Pengikut

Selasa, 8 April 2014

Bayi 9 Bulan Di Dakwa Rancangan Pembunuhan ?

bayi rancang pembunuhan

Assalamualaikum


Masih lagi tak percaya dengan apa yang di paparkan di berita berkenaan bayi 9 bulan di dakwa rancang pembunuhan ? Biar betul ? Sehingga tampar muka sendiri untuk menyakin apa yang di baca. masih lagi terkejut apabila terbaca di surat khabar tentang berita ini, mula sekali terlintas adakah ianya mahukan publisti ?

Bila di baca sampai habis ianya berlaku di luar negara, tapi tak akan bayi 9 tahun yang belum cukup akalnya berdaya buat seperti itu ? Acik pun ada anak sedara ,masa umur mereka berganjak ke 1 tahun mereka ada yang masih bertatih berjalan dan seronok bermain. Inikan pula mahu merancang pembunuhan.

sedikit dari artikel di surat khabar

Seorang bayi lelaki berumur sembilan bulan di Pakistan didakwa oleh mahkamah atas kesalahan merancang pembunuhan, mengugut polis dan mencampuri urusan hal ehwal kerajaan.

Muhammad Musa Khan adalah salah seorang daripada lebih 30 individu berhadapan pertuduhan sama selepas satu serbuan menyasarkan pencuri gas dilakukan pihak berkuasa di bandar Lahore.
Bayi tersebut yang berada di pangkuan bapanya dilihat memegang botol susunya dan merengek sepanjang prosiding perbicaraan itu berlangsung.

Memetik laporan AP, mahkamah membenarkan Musa diikat jamin dan kes terbabit ditangguhkan sehingga 12 April ini.  -Sumber

Kalau di tanyakan pada bayi tersebut dia pun tak tahu apa-apa , mungkin kerana dia berada di situ dia di anggap bersama-sama melakukan pekara tersebut ?. Fikir-fikirkan dan gunakan akal logik kamu , takkan bayi sekecil itu boleh buat semua benda itu.

Tapi alhamdulilah kes ini mendapat perhatian media antarabangsa dan mendapat perhatian pihak atasan , polis yang buat laporan telah di gantung kerja. Moga janganlah ada seperti ini ianya tentu sekali tak masuk di akal. 

Share This!


36 ulasan:

  1. apa masalah pun tak tahulah..
    macam mana bleh terfikir untuk amik budak 9 tahun sebagai suspek.
    ni orang kata otak letak kt lutut.

    BalasPadam
  2. erk...9 bulan ke 9 tahun nie...klu 9 bulan macam tak masuk akal pulak...9 tahun masih tak masuk akal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau menurut akbar tersebut 9 bulan

      Padam
  3. dah xde sesiapa nak disalahkan kot...bayi kecil pun tersangkut sama...

    BalasPadam
  4. Tak masuk akal langsung... entah mcm mana boleh sampai dibicarakan pun tak taulah. Polis yg mula2 tangkap pun tak berfikiran sungguh... apelah.. :D

    BalasPadam
  5. tak masuk dek akal kalau umur 9 bulan dipersalahkan.... macam2 hal kan...

    BalasPadam
  6. Macam bangang ja kes ni macamana lah leh dakwa bayi yg xsampai setahun

    BalasPadam
  7. adeh...pelik betul jln fikiran dorang ni...huhuhu..

    BalasPadam
  8. 9 bulan mana lah reti apa-apa lagi. makan minum cebok pun mak bapak yang uruskan, inikan pulak nak rancang pembunuhan. cerita ni sangat kelakar.

    BalasPadam
  9. Baca tajuk pun dah tahu tak mungkin berlaku..

    BalasPadam
  10. Gila punya cincai dia buat kerja. Sebelum ni memang saya tau, sistem kerajaan Pakistan termasuk badan kepolisian mereka memang korup. Tapi, tak tau pulak boleh sampai tahap begini korupnya. Mujur dapat attention dari media antarabangsa. Kalau tak, mungkin bayi tu bakal disumbatkan ke dalam penjara akibat kesengalan pihak tertentu dalam membuat kertas kerja mereka.

    BalasPadam
  11. Nak jatuhkan hukuman secara membuta tuli. Tanpa memikirkan kewarasan serta logik akal.

    BalasPadam
  12. Assalammualaikum...achik,

    terperanjat gak mselim3 membaca artikel nie... macam2 diaorang nie... kan. Tak kan bayi yang tak tahu apa2 pun salah kan...yer tak?

    mselim3

    BalasPadam
  13. errmmm.. agak2 le... budak umo 9 bulan.. apa yang dia tahu ..... gamaknya masa tu dia dengan bapak dia....kesian dia.... mahkamah pun...... takkan tak boleh fikir...

    BalasPadam
  14. Haha... kesalahan typo, mungkin? ^__^

    BalasPadam
  15. akak ada terbaca cerita ni
    baby tu dibawa ke mahkamah pegang botol susu
    macam tak logik, tapi itulah hakikatnya

    BalasPadam
  16. Mmg x logik... Nk bncuh susu sndiri pun x reti...

    BalasPadam
  17. Samalah kita acik..pelik sungguh manusia nikan..manalah budak kecil tu mampu terfikir ke tahap merancang pembunuhan..hmmm...

    BalasPadam
  18. memang tak masuk akal betul pertuduhan tu.. agaknya yang mendakwa tu yang hilang akal, hehe..

    BalasPadam
  19. Masih keliru plak, 9 bulan yang baru nak merangkak2 tu boleh buat jenayah?.typo error kot..hahaah..xD

    BalasPadam
  20. entahla..rasa org yg lulus dahwaan ini adalah org yg paling bangang sejati..itulah bila sel2 otak x bersambung..just a baby 9 bulan..aduyai.....

    BalasPadam
  21. Orang yang meluluskan pertuduhan inilah yg sebenarnya sel-sel otaknya belum bersambung...
    Pelik2... inilah manusia yang ada otak tapi tidak menggunakan otaknya...

    BalasPadam
  22. kecian kat budak tu kan...entah apa2 depa nie

    BalasPadam
  23. Langsung tak masuk akal. hahaha

    BalasPadam
  24. masa terbaca kat surat khabar...ingatkan diorang typo..sebab tak logik kan bayi 9 bulan kena dakwa rancang pembunuhan

    BalasPadam
  25. tertanya2...apakah kebangangan ini??

    BalasPadam
  26. baru berkesempatan jengah cne..memang tak masuk dek akal

    BalasPadam
  27. Pelik betul berita macam ni kan.. ??

    BalasPadam
  28. dunia oh dunia... mcm2 hal ler ! pikir logik lah kan

    BalasPadam
  29. mcm tak logik je berita ni... ke 9 tahun nie..???

    BalasPadam
  30. sj nk jadikan bayi 9 bln tu sebagai kambing hitam kot

    BalasPadam
  31. ini salah satu contoh kebodohan level infinity...menabung libresse sini..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails