berada dalam lingkungan umur 40 hingga 60 sering mengalami serangan jantung, suatu keadaan lebih awal daripada rakyat di negara-negara Barat.

Banyak orang menyangka serangan jantung hanya menyerang orang tua sahaja, walhal disebabkan perkembangan arus dunia, gaya hidup dan corak pemakanan yang berubah, keadaan tidak sebegitu lagi. Sejak akhir-akhir kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda, malah ada kes yang menunjukkan orang yang berusia semuda 18 tahun juga tidak terkecuali daripada diserang penyakit yang sama.

Corak pemakanan yang tidak seimbang dan lebih gemar kepada makanan segera menyebabkan remaja mudah terkena kepada penyakit jantung. Kebanyakan pesakit mempunyai gaya hidup yang tidak baik termasuk aktif merokok. Pesakit juga tidak tahu bahawa mereka menghidap sakit jantung sehinggalah pemeriksaan dibuat.Ada juga pesakit menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana tidak menyangka ia sebenarnya sakit jantung sebab umur masih muda.
 

Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.
 
Lakukan pemeriksaan kesihatan jika terdapat simptom-simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:

  • Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.
  • Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.
  • Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat
  • Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada
  • Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.
  • Kepala berpusing Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Kita p
erlu mengubah gaya hidup seperti mengawal berat badan, menjaga makanan dan melakukan senaman untuk menghindari dari diserang penyakit jantung.Lebih baik mencegah dari terkena.