perlu di hebahkan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini ucapkan syukur kepadanya. Hari ini acik ingin kongsikan satu hal yang dah lama acik perhatikan. Laman sosial di jadikan tempat berkongsi segala hal dan kadang kala perlu di halusi kerana bukan semua pekara boleh di kongsikan. Pertanyaan seorang rakan di fakulti tadi :

 acik sekarang ni dah jadi macam trend. Majlis pertunangan dah macam majlis perkahwinan. dan orang sekarang kalau bertunang mesti siarkan gambar-gambar di facebook, instagram dan di laman sosial yang lain ,mengambil gambar berdua membuktikan mereka dah bertunang ,itu di bolehkan ke acik ? 

Sebagaimana kita ketahu pertunangan itu adalah mukadimah untuk masuk ke alam perkahwinan. Ikatan pertunangan itu adalah suatu perjanjian yang diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin.Ianya di haruskan dalam islam dengan memberi peluang kepada si lelaki dan si perempuan untuk pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. 

Dalam pertunangan ini tiada paksaan untuk tempoh, lagi cepat lebih bagus, ianya terpulang kepada kedua-dua pihak menetapkannya dan beserderhanakan sahaja majlis di lakukan. Sebelum itu tahu tak apa syarat-syarat asas untuk pertunangan ? 

Syarat-syarat asas untuk pertunangan adalah:
i) Tiada halangan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk berkahwin.
ii) Pihak lelaki atau pihak perempuan belum ditunangkan dengan orang lain.
iii) Pihak-pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan.

Dalam kita bertunang sebaik-baiknya kita merahsiakan,pertunangan tidaklah perlu dihebahkan.
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“ Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan ”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu.)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Dalam kita bertunang jika juga perlu menjaga batas-batas pergaulan kerana mereka belum mempunyai ikatan yang yang halal seperti perkahwianan.Mungkin ada ada tanya kenapa tak perlu dihebahkan? kalau orang lain masuk meminang macam mana?
sebab itulah, sebelum meminang, perlu kepada merisik melalui orang tengah yang rapat dan boleh dipercayai dengan perempuan tersebut untuk mengetahui statusnya. Jika gadis masib belum di pinang orang maka barulah boleh bertandang ke rumahnya.

Mungkin disini terdapat dua perbezaan pendapat. Ada golongan ulama yang berpendapat menggalakkan (sunat) disembunyikan pertunangan, dan ada juga yang mengharuskan untuk menghebahkan. acik berpendapat dengan pendapat untuk menggalakkan (sunat) disembunyikan. Golongan yang menggalakkan (sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah sebenarnya disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain.

Antara hikmah menyembunyikan pertunangan

Perkara belum pasti terjadi atau berlangsung pernikahan tersebut (kita merancang, Allah yang Menentukan). Antara kedua pihak masih lagi ajnabi, untuk mengelakkan daripada fitnah dan perbualan umum.Mengelakkan daripada niat tidak baik untuk menjatuhkan/meleraikan ikatan pertunangan.


Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan, barulah khabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat.Apa pun terpulang kepada kamu,yang mana pilihan kamu.Jikalau ada yang bertanya statusmu dan memaksa untuk berkata ,katakan bahawa kamu telah menjadi tunangan orang  dan tak perlu di beritahu siapa tunanganmu itu.