Ticker

6/recent/ticker-posts

Biar Kecewa Cinta Dengan Manusia Tapi Jangan Dengan ALLAH

kecewa cinta


Assalamualaikum

Alhamdulilah sempat juga menaip walaupun sekarang ini sangat sibuk.Akhirnya dapat lagi kita senyum bersama-sama setelah apa yang berlaku dalam hidup ni anggapkan semalam sejarah yang beri kita pengajaran dan semoga hari yang akan datang berikan hikmah.

Aku menagis bukan kerana aku memerlukanmu, aku bersedih bukan bermakna aku ingin kau kembali dalam dakapan,aku bersedirian bukan kerana aku teringat akan kamu tapi apa yang aku lakukan adalah belajar untuk melupakanmu dan aku terpaksa belajar melepaskan dirimu pergi.


Akhirnya aku terima dalam kenyataan hidup ini bahawa perpisahan itu harus berlaku dan aku benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpa dirimu.Mungkin pada mula amat susah untuk melupakan sehingga aku anggap kaulah cinta pertama dan terakhirku. Senyumanmu membuat aku tak mampu tidur lena kerana itu senyuman yang terindah pernah kulihat. Lalu aku tertewas kerana tak dapat melupakanmu.


Aku sedar dalam soal hati dan cinta ini tiada undang-undang yang rasmi dan tidak juga kerana keterpaksaan. Jatuh cinta adalah kerana kita yang menginginkannya.

Jatuh cinta adalah pekara yang terindah dalam hidup dan putus cinta bagaikan mimpi ngeri yang tak mampu terungkapkan.


Lalu aku tersedar bahawa cinta itu adalah sebahgiaan cubaan hidup ini, cinta adalah sebuah risiko yang perlu kita hadapi kalau indah maka bahagialah kalau kecewa itu tidak terkata.

kadang-kadang bila kita memiliki cinta kita terlupa bahawa cinta itu perlu di semai dan dipupuk dengan perasaan kasih sayang.Kita terlalu yakin bahawa itulah cinta hingga ke akhir hayat.Dan apabila semuanya berakhir baru kita sedar kesilapan apa yang kita lakukan. Malangnya kita sudah terlambat.

Apa yang aku tahu soal cinta ini adalah soal hati dan ianya juga adalah soal jodoh.Kita hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukan segalanya. Tapi aku lebih rela kehilangmu dan aku tak sanggup kalau kehilangan Allah yang selalu memberikan segalanya dan selalu ada untuk aku.

Ketika aku menangis sekian lama dan hatiku masih terasa pedih.Allah sudah menghitung airmata itu.Jika aku terfikir bahwa hidupku sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja.Allah sedang menunggu bersama-samaku.Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan aku merasa tertekan.Allah bersamaku untuk menenangkanku.Ketika aku terfikir bahwa aku sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi,
Allah mempunyai jawapannya.Ketika aku hiba ,gundah gelana dan hilang arah, Allah ada selalu bersamaku.Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan aku merasa ingin bersyukur.Allah telah pun memberkati,ketika aku merasa sendirian dan rakan-rakanku terlalu sibuk dengan dunia mereka,Allah sentiasa berada di sampingmu.
 
Daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi). Dalam satu hadith yang lain: “Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka.”Bukan sahaja wajah yang terselamat, tetapi seluruh badannya dan orang itu ialah ahli syurga. Airmata memberi syafaat kepada tuannya di hari kiamat dengan izin Allah.

ALLAH SELALU ADA UNTUK AKU. TAPI CINTA ITU ADALAH DI SAAT KITA BERTEMU DAN MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT TERHADAP SESEORANG. JIKA CINTA ITU TIDAK BERKEKALAN MUNGKIN ALLAH MENGINGINKAN KITA BERTEMU DAN BERCINTA DENGAN ORANG YANG SALAH SEBELUM BERTEMU DENGAN ORANG YANG TEPAT. KITA HARUS MENGERTI DAN BERLAJAR UNTUK MENGHARGAINYA ..

Catat Ulasan

24 Ulasan

Unknown berkata…
Assalamualaikum..

Betul Acik, kekecewaan di masa lampau akan memaatangkan kita sebenarnya... Kita ini manusia biasa, tidak layak mengapa mempersoalkan mengapa semua perkara yang terjadi kepada diri kita.. Kerana Cinta jangan lupa Allah, kerana Cinta jangan lupa ibubapa.. Aku dahulu pernah silap, dan kesilapan aku lalu mendewasakan aku.. Dan yang paling penting mesti ingat, percaya pada Qada' dan Qadar.. :)
Unknown berkata…
terharu...ini yang membuatkan aku bersyukur dengan kehadiranya..
Tanpa Nama berkata…
Good sharing! :)

Thanks for nice entry kali ni. Sememangnya cinta pertama selalunya memang sukar dilupakan. Ambil contoh dari pengalaman saya sendiri, kenal selama setahun dan berjumpa hanya sekali sahaja. Btw, semuanya itu tak kekal sebab dapat tahu sendiri dia dah kawin. Mulanya sedih da sukar nak terima, tapi cuba berfikir secara positif dan jalani kehidupan seorang muslim seperti biasa, akhirnya berjaya diatasi. Fyi, fikir balik mungkin Allah sengaja nak pertemukan orang yang salah dulu sebelum hadirkan yang benar sebab Dia lebih mengetahui segalanya. Alhamdulilah, thank you Allah!!!
niesalhaq berkata…
Aku lebih rela derita daripada terus lena dalam nikmat gembira asalkan itu sahaja bisa aku dekat dengan cinta-Nya.
Kerana itu sahaja yg bisa buat aku lebih tenang dan bahagia. :')
Unknown berkata…
bagus bro entry ni.. pengalaman mematangkan hidup dan padaNya, kita letakkan segala harapan dan Dia adalah sebaik-baik perancang
Unknown berkata…
cinta yang agung dan yang kekal adalah cintakan Allah dan Rasul.... :)
Unknown berkata…
Cinta oh cinta..
Terlena aku seketika....
Memang benar bila kita mahu kan lebih dari cinta .
Seringkali kita di uji dengan kata putus.
Kata putus bukan melemahkan kita.
Tapi mengajar kita erti kekuatan dan kematangan dalam cinta .
paridah berkata…
n3 yg baik utk dikongsi...biar dikecewakan cinta jgn kecewa dgn Allah..jikalau Allah mengecewakan kita akan lbh susah subhanallah...
YunFila berkata…
Masih mencari cinta, hihi ^__^
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik, sheila paham.. entri ni cukup mendalam kesannya buat mereka yang masih mencari cinta. in shaa Allah, pasti kalian akan bertemu jodohmu. usaha tangga kejayaan. singgah menabung digi sini~~~
Unknown berkata…
Allah x pnah kecewakan kita.. kita yg selalu kecewakan Allah.. berjanji nk berubah.. tp asyik mungkir janji.. Allah sentiasa terbuka untuk menerima taubat kita walaupun berjuta kali kita melakukan kesalahan.. :( hina sungguh diri ini.. layak ke terima cinta drpd DIA...
Mizz Aiza berkata…
cinta sejati hanya kepada Allah.. cinta kepada manusia pasti manusia akan mati.. tapi cinta kepada Allah kekal selamanya..
Maria Firdz berkata…
Cinta sejati cintailah Ilahi...
mselim3 berkata…
Assalammualaikum.. achik,

tersentuh mselim3 membaca entry achik nie... dipertengahan artikel.. pasal "2 jenis mata yang tidak disentuh api neraka" .. dan diakhiri dengan JIKA CINTA ITU TIDAK BERKEKALAN MUNGKIN ALLAH MENGINGINKAN KITA BERTEMU DAN BERCINTA DENGAN ORANG YANG SALAH SEBELUM BERTEMU DENGAN ORANG YANG TEPAT. KITA HARUS MENGERTI DAN BERLAJAR UNTUK MENGHARGAINYA ... inilah pemahaman yang kita harus tanam dalam diri kita agar supaya kita hendaklah bersangka baik dengan Allah..

mselim3

pls: terima kasih achik.. seronok baca .. nice entry.
Tanpa Nama berkata…
nice sharing..cinta manusia seringkali melalai dan memusnahkan kita namun cinta Allah kekal menguatkan diri kita..
Unknown berkata…
Cinta manusia hanya membuat kita alpa dengan cinta yang maha agung..
Unknown berkata…
rasa cinta itu anugerah terindah daripada Allah untuk hambanya . maka nikmatilah rasa cinta itu mengikut landasan Islam .
Azlan Strider berkata…
betul tu bro..kecewa pasal cinta memang sedih tapi sebenarnya setiap manusia yang lalui boleh mengatasinya..jangan pernah menyalahkan suratan takdir kalau cinta tak kesampaian kerana ia ibarat kita kecewa dengan Allah...

Regards,
-Strider-
Khir Khalid berkata…
Subhanallah... cinta kpd Allah adalah cinta yg sebaik2nya... jngnlah sesekali kita kecewa terhadapNya.. putus cinta & kecewa mmg menyakitkan ttp pasti ada hikmah kebaikannya dari yg Maha Mengetahui. Perkongsian yg sgt menarik Acik.. t kasih..
ANIM berkata…
cinta pada yang tak akan mensia-siakan hidup kita...
cik lisa berkata…
cinta pada manusia mesti se-iring dengan cinta Allah. Sebab cinta pada Allah itu kekal selamanya ;)
Unknown berkata…
Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambanya.. :)


http://ourlovebonding.blogspot.com/2014/04/kaki-cramp-ketika-mengandung.html
Yana Yani berkata…
putus cinta dengan manusia memang sukar untuk diterima
tapi sekurang-kurangnya ianya mematangkan kita
apapun akak suka entry ni
maap lama tak jengah sini =)