Pengikut

Jumaat, 21 Februari 2014

Bila Ada Depan Mata Tak Tahu Menghargai ?

depan mata

Assalamualikum


alhamdulilah sekarang acik baru mengerti tentang kehidupan yang selama nie acik cari. Walaupon kadang-kadang apa yang berlaku sangat menyakitkan kita tapi kita kerana terima juga walaupun apa pon alasannya. Hari nie acik di minta oleh seorang pembaca blog acik untuk tulis tentang pekara yang akan acik taip nie , rasa bersalah jika tak berkongsi ilmu .


Ada seorang nie tanya pada acik , kenapa bila orang yang kita sayang tak hargai kita, tapi bila kita dah kecewa baru nak terhegeh-hegeh ?


Sebenarnya setiap manusia ada jalan cerita mereka sendiri, tapi rugilah kepada mereka yang tak menghargai orang yang kita sayang dek kerana ego dan tamak sebab dah dapat seorang tapi nak cari yang lain.


Hal nie pernah terjadi pada acik, acik nie terlalu fobia cinta sampai takut untuk bercinta. Memang salah acik masa tu sebab terlalu takut di kecewakan lagi oleh seseorang tu. Tapi mak acik pernah cakap ,setiap orang yang kita jumpa adalah berbeza tak semestinya perjalanan hidup kita akan sentiasa sama. Dan acik sangat rasa bersalah kerena kecewakan dia. Tapi itu takdir ALLAH dan pengajaran kepada acik.


Kita kena berpijak di dunia yang nyata bahawa setiap orang yang hadir dalam hidup kita perlu di beri ruang untuk bersama .Sebab kita kena hargai setiap orang yang hadir dalam hidup kita. Kita sebagai manusia nie tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kite ada. Kite sebagai manusia nie tak pernah puas.Kita sering terleka dengan orang yang selalu ada di dekatnya dan abaikannya .Tapi bila orang tu dah face up dengan apa yang berlaku barulah rasa menyesal dan terhegeh-terhegeh minta maaf.

Siapa kita untuk tak menghargai orang lain ??? 

 
“manusia hanya pandai menghargai nikmat( mensyukuri nikmat) bila benda tu tak ada”


Ayat yang mudah, simple malah sesiapa pun boleh paham walaupun bukan orang Islam. Kalau air takde barulah kita nak pandai berjimat, buat catuanlah, jangan membazirlah, guna yang perlu sahaja .Macam-macam seruan keluar bila air takde Semua orang merungut,susah nak basuh baju, nak memasak, nak kena mengangkut air, air minum takde. Pada masa tu lah baru pandai nak berjimat, masa air melimpah ruah memang tak tau nak berjimat aii,saat air melimpah dalam tab mandi buat tak tau saja.



Ala manusia biasa la kan, bila hilang sesuatu baru terasa pentingnya pekara yang dah kita hilang tu. Masa ada depan mata tak pulak reti nak hargai dan bersyukur.Bila demam baru terasa nikmatnya sihat.Bila kaki atau tangan sakit/patah, baru terasa nikmatnya ada tangan yang boleh memegang dan kaki yang boleh berjalan kemana-mana sahaja yang diingini.


Bila ada teman atau orang terdekat yang meninggal atau pergi jauh dari hidup kita baru terasa erti sebuah kehilangan.Opppsss kita macam tu ke?

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan,cabarandan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal yang abadi hanya dapat di temui apabila kita kembali semula kepada ilahi.

Ya Allah lembutkanlah hatiku menerima teguran..

Ya Allah kuatkanlah hatiku menghadapi semua ujianMu





Share This!


22 ulasan:

  1. ='( sedih baca entry ni..sebenarnya kan acik..dayah sekarang tengah lalui situasi ni..bukan dayah menidakkan apa yg didepan mata tapi mcm awal2 entry acik..terlalu tkot dikecewakan smpaikan yg didpn mta dibiarkan..dayah x berniat tak menghargai yang didepan mata..tapi tu la..dayah terlalu takot untuk dikecewakan kali ke 2..mcm mana nak ubat sakit ni yer acik?dayah pernah try buka hati dan menerima huluran..tapi still x bole..takot tu tetap ada ='(

    BalasPadam
    Balasan
    1. paling penting adalah menerima dan menjalani tetapi jangan bermain dengan soal perasaan. Istikarah kepadanya dan berdoa kepadanya agar di pertemukan dengan mereka yang membahagiakan

      Padam
  2. acik buat lah entry tentang kekecewaan setelah di beri harapan yang tinggi pada seorang wnaita .. kemudian pergi begitu sahaja tanpa khabar hee

    BalasPadam
  3. Betul tu Achik...selalunya macam tu lah kan..kita selalu take things for granted..

    BalasPadam
  4. ASSALAM ACIK..Pabila kita dah kehilangan baru tau menghargai apa yang telah hilang tu ya..sebelum kehilangan berusahalah menghargainya takut menyesal tak sudah...

    BalasPadam
  5. setelah kita kehilangannya baru kita sedari betapa pentingnya dia dalam hidup kita.. namun usah terkurung dengan rasa bersalah.. biarkan ia berlalu pergi dan mulakan hidup yang baru..

    BalasPadam
  6. Salam acik..,

    Rindunya nak berkomen di entry acik.,

    Akak dh biasa dgn org yg tk tau menghargai diri ini tp akak tk kisahpun sbb ada ramai lg org lain yg tahu menilai...diri akak pula,akak sentiasa menghargai
    org lain wpun akak tau org tersebut tk berhak utk mendptkannya

    BalasPadam
  7. Cara mudah untuk menghargai ialah sentiasa bersyukur.. dan cara paling mudah untuk bersyukur ialah sentiasa melihat org yg kekurangan dari kita.. tp tu lahh kannn manusia.. sukar difahami. Btw nice entry.. keep it up.. :)

    BalasPadam
  8. x payah kecewa dgn otg yg x hargai kite,,tp yg penting kite kna hargai org di sekeliling kite..:)

    BalasPadam
  9. kadang-kadang yang didepan kita tak nampak, sebok dok kejar benda yang ntah apa-apa, maknanya tu tak reti nak mensyukuri nikmat yang diberi, Allah tarik, nganga la jawabnya,.. Insyaallah acik.. mama doakan acik dipertemukan dengan insan yang pandai menghargai... :)

    BalasPadam
  10. Betul acik..itu yang selalu berlakukan..Bila dah tak ada baru terasa kehilangan...Kena banyakkan bersyukur dan menghargai setiap apa yang kita da...Never takes things for granted..

    BalasPadam
  11. Jgn abaikn dia yg ada d depan mata kita.. mungkin ari ni dia tabah melayan karenah kita yg bsikap acuh tak acuh pada dia.. esok lusa bgaimana ? Jgn takut ntuk kecewa kerna Allah itu ada menemani kita.. btul ckp mak tu.. stiap org xsma. Jalan hidup berbeza. Allah lagirkn perasaan kecewa tu ntuk bimbing kita melayari kehidupan d dunia ni ngan lebih bijal. D sebalik kekecewaan tu.. pasti ada yg lbh baik mmnnnti.. jd.. jan takut ntuk mcuba lagi.. ^^

    BalasPadam
  12. Dalam konteks sally lain..sally menyesal sbb terlampau cintakan duit..sampai masa-masa akhir arwah papa xde..sally tgh Sibuk bekerja..

    BalasPadam
  13. Jangan menyesali atas apa yg telah berlaku. Yakin dan percayalah...ianya adalah yg terbaik utk kita dan pasti ada hikmah disebaliknya. Jadikan ianya sebagai peringatan dan pedoman utk masa2 mendatang... Bersyukurlah kerana masih ada masa diberikan utk kita...

    BalasPadam
  14. bukan tak tahu hargai je.. bersyukur pun tak.. Orang penting kan duit sampai tak ingat sekeliling.. tak ingat dunia. hmm itu lah yang berlaku generasi masa kini

    btw jemput singgah http://iluvtour.com

    BalasPadam
  15. Lumrah kebanyakkan manusia di dunia ini.. bila ada tak bersyukur.. bila tiada barulah menyesalinya.. t kasih diatas perkongsian Acik.. :)

    BalasPadam
  16. Selalu mcm tulah.sebab itu kita patut hargai mereka yang berada di sisi kita..

    BalasPadam
  17. Jika kita mahu menjadi orang yang dihargai, kita juga haruslah menjadi orang yang selalu menghargai.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails