Ticker

6/recent/ticker-posts

Indahnya Bersabar Ketika Kesulitan Hadir

indahnnya bersabar

Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah bersyukur ke atas nikmat yang di berikan. marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Acik juga seperti kamu semua, dahulu suka merungut, mengeluh bila ujian melanda. Rasa diri tak mampu hadapinya tapi Alhamdulilah hingga kita mampu lagi bertahan. Pengalaman banyak mengajar diri ini dan kini bila ujian mendatang acik cuba terima apa jua ketentuan.

Orang selalu  kata ,kau tak rasa boleh la kau cakap macam tu! Bila kena pada kau baru kau tahu.Cakap mudah tapi insan yang menghadapinya ?

Pada acik Allah tahu kemampuan kita, Allah apa yang terbaik untuk kita, dia menguji kita mengikut kemampuan kita.  Itu selalu acik tuturkan, kadang kala acik rasa bersyukur Allah mengujiku maknanya Allah sayang padaku.  Kita ambil pandangan positif dalam setiap permasalahan itu yang acik lakukan. 

Ye, Sepanjang kehidupan kita, ujian & cubaan datang silih berganti kerana makna kehidupan itu sendiri adalah bagaimana menghadapinya. Ujian & cubaan kehidupan adalah tantangan yang akan memilah mana orang yang tahan uji dan mana orang yang lemah, mana orang yang beriman dan mana orang tidak beriman. Bagi seorang mukmin kehidupan akan selalu mendatangkan keberuntungan kerana ia bersyukur ketika memperoleh nikmat dan bersabar ketika menghadapi kesulitan. Sebaliknya orang tak beriman selalu tak beruntung, ketika memperoleh nikmat ia lupa diri dan ketika menghadapi kesulitan berat ia lupa ingatan. Sabar ialah tabah hati tanpa mengeluh dalam menghadapi cubaan dan rintangan, dalam jangka waktu tertentu, dalam rangka mencapai tujuan. Islam mengajarkan bersabar itu indah.


Pertama, tahan ketika menghadapi hantaman pertama. Rasulullah pernah bersabda, Innamassabru indassad matil uulaa. Artinya: Sabar yang sesungguhnya ialah ketika menghadapi hantaman pertama. 
Kedua, ketika ditimpa musibah, segera mengingat Allah dan mohon ampunannya. Firman Allah, ‘(Orang-orang yang sabar ialah) mereka yang ketika ditimpa musibah, berkata, ‘sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ (al Baqarah: 156). 
Ketiga, tidak menampakkan musibahnya kepada orang lain, seperti yang dicontohkan oleh istri Abu Talkhah (Ummu Sulaim) ketika ditinggal mati anaknya. (dikisahkan dalam hadis Riwayat Muslim). 
Keempat, sabar menghadapi semua cubaan dengan ikhlas kepada Allah. Allah berfirman dalam hadis Qudsy, ‘HambaKu yang mukmin, yang bersabar dengan pasrah kepadaKu ketika kekasihnya Aku panggil kembali (mati), kepadanya tak ada balasan yang layak dari Ku selain surga.’ (HR. Bukhari)



Apa jua yang berlaku kita kena sabar, walaupun dengan kata-kata ia memadai mendamaikan jiwa yang di timpa musibah. Allah bersama kita. 

Catat Ulasan

18 Ulasan

YunFila berkata…
Di hujung ribut ada pelangi ^__^
Aisyah berkata…
Bersabar adalh slh satu perisai kekuatan untuk setiap orang~ :) Good entry.. ;)
THE AUTHOR berkata…
tUMPANG SHARE....
Saya setuju sangat...dugaan Allah itu sebenarnya amat manis pengakhirannya...amin
Maria Firdz berkata…
Mmg mudah secara teorinya.. Tpi nk praktik tu perlukan kekuatan hati dan keteguhan iman...
Ismi Ana berkata…
Sabar je kunci utama utk kite terus hidup dlm ujian. :')
randomlyally berkata…
Allah selalu ada..ingat Allah, dan hati akan jadi tenang walau apapun ujiannya.. Ada disebut dalam AlQuran.. Sabar dan kuatkanlah hati..

Kesulitan akan hilang seiring dengan masa yang berlalu.. ;)
Unknown berkata…
Salam Acik...
Sabar, usaha dan tawakkal... insyaallah ada hikmah disebaliknya... :)
Khir Khalid berkata…
Sabar itu membawa hikmah yang amat besar... pasti ada kejayaan yg menanti...
Shida Radzuan berkata…
allah sentiasa bersama dgn org yg bersabar acik :)
Asha Lya berkata…
sabar dan terus sabar biarpun beribu dugaan yg datang
Cik Itah berkata…
salam. there is a rainbow after rain :)

salam jumaat acikkk :)
Unknown berkata…
Sabar adalah ubat paling mujarab dalam menghadapi segala kesulitan..
Tanpa Nama berkata…
salam jumaat dik. sabar dan redha dalam kesusahan yang menimpa adalah sesuatu yang sangat sukar tapi kalau dinikmati kesusahan itu dengan rasa alhamdulilah, pasti besar ganjaran allah pada kita.
Unknown berkata…
beruntunglah bg mereka punyai kemanisan iman.. apabila dilanda musibah, tersenyum dan bersyukur dgn ujian yg Allah berikan... subhanallah
Unknown berkata…
perlukan kekuatan utk terus bersabar..
Fiza Aizzawa berkata…
Bukan senang nak sabar.. tp untung siapa yang mampu bersabar..