Ticker

6/recent/ticker-posts

Malaysia Social Media Week 2014 #MSMW2014




Assalamualaikum

Hari ini bertubi-tubi soalan dari rakan di laman sosial berkaitan kenapa masih lagi menyertai Malaysia Social Media Week 2014 walaupun  tahun lepas kalah dalam kategori yang di pertandingkan ? 

Tahun lepas acik bertanding dalam kategori best lifestyle blog, kali ini masih lagi bertanding dalam kaetegori yang sama. Sebabnya mudah sahaja adalah untuk penjenamaan semua blog akupenghibur ini walaupun hampir 6 tahun usianya tetapi terdapat banyak kekurangan di sana sini. Jadi dengan adanya pengajuran seperti ini dapat memperkenalkan blog acik kepada masyarakat. 

Adat menang dan kalah ,tetapi acik tak akan pernah putus asa untuk terus bertanding dan membaiki blog ini dari semasa ke semasa. Memang tidak di nafikan kategori ini paling ramai yang bertanding dan nama-nama besar dalam dunia blog juga bertanding dalam kategori ini. 

Malaysia Social Media Week 2014 #MSMW2014

World blog social media award  dan Anugerah Media Sosial direka untuk individu, syarikat dan organisasi untuk menunjukkan pencapaian mereka dalam arena media baru ini. Dan majlis berprestij di mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia serta mendapat sponsor dari syarikat yang besar dan dikenali.

In sha Allah Acik bakal menjadi pengamal media di masa akan datang sangat teruja dengan penganjuran seperti ini.Ianya menampakkan kepesatan dan kemajuan media baru di Malaysia. Bagi kategori blogger award mempertandingkan 15 kategori antaranya best auto blog, best business blog dan banyak lagi. Penjurian ada 80% hasil undian orang awam  20 % adalah juri yang telah di lantik.Sebenarnya banyak lagi acara menarik yang ada di dalam program ini.  

Dalam World blog social media award ini juga terterdapat slot di mana kamu dapat mendengar dan berjumpa dengan penceramah terkemuka di dunia  serta mereka yang sangat di segani di dalam media baru ini iaitu media sosial. Bukan itu sahaja, malah terdapat pakar-pakar dari pebagai industri yang turut sertai untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka. 


Serta penampilan istimewa speaker yang terdiri daripada pengamal media sosial yang di iktiraf dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Mereka semua antara yang terhebat, antaranya Steven Lewis, Evan Carmichael dan ramai lagi. 

Juga terdapat "workshop" yang boleh di sertai yang membincangkan pelbagai perihal, yang menarik perhatian acik ada "freedom of speech" dalam workshop black out. Jika di beri peluang memang mahu pergi ke workshop yang di anjurkan. 

Tak hairan apabila kos media baru akan di adakan di malaysia kerana ianya mendapat sambutan di kalangan seluruh dunia. Acik sebagai pelajar komunikasi rasakan program seperti ini sangat wajar di laksanakan kerana ianya berguna untuk kita mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Paling mengagumkan apabila Perdana Menteri juga pernah bersama di Media Sosial Award yang lalu. Jadi kita ada masa terluang marilah memeriahkan program yang penuh gilang gemilang ini. Jangan lupa untuk undi blog-blog kamu ,terutama blog acik yang bertanding dalam best lifesytle blog.Hari ini hari yang terkahir untuk vote dan Caranya di sini untuk vote (click sini) 

Akhir kata dari acik, jangan pernah berundur sebelum mencuba, pengaruh media baru ini amat kuat sekali ianya memang memberi impak yang positif jika melakukan pekara positif. Pastinya dapat mengenali blogger yang lebih otai dan lebih berpengalaman .

Catat Ulasan

30 Ulasan

sitirohaida berkata…
best of luck acik..
MyCherita berkata…
jangan mudah kenal erti mudah mengalah bro.. teruskan usaha, insyallah apa yang diusahakan akan di makbulkan oleh allah..
Unknown berkata…
all the best aciikk ! ^^
Rinna berkata…
Good luck acik.. moga berjaya
Niesa berkata…
gudluck acik!usaha tangga kejayaan.. :)
Unknown berkata…
semoga berjaya ye acik!
Unknown berkata…
usaha je dik...buatlah yang termampu je...
Unknown berkata…
all d bez acik..yumida doakan moga acik berjaya
aah menyertai msmw 2014 ni bagus utk penjenamaan blog
Dzureen Darwis berkata…
Pada saya lebih baik kalah bertanding daripada langsung tak bertanding. Bila menang lagi lah bagus :D
Fiza Aizzawa berkata…
Gd luck acik.. Fiza sentiasa support acik.. in shaa Allah..
sobri yaacob berkata…
menang kalah..adat ptandingan..janji tercalon itu yang kina nak.. menang satu bonus..good luck acik..
Fatin Wawa berkata…
tak salahkan utk mencuba.. apa2pun tahniah dan semoga berjaya. Already vote for this blog..:)
BinMuhammad berkata…
Dah undi Acik...Semoga berjaya!
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

ok...support achik.. achik... mselim3 dah vote achik...
moga achik berjaya k...amin.

mselim3

pls: support kekawan...
Blog Santai berkata…
Its ok untuk bertanding setiap tahun pun acik coz only then kita akan tau where are we compared to the rest kan...so good luck to you..kita dah undi dah!!!
Arman berkata…
Never give up, never surrender.. teruskan perjuangan Acik. Jadikan kata-kata hikmat ini sebagai pembakar semangat >>> Three Simple Rules In Life Semoga Berjaya.. ⇨ºSenikkº
Cik Nor berkata…
gud luck acik..:)
Karen Monica berkata…
best of luck acik :)
Khir Khalid berkata…
All the best Acik.. jngn mengalah & teruskan usaha yg baik ini.. Semoga Acik & Aku Penghibur terus sukses.. aamiin..
Mizz Aiza berkata…
semoga berjaya acik.. :D
Unknown berkata…
Teruskan dengan apa yg acik buat kerana Allah
Lieya Von Jay berkata…
gud luck ye acik ^_^
Tanpa Nama berkata…
Akak doakan yang terbaik buat acik.