Assalamualaikum
Hai semua entahlah kenapa air mata nie keluar tanpa minta izin dulu, tolonglah jangan keluar.. tapi dia tetap mengalir tanpa henti., sebenarnya dugaan ini buatkan hati dan mataku ini hiba yang tiada taranya. Dalam hidup acik nie bukan gah seperti mereka sangka.. terlalu banyak liku yang perlu di tempuhi. Di dalam blog ini juga jadi saksi apa yang berlaku. Dan orang selalu mengadu pada acik bila ada masalah dan setiap dugaan yang mereka lalui , dan minta nasihat pada acik.Tapi di saat acik luka ,di saat hati ini sedih berapa ramai saje yang mahu mendengar ?
Mereka hanya mencari kita bila perlu, di saat mereka bahagia adakah mereka ingat kepada mereka yang selalu ada untuk dia ?
bila orang sedih, kita pandai menasihatkan orang, jangan ikut perasaan itu semua ujian,kita kena kuat.Bila orang putus cinta, kita pandai menasihat orang jangan bersedih bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor.
Bila orang orang ada masalah dengan keluarga, kita bagi nasihat pada mereka dah macam pakar kauseling.Bila orang kecewa, kita berikan semangat untuk mereka agar teruskan hidup ini,bila orang ada masalah, kita pandai nasihat itu ini, kononnya kita dah macam pakar kauseling Tak putus bagi nasihat.Bila orang marah, kita pandai suruh dia bersabar,suruh mengucap banyak ingat ALLAH
Tapi bila fikir balik ,apa yang kita nasihat orang tu mampukah kita lakukan ??
Bila orang orang ada masalah dengan keluarga, kita bagi nasihat pada mereka dah macam pakar kauseling.Bila orang kecewa, kita berikan semangat untuk mereka agar teruskan hidup ini,bila orang ada masalah, kita pandai nasihat itu ini, kononnya kita dah macam pakar kauseling Tak putus bagi nasihat.Bila orang marah, kita pandai suruh dia bersabar,suruh mengucap banyak ingat ALLAH
Tapi bila fikir balik ,apa yang kita nasihat orang tu mampukah kita lakukan ??
Tapi apa pun juga alasannya ALLAH adalah sebaik perancangan pada kita, acik hanya fikir positif sekarang nie.Masalah yang acik hadapi in shaa Allah ada penyelesainya. Walaupun hati nie bertanya bagaimana ? tapi acik yakin ALLAH tidak pernah persiakan hambanya.Sedangkan permintaan syaitan derhaka itu pun ALLAH tunaikan..
Acik yakin ALLAH berikan rasa ini sebagai peringatan pada acik juga, bahawa kita manusia biasa , masalah orang mampu kita tolong dan cuba selesaikan tapi untuk masalah diri sendiri hanya ALLAH yang tahu.
36 ulasan:
Sebab itulah org kata lihat apa yg dikatakan bukan lihat pada orgnya. Ada yg pandai menasihati tapi tak mampu menerima nasihat...
Assalamualaikum acik.. sedihnya baca.. sheila senang menasihati tapi bab menerima nasihat tu makan masa sikit la. biasanya tegur dengan hikmah baru meresap jauh dalam lubuk hati T______T"
Niat Acik memberikan nasihat tu sememangnya berniat baik. InsyaAllah, jika kita pernah bantu orang, orang lain akan mudah memberikan pertolongan kepada kita.
Klu sy, cara sy rawat diri ialah dgn merawat org lain... Cnth bila dlm.sedih, sy akn nasihat org supaya jgn sedih...supaya kita sama2 gembira.... Tpi itulah berat mata memandang, berat lgi baru yg memikul... Jadilah org yg ringn terima dan beri nasihat..
i really love this entry acikkk.... seriously...thumbs up, tulah betul, manusia ni maksudnya kita semua, selalu penampakkan seperti pandai nasihatkan orang...contoh ek... someone tu menasihati orang lain supaya sentiasa ingat pada Allah, terima qada' dan qadar Allah, ketentuan Allah dan segalanya...tapi apabila 'musibah' melanda diri adakah kita mampu? I've seen orang yang macam ni... bila 'musibah' melanda diri hilang segalanya tu, tapi dia tak sedar... well, perhatikan ajerlah.... sebab tu bila nak nasihatkan orang akak lebih suka berpada2 dan menasihati di ruang yang memerlukan dan tak melebih2, sebab memikirkan kalau kita mungkin akan boleh mungkin akan tidak... you got what I mean? *_^
Allah ada sentiasa di sisi kita..mohonla dari-Nya..Insyallah
salam acik. hmm..sy tak rasa sy mampu untuk nasihatkan diri sendiri huhuhu :(
biasa nye acik.... orang nampak kelemahan diri oghang lain.... dan payah nk nampak kelemahan diri sendighi...... sama macam menasihati oghang....... kita nampak kekurangan oghang tu... tapi kita???... balik ke Jalan Allah..... itu je jalan terbaik...
la tahzan...hanya Allah tempat mengadu..
Sama lah dengan ena.. ena pandai nasihat orang, tapi sampai part kita pula, kita yang terjatuh juga.. banyak kali dah rasa macam ni.. tapi apa boleh buat, ena kuat ni sebab ena teringat balik nasihat2 ena kepada org lain.. hurmmm apapun, harap achik bersabar dan tabah..
di dalam kehidupan ini memang kita memerlukan seseorang untuk memberikan nasihat kepada kita.. kadangkala apabila kita menasihatkan orang lain, kita juga sebenarnya sedang mengingatkan diri kita.. contohnya jika kita nasihatkan seseorang supaya sentiasa tabah, sebenarnya kita juga berusaha menjadi seorang yang tabah.. tiada manusia yang sempurna..
yg penting niat tu ada..adatlah dunia bkan smua org beleh terima.. at lease we try the best
betul tu, kadang2 nasihat org sng, bile kena kat diri sndiri tak tahu nak apply mcm mn
iya sebaiknya kita menasihati diri dulu ya mas, sebelum kita menasihati orang lain :)
nasihat tu bermakna kita mengambil berat tentang individu tersebut.. dengan memujuk mungkin dapat melegakan sedikit perasaan dia.. memang bila terjadi pada kita, kita tidak mampu untuk lakukan.. mesti orang lain pula yang akan berikan nasihat buat kita..
Sy lebih gemar utk menjadi pendengar dari menjadi seorang yg menasihati.. Sebab kdg2 takut memburukkan lagi keadaan, cukup lah sekadar bagi guide utk kawan2 pilih yg mana satu terbaik utk diri mereka..
semoga dipermudahkan segala urusan ya Acik, jangan risau Dia sentiasa ada. :)
Setiap orang diberi kelebihan tersendiri dan kelebihan Acik dalam menasihati dan memberi pengajaran. Seperti seorang guru mendidik anak muridnya yg berjaya tapi belum tentu berjaya mendidik anaknya. Teruskan menasihati kerana ianya amalan mulia. Tiada yang nak dimalukan jika tidak mampu mendidik diri sendiri, itu bermakna jgn bangga diri kerana setiap manusia pasti ada kelemahannya.
Yang penting kita membantu dengan ikhlas dan kerana Allah swt. Semakin kita diuji itu bermakna semakin sayang Allah swt kpd kita... Kenapa perlu fikir pandangan orang lain, yg utama perlu fikir apa pandangan Allah kpd kita...
Biar seimbang
Assalammualaikum... achik,
kekadang kekawan ini bagus, kita nasihatkan kekawan, lepas tu kekawan pulak nasihat kan kita.. xper. Nasihat menasihat itu bagus.. berpesan kepada kesabaran dan hak..
mselim3
Ada kata2 mengatakan: "Apa guna selama ini kita nasihatkan orang kalau bila diri sendiri kesusahan kita jatuh..."
Manusia ni memang sukar untuk menerima nasihat. Tapi tak lokek untuk memberi nasihat. Cuma ada baiknya kalau kita melihat dalam diri sejauhmana kita boleh menerima nasihat orang sebelum begitu bersemangat untuk memberi nasihat. Sekurang-kurangnya sebagai panduan..Dan apa-apa pun niat kena ikhlas..
jangan pula dikatakan mengata dulang, paku serpih. menasihatkan orang...dia pulak yg terlebih (ubah sikit)..
tapi acik, kalau nak tunggu kita sempurna sebelum nasihatkan orang, sampai bila pun kita tak berani nak buka mulut nasihatkan orang. sebab tu kadang2 ayat yang kak guna, "aku ni bukan baik sangat, aku ni pun baru belajar, aku pun baru tahu fasal benda ni..kita sama2 belajar, kita sama2 betulkan"..wallahua'alam
sama la dengan saya.. saya suka nasihat orang.. tapi bila org nasihat kita.. saya tak boleh terima sangat.. kenapa ya? kekadang kena cermin sebelum nasihat org.. sendiri tk berubah perangai.. tak reti nak jaga diri.. ada hati nak nasihat org. hurmmm... apa kan daya. saya mmg suka nasihat org. biarlah kita tgk org happy. orang tak tahu kita happy tak apa. kemungkinan kita tak nak kongsi masalah kita dgn org. nanti org cakap apa pulak kan. :/ http://iluvtour.com
Kadang2 bila kita nasihatkan orang... secara tak langsung nasihat tu adalah untuk diri kita juga... so oleh itu jangan lokek untuk saling ingat mengingatkan... :)
Sebenarnya. Kita nasihat orang itu juga adalah kita nasihat diri kita juga bro :)
Ikhlas,
profhariz.com
Man help man helps himself... dlm agama kita pun mengalakkan membantu org lain agar diri sendiri juga dpt dibantu. Sekiranya kita diuji bersabarlah Acik.. ttp kan semangan & teruskan shj usaha kita membantu org lain semampu kita. Ingatlah satu pesanan yg pernah terkesan buat diri saya... Jika kita membantu orang lain, kita membantu mereka utk kesenangan hati mereka di dunia. Tetapi mereka yg kita bantu itu sebenarnya memudahkan hidup kita di akhirat nanti.. in shaa Alah. Tolong org di dunia & membantu diri kita utk akhirat... aamiin..
In shaa Allah... maaf, typo.. :)
apabila kita menasihati org lain.. kadang2 sebenarnya kita turut menasihati diri sendiri...
Sebaik2 nasihat itu dapat memberi kedua pihak sama2 mendapat manfaat..
Salam Acik.. betol ckp acik tu. masa org lain yg hadapi mslh, kadang tu senang je nasihat kat orang tu. urmm tapi tu la, cemane2 pon, Acik kena tabah. inshaAllah mesti ada hikmahnya.
Semoga setiap dugaan yang acik terima, mohonlah pertolongan dari-Nya..itu yang terbaik..kita hanya insan yang lemah..
bab nasihatkan orang, beri pandangan, kata-kata semangat, kemain lancar.. tapi bila terkena pada diri sendiri. Diam tak berputik. Apa-apa pun, mohonlah dari Allah. In Sha Allah sangat membantu sebab Allah selalu mendengar & menolong ;). Satu perkongsian yang bermanfaat untuk semua ni, acik. Suka. Boleh dijadikan renungan.
kenapa acik sedih? sayu pula akak mendengarnya
memang itulah fitrah manusia acik
bercakap lebih senang, tapi nak laksanakan tu yang payah
hopefully acik tabah
sebab itu kita memerlukan orang lain untuk menasihati kita..ahli keluarga , sahabat yg baek , orang yg kita percaya dan memahami kita . sedangkan doktor yg sakit pun tak mampu merawat diri sendiri . samalah kita . cukuplah sekadar punya 'seorang' insan yg memahami . kalau x ada, maka Allah sebaik-baik tempat kembali . bila ada masalah , satu yg sy selalu ingat . masalah itu datang dpd Allah dan penyelesaiannya juga dpd Allah . Allah dah tentukan penyelesaiannya . kita kena usaha , tawakkal . acik kuat . sebab tu Allah uji . uji tanda sayang . tanda Allah nak tambahkan keimanan . :)
kita hanya memberi pendapat dan pandangan. yang penting kita ambil nasihat itu dan jangan pandang siapa yang memberi nasihat itu :)
orang kata Allah tak akan duga kita dengan masalah/dugaan yang tak mampu kita hadapi.. jika sakit dikatakan untuk menghapuskan dosa2 kecil......maka setiap kejadian/dugaan/masalah pastinya ada hikmah yang tersembunyi. Redahlah dengan penuh redha....lagipun masalah itukan "penceria" hidup....
Catat Ulasan