Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bernafas di muka bumi Allah ini ,ucaplah syukur kepadanya. Sudah 6 tahun acik berblog, telah banyak blog yang acik kunjungi dan acik perhatikan. Jadi hari ini acik sertakan jenis bagaimana blog yang suka acik kungjungi .Antaranya ialah :
1. Artikel/Entri yang menarik dan berkualiti
Hal ini yang menurut acik adalah hal yang paling penting, kerana tujuan orang berkunjung
adalah mencari apa yang sedang ia cari. Dan apabila kita memberikan artikel dengan baik kemungkinan pembaca-pembaca akan merasa nyaman dan selesa, mungkin ada kebarangkalian untuk datang balik ke blog kita lagi. Kalau acik pun, kalau tertarik dengan entri-entri kadang kala berjam-jam bertandang ke blog tersebut untuk membaca setiap entrinya. Selain itu "originality" itu sangat penting, kerana pengolahan, pendapat kita mahupun pengalaman kita itu lebih baik daripada hanya setakat "copy paste". Serta menggunakan ayat-ayat yang dekat dengan pembaca serta mudah di fahami. Walaupun kadang kala isu yang sama di sajikan seperti blogger lain tetapi dengan olahan dan penceritaan yang baik buatkan entri kita lebih unik.
2. Kekemasan blog.
2. Kekemasan blog.
Dengan blog yang cantik dan kemas, pengunjung akan merasa tenang dan selesa untuk membaca entri kamu. .Kemudian perhatikan juga warna tulisan dengan background blog, pemberian warna pada tulisan dan background blog yang tidak tepat hanya akan menyakitkan mata. Seperti acik dulunya menggunakan tulisan warna warni dan juga tulisan yang agak tidak sesuai, setelah di tegur blogger senior , acik perbaiki dari semasa ke semasa. Pemilihan tema blog sangat penting pilihlah warna teras tidak lebih dari 3 warna kerana ianya akan kelihatan serabut.
3. Blog yang tiada banyak widget, iklan mahupun like (tunggu 1000 saat )
Blog yang baik menyusun atur letak widget yang
terpasang secara teratur dan sistematik. Jika kamu membuat banner iklan
usahakan supaya jangan membuat banner yang melayang sebabnya banner yang melayang
ini akan menutupi sebagian teks entri kamu. Jangan pula letakkan widget yang terlalu banyak dan macam-macam takut-takut virus seperti trojan mahupun spam akan serang peranti pengunjung. Paling acik tak akan datang ke blog yang kena tunggu 1000 saat semata-mata untuk membaca entrinya, di gelabkan agar pembaca tak dapat baca dan like "page" tersebut.
4. Rajin menerbitkan entri
Pada acik, acik sangat suka pada blog yang menerbitkan entri selalu, sekurang-kurangnya satu entri sehari. Pada acik blog yang rajin menerbitkan entri ini keistimewaan tersendiri dimata para
pengunjung, lagi-lagi dia mementing isi yang cuba di sampaikan. Setiap entri bermakna dan tidak hanya mementing kepentingan peribadi si penulis tetapi perkongsian bersama.
5. Loading blog.
5. Loading blog.
Kebiasaanya blogger sering tidak ambil peduli tentang berat blog kita mahupun "loading"nya. Macam blog acik yang dulu puas memikirkan kenapa blog lambat sangat dan kini jumpa penyelesaiannya.Tapi perlu
diketahui bahwa" loading" blog juga sangat penting untuk memikat hati
pengunjung. Pengunjung sangat senang dengan blog yang ringan kerana mereka boleh membaca terus membaca lagi-lagi kepada pegunjung yang menggunakan "broadband" yang kadang kala kelajuan turun naik. Dari pemerhatian acik blog yang ringan ini berpengaruh untuk di naikkan di agen carian sama ada di google mahupun yahoo.
6. Pemilik blog yang ramah.
6. Pemilik blog yang ramah.
Pekara ini selalu di anggap remeh sesetengah blogger yang hanya selalu datang geng blogger atau kelompok mereka sahaja. Susah untuk membalas kunjugan blog lain ? tahu tak jadi bloggger yang ramah dan baik ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada kita, walaupun entri kita tak seberapa tetapi kerana kita di anggap ramah mesti mereka akan datang ke blog kita walaupun hanya jadi "silent reader" mahupun komen " entri ini best" Sebenarnya ianya juga dapat meningkatkan trafik di blog kamu.
7. Blog yang unik
Dan hal ini juga sering di ambil mudah oleh para blogger, biasannya blogger meletakkan nama blog yang susah untuk di ingat dan berbelit-belit. Biar mudah dan gunaan nama yang unik,acik pernah jumpa nama blog "blogkitasukasukasangat" aduhh panjangnya dan sukar untuk di ingat. Gunakan nama blog yang baik ,mudah dan ringkas. Buat penjenamaan kembali blog kamu. Pasti akan jadi pilihan kepada pengunjung,bila orang sebut nama blog kamu pastinya orang tahu milik siapa blog itu.
56 ulasan:
Assalamualaikum acik. nice sharing! dulu sheila tak reti sangat nak edit2 blog bagi nampak kemas. Alhamdullilah skrg dah semakin better. Apa yang acik cakap tu, sheila terapkan dalam berblogging. hehehee (",)
acik, jangan marah naa sheila mohon share dekat fanpage. hihi.
Ermm..bagus entry ni. Pada wan, blog yg ada entry menarik yg memikat hati wan utk singgah. Di samping itu, kekemasan blog dan senang mata untuk mengadap setiap tulisan.
betollah acik..akak sokong semuanya..hihihi... blog yang ringan memeng sangat best...dan blog yg ada iklan melayang dan kn tunggu beberapa saat yg jadi minit,..tu memang geram...hihihi..
Bunda sokong tapi satu jer... bunda tak mampu nak update entri walaupun satu entri satu hari...bunda benar2 tak mampu..maafkan bunda...
Terima kasih acik atas perkongsian. ^^
terima kasih atas perkongsian!
Sesekali Acik buat artikel tips blogging...sungguh menarik dan bermanfaat sekali. Itulah gunanya ilmu dan pengalaman utk dikongsi bersama...Thanks Acik.
saya paling tak suka ads yang melayang tu.. tahu la nak buat duit dgn blog, tapi sampai nak baca entri pun tak boleh,nak tekan komen pun tak boleh, nak tekan follow blgo tak boleh.. memang tak datang la lagi lepas tu, jangan hanya tahu nak dapat duit ja, tapi abaikan hak pengguna yang dtg nak baca blog anda..nice sharing for this entri acik... thumbs up for u.. :-)
Tepat sekali... Mmg semua tu mnjadi penarik utk org singgah, baca, dan komen...
gud sharing bro..tips yg simple tp besar efek dia.dan tak semua org ambil berat psl tu semua.
setuju..
betul tu,mcm akak lah dulu2 tahu baca jer tak pernah tgglkan
komen sekrg bila dah syok tgglkan komen tiap2 hari nak baca dan cuba
mengaktifkan diri...
terima kasih
artikel ne bagus untuk newbie yang baru nak menapak. fae pun masih banyak lagi kena belajar pasal ilmu blogging ne,
Waaa..acik kongsi tip-tip blog...Bagus untuk dijadikan panduan...TERIMA KASIH sbb kongsikan entry ini pada kami semua.....Patutla acik pemes kan...hihi..guna tips ni upenya..
Nice sharing.. akak x suke nak comment kalau blog ade words verification. so selalu baca jer without comment :)
terima kasih untuk pencerahan ni
nanti kalau ada masa, cuba singgah blog akak
pastu bagi pendapat
bukan apa, nak dengar juga pendapat orang...hehe
setuju sangat dengan kriteria yang acik cakap tu.. :)
lagi 1 licha kurang minat sikit dengan blog yang pasang lagu ini.. huhu
Tips berguna untuk semua blogger esp. newbie, thanks.
Betul tu acik....kalau no 3 tu pling tak suka bila nak masuk satu2 blog....
terima kasih acik atas perkongsian ilmu..Insyallah akan cuba perbaiki sedikit demi sedikit blog saya
setuju dengan kriteria yang acik senaraikan, yang paling penting kena kekalkan originaliti blog. Terutamanya dari gaya penulisan kan. Baru ada identiti :)
setuju la acik..sebelum kita nak sahabat singgah ziarah blog kita..kita kena rajin singgah blog sahabat lain dulu..kalau tidak pun kunjungan kita tidak di balas kembali..sahabat lain pasti bertandang..yang penting niat kita itu..nnice sharing..
Good! Saya suka..hihik..saya suka part yang ramah tamah tu..haha..boleh tingkatkan trafik you know..haha..
mice entry acik. suka baca
Blog saya mesra pengunjung tak? kalau ada yg perlu diperbaiki bg tau ye Acik. Kekadang kita perlukan org untuk menilai blog kita.. Huhu. :D
Btw, nice sharing...
setuju semua pendapat acik tu.. part nak buat entri hari-hari saya masih lagi mencuba... hehehe....
btl la sy stuju terutama bab senang loading tu..kdg berat sgt buat rse mls nk bw..huhuhuhu
jom bg idea..bole dpt hadiah free - http://eirza.blogspot.com/2014/01/nak-hadiah-free-tak-jom-grab-peluang-ni.html
salam. entry yang bagus ni acik hehe..nama blog sy tak susah nak ingat kan? loading pun ok kan? hehe
Terima kasih, dapat ilmu hari ini ;)
Salam, singgah sini sambil klik3 tabung sekali... saya setuju sangat dengan Acik dan sahabat blog MyCherita.Saya memang paling tak suka masalah seperti yang seumpama itu.. apapun nice sharing.. ºSenikkº
betul tu acik. nad pun cuba nak buat semua yg acik senaraikan kat atas bg mudah orang datang blog nad :)
lagi tips berguna dari blogger berpengalaman :)
Saya sokong apa yang dinyatakan.
haha 1000 saat tu yang tak boleh tahan, sebutan kejamnya baik aku baca yang copy paste
yer acik, apa yang acik simpulkan mama baca dan anguk-angukkan kepala tanda setuju, semuanya mama setuju.... :) nama blog tu jangan panjang sangat, susah nak ingat..
tq share tip ni..
betul tu tang nama blog tu memang kalo panjang susah nooo nak ingat..kan...
lagi satu blog yang loading kemain lama berjanggut nunggu...pengunjung larik...
Blog yang ada like kena tunggu sampai 1000 saat tu memang awal2 dah tekan pangkah. Blog belum tentu best.. Baca entri pun blom dah suruh tekan like.
Betul tu acik.blo Akk x berat kot cuma 10sec.nama blog pun simple je kan.Atienstory..
terima kasih acik..Fiza pun tak tahu apa pandangan org pada blog Fiza... nampaknye nak kene tukar nama blog la fiza cm nie.. teguran yang sgt membina
bagusnya perkongsian ni :D
Oo.. bgs entry acik ni. Xpena mgecewakan zara.. aceceh.. entry acik slalu punyai isi yg kuat. Trima kasih acek. Nnti zara akan pbaiki blog zara skit2. ^^
sgt berguna info acik nie.. sy nie banyak lemah lg dalam dunia blog nie.. kalau ade mane2 yg kurang di blog sy bgtau ye acik.. btw.. entry nie best ! :)
Wah..acik pun ada ramai peminat....Tahniah...blogger yang mesra.
tips y bagos! blog y background hitam tulisan putih paling sakit mata nak membaca..huhu..=)
Assalammualaikum...achik,
Terima kasih bebanyak tips yang dikongsikan di sini.. bagus achik! Kita semua belajar daripada kesilapan..
mselim3
pls: dulu blog mselim3 background hitam tulisan kuning huhuhu dulu2 ilmu berblog pun kurang.. ehehehe
peramah tu akan menjadikan kita lbh disenangi dan org suka dtg baca blog wpun kekadang entry tak berapa menarik ...
info yang bagus untuk saya yang sekejap ada mood nak menulis, sekejap takde mood. hehehehhehe ! jd semangat nk menulis hari hari. mekasihh
cuba bagi yang terbaik walaupun in hurry...anyway tahniah acik dah enam tahun ya..lama tu..
betol tu acik , acik komen blog NIL . ok ta ?? ada yang perlu ubah tak
Terima kasih Acik... abak setuju..hehehe... Nampaknya Abak kena baiki sikit lagi blog Abak ni...entri pun mengarut ngarut je..hahahhah...
tips yg sgt bagus... byk lagi benda ain nk kene perbaiki.. thanks for the info :D
kena ambil pendapat abg acik ni. membangun sungguh :D thumb up!
T kasih diatas perkongsian tips & nasihat Acik.. in shaa Allah, akan dijadikan panduan & peringatan selalu. T kasih.. :)
acik suka singgah blog akak tak?hehehehe..
Perkongsian yang bernas, terutama part 'isu yang sama. tapi olahan berbeza' ianya memberikan saya inspirasi untuk menerbitkan hasil tangan sendiri. thanks :D
Catat Ulasan