tayamum

Assalamualaikum

Alhamdulilah laptop kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti seharian seperti biasa. Sewaktu acik kena demam denggi acik di tahan wad di hospital Klang. Masa hari pertama masa acik mahu solat acik sempat tanyakan pada juru rawat yang bertugas

Acik : kat mana saya nak solat ?
Nurse: Tempat biasa solat , dah di letakkan untuk pesakit kerana terlalu ramai pesakit.
Acik : ohh macam gitu ke tak pelah.

Badan yang lemah longlai ambil wuduk dan nak solat di tempat katil pesakit.Apabila mahu solat, semua orang sekeliling memandang ke arah ke tempat wajah ku. Dalam hati berkata ehh ada yang tak kena ke ? aku pakai baju terbalik ?

Batalkan niat dan pergi ke surau dan suraunya agak jauh di belakang jadi selesai solat kebetulan acik dapat berjumpa dengan seorang ustaz.

Ustaz : Assalamualaikum saudara dari wad mana nie ?
Acik :walaikumusalam Dari wad G
Ustaz : ohh kenapa ke tahan wad ? kenapa muka confuse ?
Acik : Kena demam denggi ustaz, tak delah ustaz saya tadi nak solat kat wad tapi rasa di perhatikan, jadi pergi surau nie.Ustaz saya nie sebenarnya agak confuse tentang tayamum. Dulu pernah belajar tapi tak tahu bila masa sesuai gunakan tayamum nie.

Ustaz : baiklah , Tayammum dari segi bahasa ialah القصد (sengaja).Pengertian ini diambil dari firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 267)

Maksudnya:
" Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat.

Manakala dari segi istilah Syara', tayammum bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang berfungsi sebagai pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air.

Keadaan yang Membolehkan Tayammum

- Dalam perjalanan jauh
- Jumlah air tidak mencukupi karena jumlahnya sedikit
- Telah berusaha mencari air tapi tidak diketemukan
- Air yang ada suhu atau keadaannya mengundang kemudharatan
- Air yang ada hanya untuk minum
- Air berada di tempat yang jauh yang dapat membuat lambat sehingga waktu solat habis
 - Pada sumber air yang ada memiliki bahaya
- Sakit dan tidak boleh terkena air
- Dalam keadaan sakit atau luka:

Orang sakit bila khawatir memakai air dapat melakukan tayammum untuk mengangkatkan hadas. Kekhawatiran itu ada  kemungkinan, iaitu:
i. Seandainya dia berwudhuk dalam keadaan sakit seperti itu, khawatir akan kehilangan nyawanya atau anggota tubuhnya atau kehilangan manfaat dari bahagian anggota tubuhnya. Boleh disamakan dengan hal tersebut, iaitu manakala ia mempunyai penyakit yang tidak mengkhawatirkan tetapi dia takut menggunakan air yang boleh membahayakan penyakitnya. Orang seperti ini juga diperbolehkan bertayammum menurut mazhab yang kuat. Ibnu 'Abbas r.a. berkata, bersabda 

Rasulullah S.A.W: (Riwayat al-Daruqutni, (b) 666 : 413)
Maksudnya:
" Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau beroleh luka-luka bisul, lalu berjunub, maka ia takut mati jika mandi, hendaklah ia bertayammum".

ii. Khawatir sakitnya akan bertambah, meskipun tidak mempengaruhi masa sembuhnya. Atau khawatir lambat sembuhnya, meskipun sakitnya tidak bertambah. Atau khawatir sakitnya semakin parah, iaitu sakit yang terus menerus hingga membuatkan badannya kurus. Atau khawatir akan menimbulkan cacat yang buruk, seperti kulit badan menjadi hitam, seperti anggota bahagian wajah dan lain-lain.Dalam semua masalah ini ada khilaf yang banyak di kalangan para Ulama'. Qaul yang rajih, membolehkan tayammum. Yang dibuat alasan untuk cacat yang buruk, iaitu dapat membuat kelainan pada bentuk anggota badan dan cacatnya (membekas) seumur hidup.

iii. Orang yang khawatir mendapat cacat sedikit, seperti ada bekas bintik-bintik atau ada sedikit warna hitam, atau khawatir mendapat cacat yang buruk pada selain anggota yang kelihatan (ketika bekerja); atau orang itu mempunyai penyakit yang dia sendiri tidak takut akan mendapatkan sesuatu yang dikhawatirkan di belakang hari jika menggunakan air, walaupun ketika itu ia merasa kesakitan, seperti ada lukanya atau kedinginan atau kepanasan. Tidak boleh bertayammum kerana sakit-sakit yang seperti ini tanpa ada khilaf. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113-114)

Hal-hal seperti ini diketahui dengan kebiasaan atau melalui nasihat dari doktor yang pakar sekalipun bukan muslim, demikian menurut pendapat golongan Malikiyyah dan Syafi'iyyah. Tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan Hanabilah doktornya di syaratkan seorang muslim. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82)

Cara Bertayammum



1. Menepuk dua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.
2. Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah
Ta’ala . Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan sehingga menyentuh sebahagian
muka.
3. Menyapu muka.
4. Selesai menyapu muka.
5. Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum menepuk kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu dari debu tanah yang telah digunakan).
4. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jaritangan kiri dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.
5. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.
6. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan (selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
7. Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.

Catatan:
  • Untuk menyapu tangan , wajib ditanggalkan cincin , jam tangan dan gelang sekiranya debu tidak sampai di bawahnya. Jika sampai debu, maka sunat sahaja menanggalkannya.
  • Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan ke anggota tayammum.
Jadi islam itu sangat mudah lagi memudahkan, pilihan di tangan kita.Kalau sakit teruk tak boleh terkena air luka-luka , kita boleh tayayum tetapi pastikan sakit kita tak boleh kena air. 

Acik cadangkan satu produk ini senang di bawa kemana sahaja iatu sebuk debu al wafi dengan harga RM 15 sahaja. 

al wafi