Assalamualaikum
Siapa sangka bermula dengan berkenalan sebagai rakan blogger akhirnya berjumpa di alam nyata. Dia alam maya kita hanya dapat membaca melalui penulisannya sahaja tetapi di alam realiti dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk kongsikan pelbagai cerita. Itulah keseronokan yang di rasai apabila dapat berjumpa dengan seorang blogger yang hebat. Beliau adalah Mieza Jhaa K pemilik cinta25hb.blogspot.com
Kalau mengikut rancangan awal seharusnya kami bertemu di dang bay bersama mieza dan seorang blogger yang semakin meningkat namanya iaitu blogger mamaniza.com.Tetapi terdapat sedikit halangan kerana ketika itu di bandaraya Johor Bahru ada perarakkan Cingay .Jadi hajat itu terpaksa di lupakan dan acik luangan sedikit masa bersama blogger Mieza Jhaa K bersama adik ipar suami mieza.
Mieza Jhaa K ini bukan sahaja seorang blogger tetapi merupakan seorang pemilik kedai kek cinta dungun yang terkenal di daerah Dungun, Terengganu. Dari jauh beliau datang untuk berjumpa dengan kami blogger Johor. Pertama kali acik jumpa dengan beliau sangat terkejut rupanya beliau lebih ramah dan sangat "talkative" . Pelbagai pekara yang kami bualkan dan seronok mendengar cerita dari seorang yang berjaya.
Di mana ada kemahuan di situlah ada jalan, hasil dorongan dan sokongan dari suami serta keluarga beliau. Beliau membina perniagaan sendiri dengan membuka kedai kek yang di niagakan di rumah. Bermula dengan usaha kecil-kecilan dan kini nama kek cinta dungun menjadi sebutan dan perhatian oleh masyarakat di sana. Apabila melihat deko yang di hias di kek yang di buat memang cantik dan menarik perhatian.
Sangat bertuah dapat berjumpa dengan seorang blogger yang hebat, acik dapat semangat baru bila mendengar nasihat dan cerita dari orang yang berpengalaman seperti Mieza Jhaa K. Dan terima kasih untuk kata-kata semangat ,kerana acik termotivasi diri untuk maju di masa akan datang. Cita-cita untuk membuka kafe sendiri akan sentiasa di usahakan dan moga suatu hari nanti acik mempunyai jenama sendiri. Amin
37 ulasan:
Amboi...gambar berdua jek, jeles beb!...haha! Isteri orang tu... :)
Itulah...siapa jangkakan pertemuan dari hanya perkenalan di blog. Mungkin satu hari nanti...kita bertiga pula!
Seronok kan jmpe org yg different background pastu main tukar-tukar cerita pendapat..
Hihi untung...lepas nie jumpa cik akak lak haha
kecik jer Mj upanyer..
ataupun bro achik yg besar nie..
hehehe..
mmg best bila dapat jumpa depan2.
amboii acikk..hehhe.. comel2 je blogger mieza nie ye.. manis orgnye.. :) bile nk jumpe anis plak acik?huhuhu..
bukan pergi berdua.. ada yang lain... kebetulan saje ambil picture berdua...
moga nanti satu hri nanti berjumpa dengan BM pula
heheehe Mj mmg kecil dan acik memang besar orang hahaha
best kan bila dapat jumpa rakan blogger yang selama ni kita kenal kat alam maya je :)
emm dapat motivasi cetusan idea biznes dgn mieza..bestnyer acik. Semoga semangat terus membara utk gapai cita2 acik..
dapat berkongsikan idea selepas ni ya abg acikk :D
owh firth time tahu pasal bloggerni..nanti nak wlawat blog dia leh..
Bertuah Acik dapat jumpa usahawan yang berjaya seperti blogger MJ.Nanti dapat belajar tips dan ilmu bisnes dari orang yang banyak pengalaman seperti MJ ini.Bolehlah dapatkan sedikit sebanyak tunjuk ajar untuk diaplikasikan dalam usaha membuka kafe dan memiliki jenama sendiri. Insyaallah cita-cita Acik akan tercapai jua nanti...
mesti happy kan dapat jumpa rakan sesama blogger...semoga acik berjaya mencapai cita-cita pada masa depan.amin..;)
Owhh...ingatkan mamaniza je yang jumpa Kak Jieha, acik pun dapat jumpa dia juga..InsyaAllah, one days..:D
mudahan niat murni acik akan trcapai insyallah pasti ada rezki..
bestnya dapat jumpa kak mieza. comel je orangnya kan. hehe
wah bestnya dapat jumpa2 cmni...dpat tukar pendapat ye..;)
wahh jauh tu dari Johor ke Dungun. hehe
sonok dpt kongsi2 cerita kan Acik.
comey lotey dua2 : Acik dgn kak mieza hehe
Alhamdulillah.. semoga pertemuan membawa keberkatan.. aamiin..
Ya Allah..suka sgt baca entry ni..hehe.. terima kasih Acikk sudi berjumpa dan berkenalan lebih rapat. Happy sangat. Semoga Acikk juga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Hahahah..tergelak sakan baxa komen Shark..hahaha. ye mmg sy kecik.. Acikk normal je..
Happy baca you all punya cerita. Bestkan dapat jumap kawan-kawan yang selalu bersembang tanpa suara..he..he
seronoknya..:)
Assalammualaikum...achik,
wahh.. dapat jumpa blogger.. kalau blogger johor semua dapat berjumpa best gak...
mselim3
pls: achik bergambar kat bangunan bukit timbalan dekat dengan tpt mselim3..hehehe.. insaallah boleh jumpa nanti.
dapat kek tak ?? hihi..
huhu..kdai kek kat dungun ea..
Alhamdulillah..berukhwah dialam nyata ye..bestnya..moga saling memberi manfaat satu sama lain..amin..
wah.. seronoknya bila dapat berjumpa dengan rakan blogger.. :D
klik2 cne visa :)
Seronoknya jmpa rakan blogger.
Wah.. Seronok tu.. Pasti byk pngalaman blogger juga blh dikongsikan..
Ukhwah... dari hanya di alam maya ke dunia realiti... (y)
wah bestnya .. tergn jmpa acik plak hee ,,,
umm pic nil tade la kat entry sbb nil tak cun lagi nak jd model haha
Amin semoga cita2 acik tu menjadi realiti..btw tahniah sebab blog ni dah tercalon dlm top 3 best lifestyle blog for MSMW2014 =)
Jom Terjah : Muslim Niaga : Platform Dropship Produk Islamik
wah bestnya dpt jumpa realiti
Kecik molek blogger mieza ni.. comel.. ^^ zara blom bpluang lagi jmpa blogger d luar.. huhu.
Bila blogger bertemu blogger pasti meletop kan.
Catat Ulasan