Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Pertama Kena Demam Denggi



Assalamualaikum 

Di hospital ini bersilih ganti orang yang mendaftar masuk, apabila seseorang itu lebih demam 2-4 hari akan ambil darahnya dan kemungkinan akan di tahan di wad. Seperti itu juga acik, keadaan semasa pagi sangat okey bila malam menjelang badan akan rasa seram sejuk. Selama 3 hari berturut-turut acik mengambil darah di pusat kesihatan Uitm dan ketika pada hari terakhir tu, palet darah acik jatuh menjunam 57. Terkejut juga acik, badan nampak semakin sehat. 

Dan pada hari tersebut acik terus di bawa ke Hospital Klang iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Dengan tak apa-apa persedian , membawa selesai sepinggang di bawa naik ambulance. Ya Allah lajunya dan terhuyung hayang dalam dalam ambulance. Selepas itu "check sana sini" dan daftar pada pukul 1.30 baru acik katil yang akan acik di diami sekarang ini. Naseb baik housemate acik, fahmi datang bawa barang-barang.

Bila kat hospital ini badan tak sakit pun jadi sakit, jadi tak bermaya dan bersemangat. Sekeliling kita semua orang yang sakit lebih kurang sama macam acik. Setiap hari pada pukul 4 pagi ambil darah, pukul 2 nanti ambil lagi darah, pukul 5 ambil darah dan malam pun ambil darah. Ya Allah sakitnya ambil darah, dahlah tempat yang sama. Nak tahu apa simptom-simptom dengggi ? 

simptom denggi
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).


Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Serious bukan mudah kena demam denggi acik cuba apa yang semua orang suruh, makan sup ketam sudah, 100 plus sudah, minum air berbotol-botol, sup daging , dan air barli. Tapi itulah mudah-mudah demam acik ini semakin pulih dan cepat balik. Acik ada satu paper lagi pada minggu depan, risau betul jadinya.  

Doakan acik dalam keadaan baik-baik sahaja dan moga hari ini lebih baik dari semalam. 






Catat Ulasan

42 Ulasan

sitirohaida berkata…
lor...kena tahan wad la nie...kesiannya acik...jaga kesihatan ye..akak pun tk pernah kena lagi...tapi orang kata sup ketam tu memang bagus..
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik. semoga cepat sembuh ya. banyakkan minum air suam. in shaa Allah boleh keluar wad cepat :)
Unknown berkata…
moba cepat sembuh.. banyakkan makan makanan yang berlendih.. macam bendi, tomato mentah, siput sedut.. dan seumpamanye.. :)
lala yusof berkata…
cuba minum air musoffa & try lap2 kat badan tp jgn kat muka takut tak tahan panas dia bl ia bertindak balas...moga cepat sembuh
Unknown berkata…
la ciannya adik kak cik nie...masuk wad dah lak...huhu...
semoga cepat sihat dik
Atien berkata…
Smoga acik cepat sembuh.
Unknown berkata…
semoga cepat sembuh ye..:)
Engku Muzahadin berkata…
Minum 100plus bebanyak pun ada yg kata oaky, smoga cpt smbuh Acik. Musim hujan ni lg cepat denggi biak, kena pastiakan takda air yg bertakung...
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Moga cepat sembuh ye acik...moga segala urusan dipermudahkan Allah....
PeRdU cINta berkata…
Assalammualaikum acik..masyaAllah..kesian acik..acik dah cuba minum air rebusan daun pucuk betik muda..tapi memang pahit sangatlah..itu sekadar usaha..selebihnya berserah pada Allah..akak doakan acik segera sembuh ye..aminn..
MalizaMah berkata…
musim skrg nie....
Khir Khalid berkata…
Semoga tabah.. didoakan agar acik beransur sihat & cepat sembuh ye... aamiin...
Nick Nashram berkata…
jaga kesihatan bro.
tido malam-malam sembur ridsect banyak2,,kasi halau itu punye nyamuk :)
MyCherita berkata…
semoga cepat sembuh bro..
paridah berkata…
assalam...moga cepat cepat sembuh ya makan ubat sambil berdoa...shifaun biiznillah...in sya Allah..
Unknown berkata…
get well soon. pray a lot supaya cepat sembuh :) makan ubat accordingly.
Sally Samsaiman berkata…
get well soon Acik :)
Unknown berkata…
semoga cepat sembuh ye..
Kechek Buzz berkata…
semoga acik cepat sembuh... ^_^
Unknown berkata…
Semoga cepat-cepat sembuh. dan semoga dipermudahkan segala urusan..
Tanpa Nama berkata…
semoga segera sembuh ye acik...
Azwar Syuhada berkata…
Makan ubat dan semoga cepat sembuh acik! :)
Blog Santai berkata…
take care ..semoga cepat sembuh ya acik!!!
cikmudahimawary berkata…
dah keluar wad dah .. yeyy sowi amik entry acik skit td
KHALID berkata…
Hopefully x kene huhu. boleh bawa maut denggi ni.. jiran ade yang dah meninggal sebab penyakit ni. Banyakkan doa n jaga kesihatan
~cik atin~ berkata…
syfakallah. semoga cepat sembuh
bicara mak dara berkata…
Mak Dara pun pernah kena demam denggi ni.. mmg sakit seluruh badan. dan ambil masa 1 bulan utk fully recover... Mak faham apa yg acik rasa.. semoga acik cepat sembuh ya...
sobri yaacob berkata…
semoga cpat sihat acik..x pnah kena dman ni..tapi info dan pringatan yg bgus acik...
Unknown berkata…
ada baca status bro kat fb..semoga bro sabar dan tabah menghadapinya..
fragmenbiru berkata…
Alhamdulillah Acik.. In Shaa Allah ada hikmahnya.....
Syafakallah,moga Allah cepat smbuhkan dan mudah-mdahan acik ketemui hikmahnya..
Tetamu Istimewa berkata…
Sekarang ni banyak nyamuk aedis ni. Jadi, kena berhati-hati. Semoga cepat sembuh achik.
Maria Firdz berkata…
moga cepat sembuh acik.... :)
JunkyBoy berkata…
jom,,jom,,burger king,,
cepat sembuh weii,,,
Mizz Aiza berkata…
semoga acik cepat sembuh..
Unknown berkata…
semoga cepat sembuh dan baik hendaknya :)
Unknown berkata…
cepat sembuh acik..banyak2 rehat
byk kan minum air & 100 plus
semoga cepat sembuh
PCL berkata…
baru tau kisahnye...dah sihat ke belum ni acik? ...Nina anak pcl dah ok sepenuhnya setelah 5 hari menghuni wad..
Affy Afiqah berkata…
ika juga pernah mengalaminya acik..memang sakit yang amat tuhan je tahu
Sufi berkata…
memang bahaya demam denggi ni..lani musim x habis lg..kene jaga2 kwsn persekitaran..Smga Allah lindungi kita semua
Daud Mohamad berkata…
GERAM betul saya dgn nyamuk aedes ni..sama2lah kita jaga anak2 kita sbb kalau denggi kena pada kanak2 lebih bahaya..kes denggi berdarah kanak2 paling tinggi..

moga kita dijauhkan dari demam denggi ni ye.