|  | 
| ehsan google | 
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadratnya atas nikmat yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Telah mendapat email sebanayk 35 soalan yang lebih kurang sama, mereka meminta untuk nasihatkan lelaki, cerita jangan dera wanita dan sebagainya Jadi acik ingin kongsikan kepada kamu semua. Entri ini khas untuk semua, moga ada sedikit iktibar yang dapat kita ambil bersama. 
Kita sebagai lelaki memang telah di fitrahkan mempunyai kekuatan dari segi fizikal, kuat semangat dan mempunyai kelebihan yang lain berbanding dengan wanita.Tanggungjawab kita sebagai lelaki melindungi ahli kelaurga, adik beradik dan wanita dalam hidup kita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:
“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan 
sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan 
kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” 
(Surah an-Nisa, ayat 34)
Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik
 terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga
 keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan
 anak mereka. 
 Peringatan ini acik ingin berikan kepada lelaki di luar sana, jangan suka cepat angkat tangan, sikit -sikit nak pukul isteri. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. 
Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:
“Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya 
seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya 
itu pada hari lain.” (Hadis riwayat Ahmad).
Acik sangat mengagumi peribadi Rasullulah dan menjadikan beliau sebaga idola. Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. 
Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang 
baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, 
memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami 
membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan 
tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan 
dirinya lebih disayangi dan dihormati.
Pada acik, amalan seperti ini di lakukan bersama dapat membentuk 
kerjasama, persefahaman, keceriaan dan  saling menghargai apa yang dilakukan 
bersama-sama. Jikalau kita tengok ruang tamu bersepak dan berselerak ,jadi kitalah tolong kemaskan. Jangan marah-marah isteri dengan kata -kata yang kesat. Tak kesian ke tengok isteri ? lagi-lagi sekarang ini isteri pun turut membantu kita dengan bekerja. 
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim 
sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar 
dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik 
terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari 
kalangan kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Ahh sikap baik sebenarnya bukan terhad  hanya kepada isteri. Semua orang berhak 
dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan
 kepada kita menjaganya. Misal kata ,kita ada orang gaji yang tinggla bersama jadi jagalah dengan baik juga. Sikap baik Rasulullah terhadap
 isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh 
Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.
Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara 
menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga 
seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian 
yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, 
hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai 
pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu
 pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di 
hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu 
tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah.” (Hadis riwayat 
Abu Daud)
Pernah acik dengar satu ceramah di ceritakan bahawan Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan
 pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. 
Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika 
berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika 
berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang
 handal di medan jihad.
Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah 
mengkehendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat 
dengan isteri, untuk mengelakkan rasa janggal ketika 
bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa’ie,
 Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. 
Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan 
dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan 
untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang 
menyalahi etika. 
Wahai lelaki semua, tanggungjawab kita besar apabila kitadi lahirkan sebagai lelaki. Sayangi dan jagalah mereka yang selalu ada untuk kita. Nasihat untuk kaum wanita pula bersamalah berjaga keharmonian, jangan kuat melawan suami, dengar kata suami, jika ada permasalah dan salah faham maka jelaskan dengan baik lagi bagus ketika suami sedang bahagia bukan ketika itu on the spot. Jika ada permasalah dan bergaduh itu biasalah tapi jangan jadinya dendam. Sampai di sini dulu lain kali acik kongsikan lagi kepada kamu semua. 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
18 Ulasan
kita sebagai isteri angkat kaki lah...
hai hai ku katakan bye bye...
thanks info yg bagus...i like..
ini yang kita tidak mahukan ..
Terima kasih achik... lelaki adalah pelindung kepada wanita..
mselim3