Pengikut

Ahad, 1 Jun 2014

Cinta Dan Soal Hati Tidak Boleh Di Paksa

cinta tak boleh di seksa


Assalamualaikum


Alhamdulilah akhirnya dapat juga menaip setelah seminggu tanpa entri dan terlalu banyak halangan yang tidak dapat di elakkan. Hari ini acik kembali dengan senyuman ,sebelum itu marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan bersyukur atas nikmat yang Allah berikan pada kita.

Hari ini acik ingin berkongsikan berdasarkan pengalaman sendiri soal jodoh.Mata ini menjadi saksi apabila ramai yang berdendam dan mendesak untuk mendapatkan seseorang yang dia sayang walau bagaimanapun caranya. Sehinggakan menyakitkan seseorang yang ktia sayang, tak semua yang kita mahu dan suka itu akan kita dapatkan. 

Kita mungkin boleh memaksa manusia untuk makan atau bercakap atau bergerak atau berdiam atau apa sahaja tindakan fizikal. Namun kita tidak mungkin boleh memaksa keyakinan ,kepercayaan dan perasaan seseorang.



Demikian juga kita tidak boleh memaksa perasaan seseorang seperti cinta, benci, suka, marah, sayang dan seumpamanya. Jika kita terus paksa dengan kekuasaan dan kekerasan untuk mengungkap dengan lidah apa yang tidak terkandung dalam jantung hatinya atau perasaannya, dia mungkin menyatakannya dengan lidah tetapi iktikad dan perasaan akan tetap menolak.

Acik memang tak mahu nak aibkan mana-mana pihak tapi apa yang kamu buat tu memang luar dari batasan. Semua nie berkaitan dengan cinta.Kesian pada cinta yang sering di persalahkan,walhal manusia itu sendiri yang melakukan kesilapan dan kesalahan tersebut. 

Pada acik Cinta dan Sayang harus keluar dari hati. Bila cinta dan sayang itu telah dilakukan dengan cara dipaksa atau terpaksa maka semua itu tidak akan mencapai sesuatu yang sejati.Biarkanlah cinta dan sayang itu mengalir seperti air dalam hidup ini,karna dengan demikian disaat kita menjalaninya tidak ada yang merasa disakiti dan menyakiti.Jadikan cinta dan sayang itu surga dalam hidupmu.


Allah tahu yang terbaik untuk kita, seribu kali kita berusaha tetapi jika dia bukan jodoh kita maka bukanlah. Biarlah dia menerima kita seadanya bukan kerana terpaksa.




Tapi apa pun yang berlaku kepada acik nie adalah pengajaran kepada acik sendiri dan acik mahu kongsikan kepada yang lain bahawa

1) jangan suka bagi harapan,kalau dari mula tak suka cakap terus terang ,kesian dekat orang tu ,tetapi kalau cakap terus tak suka pun nanti lain pulak jadinya ,entah la

2) Jangan suka memilih dan terlalu memilih

3)cinta itu tidak perlu di paksa datang sendiri dalam diri kita




acik tak mahu tulis panjang lebar tapi itu kenyataan acik belum sedia lagi untuk mahu "couple" bagi masa untuk acik terus memikirnya .Biarlah jodoh itu datang bila tiba masanya bukan dengan paksaan dan cinta lepas kawin itu lebih indah. 




Share This!


26 ulasan:

  1. Betul tu, acik... cinta tak boleh dipaksa. Ada berbilion-bilion manusia yang boleh dicintai dan mencintai dalam dunia ini... mengejar sampai mati satu angka yang tidak mampu mencintai kita semula itu adalah pekerjaan bodoh dan sia-sia. Jodoh ditentukan oleh Allah, jika tiada jodoh dengan seseorang itu maknanya Allah lebih mengetahui siapa yang lebih baik untuk kita. Jadi percayalah kepada Allah, Dia akan membuka cinta di hati orang yang betul ^__^

    BalasPadam
  2. Yup.. betul tu Acik... jangan paksa2 soal hati nie..

    BalasPadam
  3. Soal hati bkn blh di pakse2. Bila dipakse mencintai tu yg jadi cinta tepuk sebelah tangan tu. Haishh..

    BalasPadam
  4. Selamat kembali acik...semoga ceria dan bahagia sentiasa.
    Dalam soal hati dan perasaan memang tidak boleh dipaksa dan hanya boleh dipaksa adalah jika tidak mengikut segala perintah dan hukum Allah swt.

    BalasPadam
  5. betul2.. cinta lepas kahwin itu lebih indah .. :)

    BalasPadam
  6. setuju ketiga-tiga point yg acik cadangkan tu :)

    BalasPadam
  7. ada manusia jenis yang caring...ada juga manusia jenis yang mudah 'fell' bila ada orang caring..

    BalasPadam
  8. Yep.Absolutely ! Cinta dan soal hati tak boleh dipaksa :)

    BalasPadam
  9. soal hati itu milik kita semua...tak boleh dijual beli.

    BalasPadam
  10. sbb itu bila dia kata ' putus ' , itu maknanya dlm hatinya sudah tidak ada cinta utk kita ... terimalah dgn redha .

    BalasPadam
  11. Confirm Acik..Hati & perasaan memang tak boleh dipaksa...

    BalasPadam
  12. Rasa cinta..benci..marah...suka...duka dsb nya adalah perasaan dam naluri semulajadi bagi setiap yang bernama insan...
    Soal hati juga satu hal yang tidak boleh dipaksa2....dia datang dan pergi secara semulajadi...

    BalasPadam
  13. Wowww! hebatlah Acik. Same goes about what i'm thinking. Btw, that's true cinta selepas kahwin itu sangat indah dan tak perlulah nak couple lama2. Let's love come naturaly. And then,cinta memang tak boleh dipaksa sama macam apa yang NA rasai sendiri. Fyi, this topi akan sama dengan kisah yang sedang NA buat sekarang. Please doakan supaya bulan Ramadhan nie akan siap manuskrip sepenuhnya sebelum diterbitkan. ;)

    BalasPadam
  14. anggaplah kegagalan percintaan sebagai pengalaman hidup. jodoh adalah perkara misteri yang tak dijangka. semuanya kerja Allah.

    BalasPadam
  15. good sharing..andai dia adalah jodoh kita..terima lah..

    BalasPadam
  16. jodoh pertemuan takdir Allah...walau berusaha mengelaknya tapi jikalau sudah ketentuannya, terimalah seadanya...pilih2 perlu juga sbb kitapun dipilih juga...

    BalasPadam
  17. salam. betul tu cik..cinta dan sayang harus keluar dari hati :))

    BalasPadam
  18. cinta dan sayang perlu lahir dari hati yg ikhlas.. jangan sebab sesuatu je kita sayangkan org tuh..

    BalasPadam
  19. bagus perkongsian Acik ni.. kelemahan ain... ain mudah simpati.. untuk menolak cinta seorang lelaki yg nampak ikhlas, ain susah nk tolak walaupun hati xde pada dia...

    BalasPadam
  20. betul tu acik... nice sharing...

    BalasPadam
  21. Perkongsian yg baik ni Acik.. subhanallah.. saya pun baru hari ni dpt berbw.. thanks sharing.. :)

    BalasPadam
  22. betul tu...sangat-sangat setuju.carilah orang yang sayang kita sebab itu lagi membahagiakan. cewaaaah!pandainya aku cakap ;p

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. Minta cinta pada Allah.. kadang2 Allah beri selepas kawin..bnykkan berdoa.. cinta separuh mati kita hanya untukNya.. itulah tujuan paling utama dlm hidup kite.. walau syurga hidup kite adalah cinta, itu kita yg kata.. Jika Allah tak izinkan kena terima juga takdir nya. Ada org dpt cinta tapi dah kawin hilang semua.. sebelum nikah bersayang2 selepas nikah melayang..

    BalasPadam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails