Ticker

6/recent/ticker-posts

Belajarlah Buat Sesuatu Ikhlas Kerana Allah

gambar hiasan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadrat ilahi atas nikmatnya. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Dari kecil lagi kita didik berbuat sesuatu kebaikan akan mendapat imbalan atau balasan setiap perilaku kita. Misalnya kita berpuasa, satu hari berpuasa dapat 20 sen . 

Apabila umur kita bertambah, dah besar sedikit lingkungan kita dalam usia 13 tahun ke atas . Kita di didik bila tolong ibu bapa di rumah mesti akan upah dalam setiap apa yang kita lakukan. Tolong mak pergi kedai mesti ada ganjarannya. 

Apabila kita dah besar semestinya segala apa yang kita buat mesti untuk mendapatkan perhatian. Ada segelintir antara kita berbuat sesuatu untuk mendapatkan nama dan di sanjung. Itulah kadang kala sikap kita, berbuat sesuatu untuk mendapatkan perhatian dan pujian. 

Ye acik tahu ibu bapa kita berbuat demikian untuk mendidik kita agar rajin melakukan pekerjaan dengan bersungguh dan mendidik kita supaya nanti menjadi seorang yang bertanggungjawab dan amanah , tak salah malah ianya motivasi untuk diri kita.

Tetapi untuk kita yang telah dewasa dan matang dalam membuat keputusan, cubalah kita tukarkan sedikit cara tersebut di mana setiap apa yang kita lakukan itu biarlah ikhlas dan tidak mengharapkan balasan semata-mata.Bila kita tolong orang, kita mengharapkan orang itu juga membalas kebaikan untuk diri kita. 
Bila kita berikan sesuatu penghargaan pada orang , kita mahu juga orang menyanjung kita.

Jadi cubalah tukar cara pemikiran dan pendangan kita, biarlah sesuatu kebaikan itu kita lakukan kerana ALLAH, biarlah sesuatu kebaikan itu kita lakukan dengan ikhlas, jika bukan orang yang kita berbuat baik itu yang tolong kita ,insha ALLAH orang lain pula akan membantu kita. Allah kan ada. Allah sayang kita, jika kita jaga Allah maka Allah juga akan jaga kita.

Memang susah nak sembunyikan kebaikan yang kita buat, orang tak nampak dan orang tak tahu. Itulah selalu terlintas di hati kita. Tetapi sebenarnya ada yang Maha Melihat apa yang kita buat. Marilah kita buat baik dalam diam. 

Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan keburukan-keburukanmu, dan janganlah engkau kagum dengan amalan-amalanmu, sesungguhnya engkau tidak tahu apakah engkau termasuk orang yang celaka (masuk neraka) atau orang yang bahagia (masuk surga).” (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman no 6500). 
Basyr bin Al Harits berkata, “Janganlah engkau beramal agar engkau disebut-sebut, sembunyikanlah kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan keburukanmu. 
Dari Yazid bin Abdullah bin asy-Syikhkhir, dia menceritakan bahwa ada seorang lelaki yang bertanya kepada Tamim ad-Dari, “Bagaimana sholat malammu?”. Maka beliau pun marah sekali, beliau berkata, “Demi Allah, sungguh satu raka’at yang aku kerjakan di tengah malam dalam keadaan rahasia itu lebih aku sukai daripada aku sholat semalam suntuk kemudian hal itu aku ceritakan kepada orang-orang.” (lihat Ta’thirul Anfas, hal. 234)
Apakah ikhlas itu? Orang yang ikhlas adalah orang yang tidak mensertakan kepentingan peribadi atau imbalan duniawi dari apa yang dapat ia lakukan.Tujuan orang yang ikhlas cuma satu, iaitu bagaimana agar apa yang dilakukannya diterima oleh Allah. 

Semuanya adalah bergantung kepada niat kita.Paling acik risau dari niat kita baik untuk bersedekah dan bertukar menjadi riak ,nauzubillah.

Contoh : tadikan aku nampak tabung masjid ,alhamdulilah aku sedekah RM 50 Tau !!

Setiap amal itu tergantung kepada niatnya. Rasulullah  bersabda:
"Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Jadi marilah kita ubah dari segi pemikiran, perbuatan mahupun perilaku untuk berbuat apa jua ikhlas kerana Allah. Kita lakukan perubahan sedikit demi sedikit dan semoga kita dapat istiqamah apa yang kita lakukan. 

Catat Ulasan

25 Ulasan

Ismi Ana berkata…
Berbuat tanpa minta balasan itulah yang di panggil ikhlas. Tapi kita selalu sangat berbuat amal, sebab nak orang sanjung.
apa pun yang kita lakukan kita kenalah ikhlas kan acik?
Maria Firdz berkata…
ikhlas ibarat semut hitam di atas batu hitam dimlm yg gelap pekat... :)
BinMuhammad berkata…
Semua perkara yg dilakukan perlulah ikhlas kerana Allah swt namun ada perkara yg kita lakukan perlu mendapat upah.
Adam Faiz berkata…
Betul tu,apa yang kita lakukan itu mestilah ikhlas kerna Allah :) barulah berkat kan? mak Adam pun selalu cakap macam tu hikhik
Khamsi Abdullah berkata…
Yup.. So, if kita terdetik rasa ikhlas tu..maknanya kita sebenarnya tak cukup ikhlas lagi kan? So, let us make all the good deeds as a routine! :)
✿INA AINAA✿ berkata…
Betul tu. Namun nak cari keikhlasan tu agak susah dan payah. Banyak sangat dugaan. Hati kena kental
Nurulhidayah berkata…
Ikhlas pada apapun yang dilakukan kerana Allah, tanpa mengharap balasan..
cikpinz berkata…
Ikhlas perlu datang dari hati dan setiap perkara yang dilakukan kerana Allah.
Unknown berkata…
kadang kita tak luah dr mulut tapi rasa bangga dalam hati sebab dah derma..
allah susahnya nak didik hati supaya ikhlas..:(
Nadia Johari berkata…
Kadang2 ikhlas pun dianggap menunjuk..ermm
Khir Khalid berkata…
Segalanya berdasarkan niat.. klu niat nak menunjuk2 rugilah.. untung di dunia je mungkin... wallahualam...
Jari Manis berkata…
Syukur Alhamdulillah kepada parent Acik yang dapat anak seperti ini. Alhamdulillah..blog yg penuh informasi membuatkan JM terus melekat d sini :-)
Azwar Syuhada berkata…
Betul tu! Berbuat sesuatu tanpa menharapkan balasan itulah yang dipanggil ikhlas. =D
Unknown berkata…
Insyaallah... senantiasa ingat akan itu :)
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Salam AP ..Akak singgah sini balas kunjungan.. Follow AP jugak ...Berbuat baik biarlah datangnya dari hati ..Berbuat baik hanya kerana Allah bukan untuk mendapat balasan ,,
Karen Monica berkata…
memang amat rugi kalau kita lakukan sesuatu semata-mata menginginkan balasan...bila buat sesuatu dengan ikhlas, kita akan rasa lebih bahagia
Blog Santai berkata…
In Shaa Allah Acik. Jom sama-sama perbetulkan niat kita..
paridah berkata…
sama2 muhasabah diri n lakukan yg terbai saja kerana Allah..
Fiza Aizzawa berkata…
Kita sedekah dapat pahala, ikhlas kerana Allah..
Lieya Von Jay berkata…
Ikhlas kan hati utk semua perkara yang kita buat insyaAllah hidup lebih berkat
Cik Itah berkata…
salam. insyAllah bersama kita amalkan keikhlasan dalam apapun yang kita buat :))
insyaallah akan diperbaiki dan belajar menjd seikhlas yg mungkin,
terima kasih..
norhanita berkata…
Jika kita buat sesuatu dengan ikhlas, takkan ada rasa kecil hati jika tiada balasan dari orang yang menerima. namun hakikatnya, ramai yang berkata mereka ikhlas, tetapi tidak. bila tidak mendapat respond dari orang sekeliling, mereka mula mengungkit....

wallahualam...