Ticker

6/recent/ticker-posts

Allah Tak Pernah Merampas Sesiapa Yang Kita Sayang Tetapi Allah Gantikan Lebih Baik

hati kecewa

Assalamualaikum

Yaa Robb,Bila dia memang jodohku, segera berikanlah aku jalan agar aku tahu bila dia benar-benar pemilik tulang rusuk yang kau pilihkan untukku. Namun Yaa Robb jika dia bukanlah jodoh yang kau pilihkan, segera berikan aku jalan agar aku tak berlarut-larut dalam penantian ..Aamiin

Sujudku pada seperempat malam, membuatku lebih tenang. Memang hanya Dia tempatku mengadu, kerana hanya Dia lah Yang Selalu ada untukku.Ketika aku gundah, ketika aku putus harapan dan ketika aku mula berhenti berharap,Dia selalu menemaniku dalam apa jua keadaanku.


Dahulu aku seperti yang lain, begitu hebat sekali untuk mencari cinta yang sering di khabarkan. Aku juga hanyut di bawa mimpi dengan keindahan cinta tersebut. Aku pernah berasa amat gembira kerana dia aku rasa dia tercipta khas untukku. 

Ketika perasaan sayang itu memuncak ,ketika aku rasa dia memang jodohku yang tepat dan aku letakkan dia sebagai calon isteriku. Tetapi langit itu tak selalu indah kadang-kadang awan mendung mendatang, dugaan demi dugaan yang perlu aku hadapi, apabila dia di telah di jodohkan oleh keluarganya dengan seorang ustaz dan pelbagai rintangan yang membuatkan hati ini begitu kecewa.

Pernah aku putus harapan dan tidak menerima siapa sahaja yang datang dalam hidup ini. Ramai yang cuba mengisi kekosongan hati, tetapi hati ini tetap berdegil tak mahu berganjak dari pendiriannya. Hati selalu berkata " aku telah menjaga batas bergaulanku, aku menjaga segalanya , kenapa dia bukan jodohku ? 

Sehinggakan air mata ini mengalir demi menanti sebuah jawapannya yang aku sendiri tak tahu bila ianya terlerai. 

Tetapi kini barulah aku mengerti dan fahami bahawa apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Kini akui bahawa apa yang terjadi itu adalah terbaik untuk diriku. Allah tak pernah rampas sesiapa dalam hidupku, ia pertemukan aku dan dia untuk aku mengenali apa itu kehidupan dan soal cinta. Bagaimana untuk aku bangkit jika aku terjebak pada cinta yang salah ? 

Itulah cara Allah mentarbiyah diri ini yang banyak kekurangan. Allah adalah sebaik perancangan dalam hidup kita. Ia tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah tak pernah merampas sesiapa yang kita sayang. Bila kita kehilangan sesorang tu, mungkin Allah mahu gantikan dengan yang lebih baik.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah Al Baqarah ayat 216 

Catat Ulasan

37 Ulasan

unsecretostory berkata…
Yes tottaly agree dengan entry nie. Kadang2 kalau terlalu sayang pon xboleh kan. Apapun, keep strong yea :)
shazillahsani.com berkata…
shaila pernah..terlalu syg someone last2 break, sejak itu cuba tidak terlalu berharap.
PeRdU cINta berkata…
Assalammualaikum acik..tepat..nice entry..Allah itu the best planner..yakininya..adalah lebih baik kecewa dan mengalirkan air mata untuk seketika kerana peninggalannya daripada terusan kita tangisi suatu yang menyesakkan dan menimbulkan penyesalan pada hari mendatang..pasti Allah telah sediakan seseorang yang terbaik untuk mebangis dan ketawa bersama untuk acik..
Tanpa Nama berkata…
Allah sebaik-baik Perancang kebahagiaan untuk setiap hambaNya :')
sayang seseorang biar bersederhana...
Unknown berkata…
Alahai...inilah di namakan kehidupan...sakit bila ditinggalkan...
tapi jangan pernah mengalah....InsyaAllah...yang pergi itu pasti akan datang yang lebih baik....
Fatin Wawa berkata…
kadang2 sesetengah persoalan tu mmg tiada jawapankan... atau mungkin jwpn tu kita yg x ketemuinya. hmm..
MISH ROVELETTE berkata…
Happiness always there. Dont worry. :')
MISH ROVELETTE berkata…
Happiness always there. Dont worry. :')
fragmenbiru berkata…
Alhamdulillah Acik.. slalu rasa khilangan.... kadang2 rasa tak larat nk truskan..mnjauhkan diri dan trus mnjauhkan diir..sdangkan Allah ada prancangan tesndiri... kita kna kuat!! kna truskan dan yakin akn Allah.. In Shaa Allah..
Aku pengembara berkata…
Bersangka baik pada Allah.. perancangan Allah adalah terbaik buaat kita....
Gee Lion berkata…
Tarbiah Allah yg tersembunyi keindahan dlm kegundahan yg kita tak nampak.
Kita mendambakan tarbiah yg sebegini.
=')
Wafi Remli berkata…
Kita tak tau apa rahsia yang Allah rancangkan dalam setiap perancangan-Nya terhadap kita...
norhasnizakhalid berkata…
sabar lah Acik, kita ni perancang, andai sudah takdir, lambat atau cepat pasti akan bertemu juga, berdoa banyak-banyak Acik ye..
Maria Firdz berkata…
Allah tahu yang terbaik untuk kita...
||aLeaSaRa|| berkata…
salam pagi,acik :)

kak lea nak tanya ni.rasanya semalam acik keluar paper kat Metro Ahad,kan?ruangan aktiviti student uitm tu he3.topik acik tentang "terima kasih" .kak lea tak ingat nama penuh acik cuma tengok foto kat situ terus mulut cakap...."eh ni acik,ni!" :)
Unknown berkata…
Assalamualaikum acik...
Allah sebaik perancangan...entry yg hebat
TelingaBulat berkata…
tb setuju sgt..allah tuh adil..die akan bg yg lebih baik..insya allah doa byk2..mudah-mudahan yg terbaik akan muncul satu hari nnti..semuanye rahsia dia..kite tak tahu ape2 ;)
Ainim Rashihah berkata…
akak setuju acik. kalau kita suka sesuatu tu, tak semestinya ia baik utk kita. jodoh itu rahsia Allah. Dia tahu apa yg selayaknya utk kita. wallahualam
Azlan Strider berkata…
its a good reading untuk motivation bro...sesungguhnya jika kita minta yang terbaik untuk diri kita kena terima sahaja apa yang telah ditentukan...

Regards,
-Strider-
BinMuhammad berkata…
Tepat sekali. Setiap yg berlaku itu adalah yg terbaik buat kita. Hanya kita yang perlu mendapatkan hikmah disebaliknya dan seterusnya bersyukur...
YanaKhai berkata…
btl tu acik... perancangan Allah Maha Hebat.
Nurulhidayah berkata…
Pada Allah segala misteri kejadian.. Be strong!
Unknown berkata…
segala rahsia .. perjalanan hidup kite telah tertulis... berdoa lah agar Allah berikan yg terbaik utk kita....

Recent Post from MQ~Live : Antara Status FB yang tak Sampai Hati Aku nak “Like”
jodoh pertemuan sudah tertulis
sabar menanti kebaikan pasti dtg
sobri yaacob berkata…
ya acik semalam mcm ada tgok gambar acik kat paper metro..x sure la.. gerak hati kata ya :)
ya setuju dgn entry ni...itu rahsia allah..tapi bab sayang x leh sayang sangat..takut memakan diri..
Abam Kie berkata…
abe dah byk kali kecewa tp abe sabar je krna mungkin ada yg terbaik menanti abe di sana..
Blog Santai berkata…
Rancangan Allah penuh rahsia acik..tapi pasti yang terbaik...
Tanpa Nama berkata…
rahsia allah
Azura Mendezz berkata…
Kerana Allah merancang dengan cinta-Nya..kita hanya merancang dengan cita2.. =)
Unknown berkata…
DIA mengambil sesuatu dari kita untuk menguji kita... jika kita sabar dan redha... DIA akan menggantikan dengan yang lebih..lebih..lebih baik lagi pada kita... ;)
fyna ahmad berkata…
setuju dengan entri acik nih. setiap apa yang berlaku ada hikmahNya kan.
Khir Khalid berkata…
Subhanallah.. setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Allah jua sebaik2 perancang & pemberi hikmah. Allah Maha Besar...
Unknown berkata…
setuju sangat, perkongsian yg baik.:)
Tanpa Nama berkata…
segala berlaku pasti ada hikmah..
AhmadMughni berkata…
kisah yg hampir sama yg diri ini alami.