Pengikut

Sabtu, 21 Jun 2014

Kesedaran Terhadap Lelaki Metroseksual

gambar hiasan


Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini ,marilah bersyukur ke hadrat ilahi atas nikmat yang di berikan tidak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhaamad  sallallahu alaihi wasallam. Dewasa ini, kita dapat lihat lelaki sudah mula mulai berfikir dengan lebih teliti tentang gaya pemakaian, gaya hidup yang lebih urban serta moden dan sangat mementing soal  penampilan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. 

Mereka mula mementing dan mempamerkan aspek feminim dalam diri mereka yang dahulunya di dominasi oleh kaum hawa. Kadang kala mereka sanggup berhabis beribu ringgit untuk kelihatan sempurna di bagi mata yang memandang untuk dilihat "perfect guy " Ianya di gelar lelaki metroseksual. 

Ramai wanita di luar sana kurang jelas dan ada mengatakan " ehh joyah kau tahu si amat tu aku tengok kulit halus , bergaya. sesuatu sangat !!! 

Metroseksual adalah Golongan lelaki jenis ini juga menggemari penggayaan fesyen pakaian serta kesihatan diri. Lelaki metroseksual gemar menonjolkan diri melalui pemakaian serta penjagaan tubuh badan. Mereka juga bersifat terbuka jika berbicara mengenai penjagaan diri, fesyen serta penampilan malahan ada yang sanggup melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk memastikan diri agar tampak kacak dan bergaya serta tidak segan silu untuk mendapatkan perkhidmatan di spa. 

Acik mempunyai ramai kawan metroseksual ini, mereka menjaga penampilan untuk dirinya,untuk kepuasan mereka. Pada acik tak salah, tapi jangan berlebihan mengalahkan perempuan.Apa beza lelaki biasa dengan lelaki metroseksual ?

Contoh paling mudah adalah lelaki biasa kalau nak pergi gunting rambut tak kisah kedai tepi jalan, kedai rambut mamak ,asalkan potong rambut. Bagi golongan metroseksual rambut mereka aset penting ,jadi perlu kemas jadi tempat yang sesuai dan di lakukan oleh orang pakar "hair stylish" dan salon-salon.

Kalau perempuan mementingkan soal kulit muka ,memilih soal penjagaan kulit begitu juga bagi lelaki metroseksual yang menjaga kulit mereka agar sehat dan segar sama seperti perempuan. Tak heranlah sekarang banyak muncul produk kecantikan untuk lelaki kerana lelaki sudah mula mementingkan soal ini semua. Metroseksual bukanlah lelaki lembut ataupun suka sesama jenis .

Lebih Jelas lagi, perubahan gaya hidup metroseksual bukan secara anatomi tetapi menerusi sikap dan perilaku seseorang itu. Eceh jangan salah faham ye cik joyah, metroseksual bukan perlambangan seksualiti seseorang.

Ia hanyalah usaha luar sedar seseorang lelaki untuk menempatkan diri mereka sebagai individu yang perlu diberi layanan istimewa. Jujurnya kita perlu menghormati hak orang lain untuk melakukan apa yang terbaik untuk diri mereka tanpa prasangka dan iri hati.

Jika berkemampuan, tidak salah untuk sesiapa saja berusaha memperbaiki penampilan diri supaya lebih berkeyakinan selain dapat menyerlahkan keperibadian mereka.Lelaki metroseksual adalah mereka yang bersih, kemas dan inginkan kesempurnaan pada diri mereka. Tapi tak perlu bercelak, bergincu menyerupai wanita. Wasatiyah iaitu bersederhana dalam setiap apa yang kita lakukan. 

Nasihat acik tidak kisahlah bagaimana pun tapi jangan berlebihan. Nampak kemas dan bersih memang bagus tetapi jangan sampai membazir. 

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".

Jika ada duit lebih sedekahkan dan bantulah kepada mereka yang memerlukan. Ramai lagi orang yang masih susah di Malaysia, mereka yang menderita sakit yang pelbagai. Jadi bantulah mereka mereka. Kamu ada pengalaman berkawan atau berkahwin dengan lelaki metroseksual ? Kalau ada bolehlah kongsi di ruangan komen di bawah. 

Share This!


36 ulasan:

  1. Suka tgk lelaki metroseksual nampak kemas dan menarik

    BalasPadam
  2. akak suka lelaki metroseksual acik... hi hi hi...

    BalasPadam
  3. assalam, tak pernah brkwn lg lelaki mcm tu, tp ada la kwn stu skolah, dia suka kwn dgn prempuan.. mna-2 msti dgn kwn prempuan.. dri segi pnampilan xda la lbih-2 sngt..cuma cra dia brckp dgn dri karektr dia kot yg buat dia lbih suka kwn dgn pempuan..nak ckp lebih-2 xkenal sngt, kenal gitu-gitu je, tu pun sbab satu skolah..sory klu lari topik skit..hihi

    BalasPadam
  4. Besar jugak ongkos nya kalau jadi lelaki metroseksual ni. Perbelanjaan tu mungkin tinggi sikit dari biasa

    BalasPadam
  5. Baru tahu metroseksual ni apa..hehe.. Tapi bagus juga lelaki metroseksual ni. Dorang memang menjaga kebersihan dan penampilan. kira serba serbi telitilah..

    BalasPadam
  6. Memang ramai dah golongan itu....tak salah bersih dan berterampilan kemas ...suka tengok...tapi jangan lebih2 sampai bergincu bercelak dzn berpipi merah dah lah..

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. di akhir zaman nanti, akan ramainya wanita berbanding lelaki ..tetapi apabila ulama menafsirkan ia semula, berkemungkinan ramai yang lelaki ingin menjadi wanita dan akhirnya ia menjerumuskan sebagai "wanita" ramai pada lelaki .... wallahu'alam .. apa pun, zaman khilaf ni macam2 dah yang kita boleh jumpa

    BalasPadam
  9. yang penting jangan berlebihan, bersederhana sudah cukup untuk nampak smart di khalayak orang ramai.

    BalasPadam
  10. Tak kisahlah nak gunting, jenama atau gaya yg mcm mana... yg paling penting biarlah kemas, nampak teratur & mengikut kesesuaian semasa.. oklah tu.. kena jimat cermat juga dlm zaman yg serba serbi naik ni.. :)

    BalasPadam
  11. YA LELAKI BEGINI SANGAT TELITI SERBASERBI...CEREWET SIKIT.

    BalasPadam
  12. Asal sedap mata memandang dah kira okay..Jangan selekeh sangat pulak kan..berserdehanalah :)

    BalasPadam
  13. bersederhana...terima mereka seadanya

    BalasPadam
  14. Golongan lelaki yang achik sebutkan tu, kebanyakannya geng2 hot twitter. Tak pun dak hot pesbuk. Tapi oke jugak laki centu. Jaga diri. Cume takyah la over sgt.

    BalasPadam
  15. pada saya, penampilan diorang tu bagus sbb kemas, bergaya, nampak smart. mcm artis korea hahaha. tpi setuju dgn kak ismi, jangan terlampau over je sudahlah :p

    BalasPadam
  16. Lelaki sekarang perlu menjaga penampilan. Tetapi perlu bersederhana. Kita perlu mengikut cara Rasullullah yang sentiasa kemas dan bersih serta sentiasa berwangi-wangian. CP ramai kawan yang metroseksual ni cuma yang tak boleh tahan mereka bersiap lama sangat. Jemu pulak nak menunggunya. Hehe..

    BalasPadam
  17. Kita suka tengok guys yang menjaga penampilan..tapi tak nak overlah nanti kalah kita..he..he

    BalasPadam
  18. Jaga tu jaga, tp tak adalah melampau kan... Hehe

    BalasPadam
  19. Yang penting kebersihan dan kekemasan diri diutamakan.. tak suke tengok lelaki yang selekeh dan tak terurus nie..

    BalasPadam
  20. RAMAI dah laki macam ni. lg lg di bandar besar ! memang kulit licin bak hang mengalahkan pereMPuan T.T

    BalasPadam
  21. Aku ada ramai kawan yang metroseksual ni. Ada yang buat hal sendiri, takpa lah. Tak kisah pun.

    Tapi boleh rasa annoying kalau memperlekeh lelaki lain yang tak suka jaga penampilan. Bukan semua yang suka ambil kisah dengan penjagaan luaran ni.

    BalasPadam
  22. salam cik. ehehhehe comel ja sy tengok lelaki metroseksual ni...:)))

    BalasPadam
  23. bersederhana.. janji kemas dan bersih.. bukan apa, kalau mampu takpa, kalau masa bujang pun hidup cukup2 makan je, nnt kalau dah kawin, asyik nak jaga penampilan diri je, tanggungjawab keluarga terabai, susah juga tu...

    BalasPadam
  24. Ok jugak ni..asalkan tak mengalahkan org pompuan suda. suami akak biasa2 je..asal bersih dan kemas sudah katanya.. :)

    BalasPadam
  25. lelaki metroseksual sering disalah anggap. pendapat saya, diorang ni bagus sebab rasa selesa je bila dengan diorang. yang penting masih berada di jalan yang 'lurus'. if u know what i mean ;)

    BalasPadam
  26. Saya ada kawan yang Metroseksual ni, muka dia Ya Allah.. licin sungguh. Mengalahkan muka perempuan. Memang betul-betul jaga

    BalasPadam
  27. K Idah tak ada masalah dengan lelaki metroseksual nie... cuma ada separuh tu mcm berlebih2 pula... mengalahkan perempuan pulak... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Menjalani Ibadah Puasa Acik... :)

      Padam
  28. husband sy metroseksual.. dan dia hensem. hahah matilahh up laki sendiri.. bye!

    BalasPadam
  29. huhuhu....lelaki metroseksual nih meeg nmpk kemas aje kan

    BalasPadam
  30. wanita metroseksual takde ea? hehe

    BalasPadam
  31. Ramai jgk dikalagn blogger lelaki metroseksual.. Keterampilan mereka itu menarik minat / membawa pembaca/ follower mereka mejadikannya sbg ikon baik.

    BalasPadam
  32. lekali macam ni mmg nmpk kmas.. lelaki pun kena jaga kekemasan diri tapi jgn la keterlaluan membazir semata mata ank nmpk hansem..hansem lelaki pada htinya...hahaha

    BalasPadam
  33. Janji tetap fesyen utk lelaki..

    BalasPadam
  34. Tak salah... Islam sendiri amat mementingkan kecntikan dan kebersihan..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails