Pengikut

Rabu, 21 Mei 2014

Kewajipan Lelaki Untuk Menjaga Dan Melindungi Wanita

lelaki jaga wanita
ehsan google

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadratnya atas nikmat yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Telah mendapat email sebanayk 35 soalan yang lebih kurang sama, mereka meminta untuk nasihatkan lelaki, cerita jangan dera wanita dan sebagainya Jadi acik ingin kongsikan kepada kamu semua. Entri ini khas untuk semua, moga ada sedikit iktibar yang dapat kita ambil bersama. 

Kita sebagai lelaki memang telah di fitrahkan mempunyai kekuatan dari segi fizikal, kuat semangat dan mempunyai kelebihan yang lain berbanding dengan wanita.Tanggungjawab kita sebagai lelaki melindungi ahli kelaurga, adik beradik dan wanita dalam hidup kita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:

“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa, ayat 34)

Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. 

 Peringatan ini acik ingin berikan kepada lelaki di luar sana, jangan suka cepat angkat tangan, sikit -sikit nak pukul isteri. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:

“Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain.” (Hadis riwayat Ahmad).

Acik sangat mengagumi peribadi Rasullulah dan menjadikan beliau sebaga idola. Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.

Pada acik, amalan seperti ini di lakukan bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan  saling menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Jikalau kita tengok ruang tamu bersepak dan berselerak ,jadi kitalah tolong kemaskan. Jangan marah-marah isteri dengan kata -kata yang kesat. Tak kesian ke tengok isteri ? lagi-lagi sekarang ini isteri pun turut membantu kita dengan bekerja.

Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Ahh sikap baik sebenarnya bukan terhad  hanya kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Misal kata ,kita ada orang gaji yang tinggla bersama jadi jagalah dengan baik juga. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.

Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Pernah acik dengar satu ceramah di ceritakan bahawan Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad.

Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah mengkehendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa’ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. 

Wahai lelaki semua, tanggungjawab kita besar apabila kitadi lahirkan sebagai lelaki. Sayangi dan jagalah mereka yang selalu ada untuk kita. Nasihat untuk kaum wanita pula bersamalah berjaga keharmonian, jangan kuat melawan suami, dengar kata suami, jika ada permasalah dan salah faham maka jelaskan dengan baik lagi bagus ketika suami sedang bahagia bukan ketika itu on the spot. Jika ada permasalah dan bergaduh itu biasalah tapi jangan jadinya dendam. Sampai di sini dulu lain kali acik kongsikan lagi kepada kamu semua.

Share This!


18 ulasan:

  1. Beruntungnya bersuamikan lelaki soleh..:)

    BalasPadam
  2. Amin..moga begitulah harapan semua pasangan suami isteri

    BalasPadam
  3. Bertuah badan mendapat seorang penjaga lelaki sebaik dan semulia Rasulullah SAW..

    BalasPadam
  4. mama setuju dan sokong entri acik, all the best acik..

    BalasPadam
  5. Jadilah lelaki yang soleh ya Acik...

    BalasPadam
  6. kalau ada suami yg suka angkat tangan
    kita sebagai isteri angkat kaki lah...
    hai hai ku katakan bye bye...
    thanks info yg bagus...i like..

    BalasPadam
  7. Tapi ramai perempuan sekarang sudah menjadi bagai pengawal kepada lelaki.
    ini yang kita tidak mahukan ..

    BalasPadam
  8. Jadilah suami yg selalu ringan tangan, bukan suami yg selalu angkat tangan. :)

    BalasPadam
  9. lelaki perlu persiapkan diri utk menjadi suami mithali yg disayangi isteri...

    BalasPadam
  10. ya Allah jauhkanlah aku dari dijodohkan dengan lelaki yg cepat naik tgn nih.. kita perempuan hanya mahu berlindung..dan diharap sang suamilah pelindung paling tepat..

    BalasPadam
  11. ya tngah melatih diri ke arah itu..terima kasih acik ats pkongsia

    BalasPadam
  12. Buat para lelaki, bakal suami dan para suami.. sayangilah isteri anda... =)

    BalasPadam
  13. Entri yg menarik... setuju. T kasih atas perkongsian Acik.

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum... achik,

    Terima kasih achik... lelaki adalah pelindung kepada wanita..

    mselim3

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails