Fuh
minggu ini akan ada bermacam aktiviti dan sibuk dengan kelas. Dan minta
maaf kepada blog yang acik tak sempat blogwalking sebab ada kelas.
Hehehe semalam kelas habis 10 malam. Balik tu sangat la lapar dan
pergilah kedai makan dan order nasi goreng black paper dengan telur
bistik that is my favorite. Duduk sorang diri sambil menunggu makanan
siap tetiba ada yang tepuk dari belakang. Hai acik .. apa khabar ?
kenal tak ?acik pon blur blur lagi ..siapakah gerangan dia nie ??
Rupanya
dia adalah salah seorang pembaca blog acik, dia kata mungkin acik tak
kenal dia tapi dia kenal acik.. SubhanaAllah tak sangka acik dapat jumpe
jugak pembaca blog nie. Dan dia pon nak makan. Dia siap ajak acik makan
dan siap belanja lagi. Alhamdulilah.
Tengah
makan tiba-tiba terkeluar soalan yang di lontarkan oleh Ijat pada
acik.Dia bertanya : Acik Kenapa Allah hantar seseorang untuk kecewakan
kita ?.Yelah kalau baca dalam blog acik ,acik ada juga ceritakan soal
jodoh..tak boleh ke bercinta tanpa rasa kecewa. Penatlah cik bercinta
macam nak rak dan akhirnya kecewa juga.
saat
itu pon acik terkejut juga sebab yang bertanyakan seorang lelaki yang
gagah ? tapi acik jawab jugalah. Hidup ini bagai laut ada pasang dan
surutnya.Kita tak boleh jangka setiap apa yang berlaku, kadang kala
gembira, sedih ,duka ,suka ,senyum dan kecewa. Allah hantarkan perasaan
kecewa itu sebenar nak kita kenal dan tahu tentang perasaan itu serta
itu merupakan tarbiyah Allah untuk kita.
Memang
kita sedih ,kita akan bertanya adakah aku jahat sangat sehingga aku di
uji seperti ini ? jawapannya tentukan tidak yang pasti Allah berikan
ujian itu tanda Allah sayang pada kita dan memberikan peringatan bahawa
ada yang lebih baik untuk kita.Dia adalah sebaik perancangan.
Selain
itu juga , Sebab Allah nak tunjukkan tiada tempat pergantungan yang
terbaik selain Dia. Allah nak dengar kita berdoa dan merintih padanya
memohon kepadanya. Dia Maha mengetahui segala yang terbaik untuk kita.
Maka
dia hantarkan seseorang itu untuk mencuri hati kita dan di berikan
perasaan kecewa. Allah nak lihat bagaimana cinta kita terhadap Allah
adakah lebih besar kita mencintai seseorang itu ?
Adakalanya orang yang dekat dengan kita, menyakiti hati kita, mampu buat hati terasa, rasa sedih dan sebagainya.Sebagai contoh kawan-kawan dan adik beradik
Adakalanya orang yang dekat dengan kita, menyakiti hati kita, mampu buat hati terasa, rasa sedih dan sebagainya.Sebagai contoh kawan-kawan dan adik beradik
Pujuklah diri, Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita mungkin juga disebabkan:
1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.
2. Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.
3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepada-NYA.
4.Allah rindukan kita dan mengharapkan agar kita ingat padaNya
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku,
nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." "Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang." - [Ali-Imran: 31]
38 ulasan:
dalam hidup kita perlu juga ada masa2 yang perit. kalau hidup selalu nak yang manis2 dan indah2 je, rugi la kita sebab tak sempat di uji. Allah itu sebaik2 perancang. maybe kita dah terlalu jauh denganNya, so dia uji kita sikit. selemah2 iman adalah iman manusia. bila kita diuji, percayalah Allah nak kita dekat dengan Dia balik. beruntunglah kamu diuji! berterima kasihlah orang yang mengecewakan kita tu, setidak2nya kita dapat muhasabah balik diri kita
sebenarnya bukan Allah menghadirkan seseorang itu untuk kecewakan kita tetapi untuk menguji kita. Kita harus bersyukur apabila menerima ujian dari Allah kerana apabila diuji kita akan kembali sedar dan dekatkan diri dengan Allah.
Kecewa itu pasti. Hanya orang yang lemah sahaja tak reti menerima kekecewaan dengan baik. Mana ada orang hidup tanpa kekecewaan, kan? Allah memberi kekecewaan kepada seseorang sebagai cara untuk seimbangkan jiwa dan kehidupan... jika selamanya orang itu asyik gembira atau sedih tak sudah-sudah maknanya ada sesuatu yang tak kena pada mentalnya, hehe. Asalkan jangan kecewa terhadap Allah sudah ^__^
Oh ya, saya akan pulang ke Malaysia bulan depan. Ada sedikit ole-ole untuk Acik, jadi kalau nak saya hantarkan tolong isi borang contact pada blog saya nanti ye Acik. Jazakallah khairan khatira~
setiap ujian itu akan menjadikan kita insan yang lagi kuat pada masa mendatang . =)
dalam kehidupan ini pelbagai rencah yg mengadunnya tanda Allah itu mahaberkuasa melakukannya....
Allah nak tunjukkan tiada tempat pergantungan yang terbaik selain Dia. Allah nak dengar kita berdoa dan merintih padanya memohon kepadanya. Dia Maha mengetahui segala yang terbaik untuk kita.
Maka dia hantarkan seseorang itu untuk mencuri hati kita dan di berikan perasaan kecewa. Allah nak lihat bagaimana cinta kita terhadap Allah adakah lebih besar kita mencintai seseorang itu ?
- i like this
Allah hadirkan orang yang mengecewakan kita kerana Allah nak menguji kita. Biar kita kuat dan tabah menghadapi dugaanNya..
:(
Ada hikmahla tu. INSYA ALLAH. Hari ini kita kecewa, mana tau esok lusa kita senyum sokmo sampai telinga. :)
ini semua dugaan buat diri kita...
Kerana Allah sayang dengan kita Acik...
kecewa sekali tidak bermakna kecewa selamanya.. Acik.. boleh guna tak ungkapan nie?.. hehe...
bagi sis yg dah melaluinya beberapa kali , jwpannya mudah saja ... perancanganAllah lebih baik drp kita . malah ianya menjadikan kita lbh mtg dlm hubungan .
supaya kita tidak leka dan lalai... kadang kala manusia nie lupa.... dan dari situ lah kita belajar erti kehidupan sebenarnya..
Setuju dengan entry Acik! :) Hehe ada betulnya
Betul tu Acik.. setiap musibah pasti ada hikmahnya & setiap kekecewaan pasti ada kebaikannya.. sentiasalah bersangka baik atas setiap ujian yg diturunkan... in shaa Allah.. pengakhirannya pasti yg baik...
sebagai orang Ilslam, jangan mempersoalkan apa yang berlaku. semuanya ketentuan Allah Taala. malahan hujan, angin, ribut, banjir, kemarau pun didatangkan dari Allah. betullah kata acik tu, setiap yang berlaku ada hikmahnya.
sesekali ALLAH mencuit kita,suaya kita tersedar ..itu tandanya DIA sayangkan kita..
Allah Swt sygkan umatnya,sebab tu kita dpt dugaan hidup....
femesnyer Acik.. hebat... :)
ain pun pnah baca tapi x ingat di mana..
"in order to meet Mr Right, we must meet Mr Wrong first.. and we must let go of our Mr Wrong in order to meet our Mr Right"
Allah jadikan mcm tu supaya bila kita dapat yang lebih baik kita lagi menghargai orang tu..
Cewahhh beshnya acik ada orang belanja!!
Yang penting sentiasa P.O.S.I.T.I.F. dalam apa juga yg kita tempuh. InsyaAllah, semua akan baik2 saja.. ;)
(akak pakai i.d lain ni..hehe)
betol tu acik... Allah maha mengetahui dan Allah jugak lah sebaik2 perancang ..
Acik, sebenarnya kalau kita tak pernah kecewa, bukan kehidupan namanya. Allah mempertemukan kita dengan orang yang bukan jodoh kita supaya kita mengambil perkara yang terjadi ke atas kita sebagai satu pengalaman dan pengajaran. Selain itu, Allah mengajar kita cara meredhai sesuatu perkara itu tanpa meratapinya. Allah itu Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang..Wamakaru wamakarallah, Innallahu khairan makirin..Manusia merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik perancang..
Allah nak uji kita jer...lepas tu kita akan jadi lebih kuat dan lebih matang...
salam acik..itu tandanya Allah nak uji kita..Allah uji kita supaya kita boleh didik diri menjadi lebih kuat . Allah uji tanda Dia sayangkan kita :)
setiap yang hidup pasti ada matinya....
bergitu jualah dengan jodoh pertemuan...janji Allah tentang sesuatu kehidupan makhluknya.
kenapa dan mengapa Allah menghadirkan seseorang itu untuk mengecewakan kita...
Sebab kita masih perlukan kasih sayang Allah...
sebab itu,kita kena saling ingat mengingati antara pasangan..
Yea, mmg sakit bila putus mcm tu je. That's why Vee skrg mcm traumatized nak express feelings or even to like others bcos takut nak kecewa lagi T__T But I do believe, the best is yet to come. :')
Senantiasa positif dalam kehidupan :)
Ikhlas,
www.profhariz.com
Nice sharing.. Allah tahu yg terbaik utk kita...
betul tu, tu semua dugaan untuk menguji kita =)
kerana allah lebih mengetahui...
kalau kita baik ,allah akan ketemukan dgn org yg lebih baik...
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan acik =)
Terima kasih atas sharing yang membuat saya membuka sedikit sebnyak kenapa Allah hadirkn seseorang yang kita cinta dan akhirnya diakhiri dengan kekecewaan . Thanks acik😉😊
Catat Ulasan