bayi rancang pembunuhan

Assalamualaikum


Masih lagi tak percaya dengan apa yang di paparkan di berita berkenaan bayi 9 bulan di dakwa rancang pembunuhan ? Biar betul ? Sehingga tampar muka sendiri untuk menyakin apa yang di baca. masih lagi terkejut apabila terbaca di surat khabar tentang berita ini, mula sekali terlintas adakah ianya mahukan publisti ?

Bila di baca sampai habis ianya berlaku di luar negara, tapi tak akan bayi 9 tahun yang belum cukup akalnya berdaya buat seperti itu ? Acik pun ada anak sedara ,masa umur mereka berganjak ke 1 tahun mereka ada yang masih bertatih berjalan dan seronok bermain. Inikan pula mahu merancang pembunuhan.

sedikit dari artikel di surat khabar

Seorang bayi lelaki berumur sembilan bulan di Pakistan didakwa oleh mahkamah atas kesalahan merancang pembunuhan, mengugut polis dan mencampuri urusan hal ehwal kerajaan.

Muhammad Musa Khan adalah salah seorang daripada lebih 30 individu berhadapan pertuduhan sama selepas satu serbuan menyasarkan pencuri gas dilakukan pihak berkuasa di bandar Lahore.
Bayi tersebut yang berada di pangkuan bapanya dilihat memegang botol susunya dan merengek sepanjang prosiding perbicaraan itu berlangsung.

Memetik laporan AP, mahkamah membenarkan Musa diikat jamin dan kes terbabit ditangguhkan sehingga 12 April ini.  -Sumber

Kalau di tanyakan pada bayi tersebut dia pun tak tahu apa-apa , mungkin kerana dia berada di situ dia di anggap bersama-sama melakukan pekara tersebut ?. Fikir-fikirkan dan gunakan akal logik kamu , takkan bayi sekecil itu boleh buat semua benda itu.

Tapi alhamdulilah kes ini mendapat perhatian media antarabangsa dan mendapat perhatian pihak atasan , polis yang buat laporan telah di gantung kerja. Moga janganlah ada seperti ini ianya tentu sekali tak masuk di akal.