Pengikut

Isnin, 7 April 2014

Penyakit Umat Islam Di Zaman Moden

zaman moden

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini,ucapkanlah syukur ke atas nikmat yang di beri. Mari berselawat ke atas nabi muhammad saw. Dalam kepesatan dunia teknologi dan pembangunan dalam dunia moden terdapat beberapa pekara yang membuatkan manusia mendapat penyakit dengan mudah tanpa di sedari. Penyakit ini mungkin menjadikan manusia lebih pentingkan hal dunia  daripada di sana nanti.Apa yang acik taip ini untuk menyedarkan diri sendiri yang banyak kekurangan, muhasabah diri.

1.Menunda-nunda Solat

Abdullah (bin Mas'ud) r.a. berkata, "Saya bertanya kepada Nabi, 'Apakah amal yang paling dicintai oleh Allah?' (Dalam satu riwayat: yang lebih utama 3/200) Beliau bersabda, 'Shalat pada waktunya' Saya bertanya, 'Kemudian apa lagi?' Beliau bersabda, 'Berbakti kepada kedua orang tua.' Saya bertanya, 'Kemudian apa lagi'? Beliau bersabda, 'Jihad (berjuang) di jalan Allah."' ( HR Shahih Bukhari)


Muhasabah diri ini, untuk sentiasa segerakan solat .Paling umum dan sering kita lakukan ini, termasuk di dalamnya menunda-nunda untuk berbuat kebaikan. Ketika syaitan tidak dapat menghasut kita untuk berhenti solat lima waktu, maka syaitan mungkin telah berhasil menghasut kita untuk sering menunda-nunda waktu solat kita.

2. Tak Boleh Tanpa Gadget dan Internet.

Kalau telefon bimbit kita tak ada, tab kita tak ada maka kita rasa hidup kita tak lengkap dan rasa kehilangan. Satu hari tiada internet rasa susah sangat kerana tak dapat nak update status di facebook, tak dapat post gambar di instagram mahupun kemaskini di blog dan twitter. Moga kita tidak kelakuan seperti ini.

3. Suka Tayang Menayang

Kalau boleh semua benda yang baru di beri hendak di hebahkan kepada satu dunia bahawa aku ada ini!!. terutama di laman sosial menjadi medan untuk tayang menayang untuk memperlihatkan siapa lebih bergaya dan paling hebat dalam pembelian barang.

4. Ujub dan Riya’

“Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodiallahu’anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang hijrahnya karena untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang hijrahi”. (HR. Al-Bukhari: 1).



Ujub ini merasa bahwa dirinya yang paling pandai, paling betul, paling soleh, paling baik dan paling-paling yang sebagainya namun tidak ditampakkan dalam tindakan dan perilakunya, hanya disimpan dalam hati saja. Boleh dikatakan ujub adalah sombong yang terselubung. Sedangkan Riya’ yaitu melakukan sesuatu yang baik dengan niat hanya ingin dipuji orang, tidak dengan niat ikhlas kerana Allah. Kedua hal ini merupakan penyakit hati manusia yang sering dijadikan jerat iblis untuk menjerumuskan muslim-muslim untuk melemahkan iman kita.Secara tidak sedar banyak yang sudah terjebak, hati-hati ye sahabat sekalian.

5. Individualistik 

Individualistik semakin terasa bukan hanya dalam persoalan ekonomi,tetapi juga dalam setiap aspek kehidupan,termasuk di dalamnya persoalan agama. Manusia seperti ini tidak lagi peduli terhadap apa yang terjadi di sekelilingnya. Walaupun mereka melihat sesama manusia sedang memerlukan pertolongan,mereka seolah-olah menutup mata dengannya.Mereka hanya memikirkan diri sendiri dan tidak mahu tahu tentang kehidupan orang lain. Tidak terkecuali dengan apa yang terjadi di kalangan umat muslim zaman modern. Di mana ajaran-ajaran agama Islam tidak sepenuhnya di jadikan titik tolak dalam segala tindakannya. Begitu juga halnya mereka tidak lagi perduli terhadap apa yang sedang terjadi dengan saudaranya sesama muslim. Terjadi jurang pemisah yang sangat dalam,antara muslim yang satu dengan muslim lainnya dalam  kehidupan umat muslim era modern sekarang ini.

 6. Membicarakan Orang Lain

Dalam Islam ini lebih sering dinamakan dengan ghibah( menyebutkan sesuatu perkara yang terdapat pada diri seseorang Muslim, sedangkan ia tidak suka (jika hal itu disebutkan)). Dalam hal ini juga gossip mapun menonton tayangan-tayangan yang berbau gossip di media eletronik. Jikalau sesuatu yang dibicarakan itu benar itulah ghibah , namun jika sesuatu yang dibicarakan itu tidak benar maka itu adalah dusta. Allah SWT mengumpamakan dalam Al-Qur’an bahwa orang yang suka ber-ghibah itu seperti orang yang memakan daging bangkai saudaranya. Maka seharusnya kita merasa jijik untuk melakukannya.

7 .Berjanji tetapi tidak di tepati

Ramai yang dapat berjanji pelbagai pekara tetapi ramai juga yang tidak dapat kotakan apa yang di janji. Janji itu di anggap sesuatu yang mainan yang boleh di lafazkan dengan sesuka hati. Padahal janji itu amat penting sekali di tunaikan melainkan ada sebab-sebab yang munasabah dan perlu di khabar kepada mereka yang kita janji.

Share This!


30 ulasan:

  1. hihi....jangan tak terasa dengan entri adik nie..hahaha...

    Perbaiki diri lepas nie...salam isnin dik

    BalasPadam
  2. Sama-samalah kita memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dalam menyempurnakan diri sebagai seorang mukmin sejati. Saling mengingati sesama kita. Maaf zahir batin Acik...

    BalasPadam
  3. tq acik..entry yang memberi kesedaran. ingat mengingati itu adalah kewajipan. :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum acik, terima kasih untuk entri berguna ni. in shaa Allah, sheila dah niat dalam diri, apa jua entri yang dihasilkan niat untuk permudahkan sahabat lain menuntut ilmu juga. tidak wujud rasa riak dalam diri, in shaa Allah. thanks again acik ~~~

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas perkongsian ini. Ya Allah, banyaknya kekurangan diri ini :"(

    BalasPadam
  6. Peringatan ini juga untuk diri saya juga. Terima aksih Acik.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, Acik. Saya membuat tawaran baru untuk pembelian buku saya Tetamu Istimewa. Jangan lepaskan peluang ini untuk memilikinya. Jom, jenguk ke blog saya. Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Semoga kita dijauhkan dari sifat2 tercela diatas kan... especially riak tu...

    BalasPadam
  9. entri yang superb..betul tu..sosial app ni seolah2 menjadi medan menunjuk2..
    peringatan untuk diri sendiri juga..in sha Allah..

    BalasPadam
  10. semoga kita semua bisa rajin beribadah :)

    BalasPadam
  11. saling mengingatkan sesama kita juga adalah satu ibadah sbb kita semua xsempurna.

    BalasPadam
  12. Betul tu acik..besar dugaan umat akhir zaman ni..semoga kita tak lalaikan...Aminn!!

    BalasPadam
  13. terima kasih d atas peringatan ini acik.. semogakita semua tidak tergolong di kalangan mereka yang begitu..

    BalasPadam
  14. ok..terasa le..owh kena banyak memperbaiki diri lg ni..
    tq acik.. :P saling mengingati

    BalasPadam
  15. cuba kuatkan hati dan iman utk melawan itu semua wpun bkn mudah , asalkan ada tekad ... pasti boleh .

    BalasPadam
  16. banyak ni..boleh nampak semua ni kat Fb..heheh,..nak kena muhasabah diri nampaknya..tepat kena kat batang hidung nih..:P

    BalasPadam
  17. perkongsian yang menarik...banyak memberi kesedaran pada diri agar sentiasa bermuhasabah diri... tq acik

    BalasPadam
  18. sedihkan... ain harap ain tak tergolong dlm list diatas...

    BalasPadam
  19. zaman moden sekarang nie banyak menimbulkan penyakit2 tu kan...isk..isk

    BalasPadam
  20. Bersamalah kita semua sentiasa memperbaiki diri kita agar beroleh keberkataan dari Allah swt. Peringatan & renungan yg baik buat kita semua... t kasih Acik..

    BalasPadam
  21. Assalammualaikum...achik,

    gajet nie dicipta ...memang ada kebaikan dan keburukan .. insaallah kalau kita guna cara yang baik.. maka baiklah. Jika gajet nie digunakan dengan sewenang2 nyer tanpa berhemah keburukan akan berbalik kepada kita.. kan. Terima kasih achik ingatan nie.. minta2 kita dijauhkan daripada penyakit2 nie...

    mselim3

    BalasPadam
  22. meh kita sama-sama muhasabah diri
    moga ALLAH memberi kekuatan untuk berubah ke arah kebaikan

    BalasPadam
  23. Hukhukhuk... Renung sejenak.. Muhasabah diri... Terima kasih atas perkongsian dan peringatan...

    BalasPadam
  24. terima kasih kdg2 kita terbuai dgn teknologi terkini

    BalasPadam
  25. gd one.. baca mcm terken hidung sendirilah acik hehehe

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails