Senarai Penuh Pemenang Malaysia Social Media Award 2014


Assalamualaikum 


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucaplah syukur kehadrat ilahi. Masih lagi tak percaya apabila mimpi jadi kenyataan. Syukur ya Allah kerana memberi peluang kepada acik blog picisan ini untuk memenangi best lifestyle blog di Malaysia Social Media Week 2014. 

Penyampaian anugerah kepada pemenang ini di adakan di : 

Date : 26 februari 2014 
Vanue : Zebra square, jalan kampung pandan. 

pemenang Best lifestyle blog

Best lifestyle blog antara kategori yang paling ramai yang masuk bertanding dan ramai blogger-blogger hebat turut bertanding di dalam kategori ini.Hampir 70 blogger yang bertanding dalam kategori ini, mungkin rezeki berpihak untuk blog acik, alhmadulilah ya Allah. 

Untuk pergi ke anugerah ini agar sukar bagi acik kerana acik menaiki kenderaan awam, dari klang terus ke zebra square. Alhamdulilah sampai tepat pada waktunya dan dapat berjumpa dan berborak dengan salah seorang pemenang bagi blog pendidikan iaitu cikgu Hailmi, orangnya bergaya dan sangat ramah seperti sudah lama berjumpa. 

pemenang Best lifestyle blog
acik bersama cikgu Hailmi
Pada malam tersebut, di janjikan mula pada pukul 8 malam tetapi kelewatan sedikit tetapi perjalananan program dan aturcara anugerah berjalan dengan baik sekali.Tentu sekali kami di MSMW 2014 di hidangkan dengan makanan yang menyelerakan. 


pememang msmw 2014
Bersama blogger Otai
Blog ini usianya sudah 6 tahun dan akupenghibur.com baru 3 tahun bergelar dot com. Masih banyak lagi pekara yang perlu acik belajar dari blogger-blogger otai. Sangat teruja apabila berjumpa dengan melastikbintang.com ,abangensem.com , denaihati.com dan ramai lagi blogger hebat. Satu penghargaan dapat berjumpa dengan mereka dan membina ukhuwah antara blogger serta tentu sekali penampilan khas iaitu wak doyok dan Ameer forteen.


aku penghibur
akupenghibur



Tahun lepas acik kalah untuk kategori favorite lifestyle blog dan kali ini acik lebih semangat untuk bertanding untuk best lifestyle blog alhamdulilah ianya membuahkan hasil , ianya dorongan dan sokongan daripada kedua ibubapa, adik beradik acik, rakan blogger, rakan di laman sosial dan serta pembaca blog ini yang terus menyokong sehingga ke akhir ini. 

Memang terkejut apabila mengetahui blog acik menang , mungkin juri juga menilai dari pelbagai aspek untuk memilih blog acik sebagai pemenang. Kepada yang tak puas hati atas kemenangan blog acik, berilah peluang, ruang dan waktu untuk acik membaiki blog ini dari semasa ke semasa. Mungkin ini rezeki acik dan ianya juga ujian untuk diri untuk tidak bermegah dan sentiasa istiqamah dan setiap apa yang di lakukan. Apa pun tahniah kepada semua pemenang, kepada yang tidak bernasib baik kita cuba lagi tahun hadapan.

Senarai Penuh Pemenang Malaysia Social Media Award 2014


Best Auto Blog : http://motoring-malaysia.blogspot.com/

Best Business Blog : http://abangensem.com/

Best Educational Blog : http://www.cikguhailmi.com/

Best Foodie Blog : http://squallcuisine.com/

Best Gadget Blog :
http://WinnieKepala.com/

Best Micro Blog :
http://instagram.com/denaihati

Best Lifestyle Blog : http://www.akupenghibur.com/

Best Music & Entertainment Blog : http://munsyeed.com/

Best Sports Blog : http://boladaily.com/

Best Photography Blog : http://wazariwazir.com/

Best Travel Blog :  http://timetravelafif.blogspot.com/

Best FMCG Sector : Nestle Products Sdn. Bhd.

Best Property Sector : IJM Land Berhad

Best Corporate Engagement : RHB Group

Best Retail Chain Sector : Sogo Kuala Lumpur

Best Online Media : MalaysiaKini

Popular Shopping Mall : Pavilion Kuala Lumpur

Best Banking & Finance Sector : Maybank

Best Customer Engagement : TuneTalk

Best Automotive Sector : Honda Malaysia

Most Innovative Telco : DIGI

Best Logistics & Transportation Sector : AirAsia

Best Community Engagement : Ministry of Health Malaysia

Social Media Agency of the Year : GushCloud

The Social Media Celebrity of the Year : Yang Bhg Tan Sri Dr Tony Fernandes

The Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement : Perbadanan 


sumber pemenang :  blog kak syuhadah