Pengikut

Sabtu, 7 Jun 2014

Petua Orang Lama : Menegangkan Dan Melicinkan Kulit Dengan Telur Ayam



Assalamuaikum


Alamak teringin pula zaman dulu, kakak acik selalu tengok iklan di televisyen untuk mencantikan wajah untuk kekal dengan kulit mulus dan sehat. Masa dulu mampu tengok sahaja di tv ,tak mampu lagi nak beli sebab harga memang mahal. jadi apa yang kami lakukan adalah mengambil alternatif lain untuk mendapatkan hasil seperti tersebut. 

Petua ini di turunkan dari mak kami, jadi kami selalu jugak buat lagi-lagi di hujung minggu. Habis muka adik-adiknya di tepeknya. Paling kelakar bila mak mengamuk apabila telur yang di beli hilang kerana kami gunakan untuk buat "masker". Jadi nak tahu caranya ? 

Bahan-bahanya senang sahaja adalah telur dan tisu 


Bersihkan muka anda sebersihnya dari kotoran dan bagi perempuan yang suka make up tu bersihkan alat make-up dengan menggunakan air bersih dan span.
Keringkan muka dengan tuala yang bersih.
Kemudian, ambil sebiji telur ayam dan asing putih telur dan kuningnya ke dalam mangkuk atau piring.

Selepas itu potong tisu jadi segi empat , tak kisahlah bentuk apa sekalipun. 

Sapukan putih telur pada tisu tersebut
Selepas itu, ambil tisu yang ada putih telur itu dan letakkan ke seluruh bahagian muka.
Biarkan ia kering dan melekat di kulit muka seperti masker. Elakkan dari bercakap atau menggerakkan bahagian muka selama satu jam.
Kemudian, bilas muka anda dengan air suam.
Seelok-eloknya amalkan petua ini dua atau tiga kali seminggu sebelum kamu masuk tidur.


Senangkan ? 

Kadang kelakar selalu tengok kesannya yang akan lekat pada tisu, akan kelihatan tompok-tompok hitam kecil di bahagian hidung, orang sebut komodo ? gitulah agaknya. Senang dan murah, jadi selamat mencuba. 

Share This!


27 ulasan:

Jari Manis berkata...

Petua yg menarik ni cuma malas dgn rajin je nk buat

Vee Sandi berkata...

sis pun byk petua . cuma rajin ngan idaknya nak membuat . kadang tu paksa diri baru jalan ...

Khir Khalid berkata...

Menarik.. lebih menjimatkan juga & mmg tradisional. Thanks sharing Acik.. :)

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Mesti rajin jika nak amalkan petua

Sobri Yaacob berkata...

nice sharing,, acik..
slalunya petua2 org tua ni memng bgus..

Ismi Ana berkata...

Banyak je petua. Tapi sebab malas, beli je la produk sedia ada.

husna zahidi berkata...

tengah guna konfem rasa tegang je kulit muka..:p

tiey smilez berkata...

Nice sharing.. Selalu jugak try time dolu2. hehehe
Best pakai, kulit muka terus tegang :)

jamian sarif berkata...

dulu masa zaman bujang aku rajin buat ....skrg langsung tak pernah nak buat......

Hanafi Abdullah berkata...

teringin juga nak cuba...cuma sayang je dengan telur untuk dimakan

Entri terbaru saya dalam Hero Borneo

Nao Mei berkata...

Hahaha akak pernah tengok sepupu akak buat cam nie.
Tapi akak tak cuba lagi sebab bau telur tu yang buat loya tekak

Maria Firdz berkata...

Dulu rajin buat la acik.. Telur ayam kg,skrg mls plak... Hehe

Lonely Scorpio Girl berkata...

Saya ada amalkan juga, tapi telur tu dicampur dengan timun sekali ^__^

RDZ Z berkata...

Wah menarik..nanti kita cuba ya Acik...Thanks ya..

Sylarius Yusof berkata...

Bagus juga petua ni. Tentunya, petua tradisional macam ni bebas dari kesan sampingan bahan kimia.

Hafiza AizZawa berkata...

antara malas dan rajin je kan acik...

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum...achik.

Petua orang lama2 nie memang kekadang terbukti berkesan tanpa ada kesan sampingan. Perkongsian menarik, pape nanti boleh guna petua2 nie..

mselim3

Lieya Von Jay berkata...

pernah gak buat dulu2 .. tapi bab nak pakai masker ni memang jenis pemalas sikit .. huhuhu.. ^_^

paridah berkata...

berseri wajah kalau amal petua ni n cuci muka dgn limau nipis lepas tu...

Azlan Strider berkata...

cara yang practical dan sungguh menjimatkan....

Regards,
-Strider-

BUNDA a.k.a KN berkata...

Memang petua lama yang masih ramai amalkan... semuanya ada di rumah ...tak payah susah2 pun...

Azhafizah Md Nor berkata...

Pernah buat ni.Memang berkesan! :)

memmet lenggeng berkata...

menarik..pernah buat masa jaman-jaman anak dara dulu..dah kawen ni, patutnya prektis selalu kann..tapi hakak malas dik...terima kasih ingatkan petua ni semula, ado masa, hakan kubuat jua!!

Sal Bee Yah berkata...

ha...memang suka petua ni.selalu gak lah buat.sekarang malas plak, beli je peel-off mask.huhu

Time Traveller berkata...

Petua yang baik... mudah dan murah.. tapiiii hahahaaha :P

Kathy R'bain berkata...

Petua yg bermanfaat..

Haslinda Hassan Ali berkata...

mmg berkesan petua nie...
tapi akak lebih suka guan "ANEW AVON"...
sapu jer hihi...thanks,
suka bab2 cantik mencantikkan muka nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails