Assalamualaikum

Siapa sangka bermula dengan berkenalan sebagai rakan blogger akhirnya berjumpa di alam nyata. Dia alam maya kita hanya dapat membaca melalui penulisannya sahaja tetapi di alam realiti dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk kongsikan pelbagai cerita. Itulah keseronokan yang di rasai apabila dapat berjumpa dengan seorang blogger yang hebat. Beliau adalah Mieza Jhaa K pemilik cinta25hb.blogspot.com

Kalau mengikut rancangan awal seharusnya kami bertemu di dang bay bersama mieza dan seorang blogger yang semakin meningkat namanya iaitu blogger mamaniza.com.Tetapi terdapat sedikit halangan kerana ketika itu di bandaraya Johor Bahru ada perarakkan Cingay .Jadi hajat itu terpaksa di lupakan dan acik luangan sedikit masa bersama blogger Mieza Jhaa K bersama adik ipar suami mieza.


Mieza Jhaa K ini bukan sahaja seorang blogger tetapi merupakan seorang pemilik kedai kek cinta dungun yang terkenal di daerah Dungun, Terengganu. Dari jauh beliau datang untuk berjumpa dengan kami blogger Johor. Pertama kali acik jumpa dengan beliau sangat terkejut rupanya beliau lebih ramah dan sangat "talkative" . Pelbagai pekara yang kami bualkan dan seronok mendengar cerita dari seorang yang berjaya.

Di mana ada kemahuan di situlah ada jalan, hasil dorongan dan sokongan dari suami serta keluarga beliau. Beliau membina perniagaan sendiri dengan membuka kedai kek yang di niagakan di rumah. Bermula dengan usaha kecil-kecilan dan kini nama kek cinta dungun menjadi sebutan dan perhatian oleh masyarakat di sana. Apabila melihat deko yang di hias di kek yang di buat memang cantik dan menarik perhatian.

Sangat bertuah dapat berjumpa dengan seorang blogger yang hebat, acik dapat semangat baru bila mendengar nasihat dan cerita dari orang yang berpengalaman seperti Mieza Jhaa K. Dan terima kasih untuk kata-kata semangat ,kerana acik termotivasi diri untuk maju di masa akan datang. Cita-cita untuk membuka kafe sendiri akan sentiasa di usahakan dan moga suatu hari nanti acik mempunyai jenama sendiri. Amin