Pengikut

Jumaat, 25 Julai 2014

Ikuti Dan Tauladani Cara Khalifah Umar Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya


gambar hiasan
Assalamualaikum

 Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ucapkan syukur atas nikmat yang di beri.Marilah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Seperti biasalah hari jumaat acik berkongsi kisau tauladan kepada kamu semua. Nak raya ini ramai pula kaum adam yang bergelar suami hantar mesej dan email tentang isteri mereka yang suka membebel.Lumrah alam perempuan lebih banyak cakap dari lelaki.Jadi tak heran kalau dia banyak membebel.
Biasalah perempuan kalau membebel tak kira dan waktu,24 jam pun boleh membebel.
Biarpun leteran itu benda yang sama, ia tetap menjadi satu perkara yang rutin. Namun tahukah kamu bahawa Khalifah Umar Al- Khattab juga mempunyai cerita yang tersendiri. Biarpun kita tahu dirinya amat ditakuti kerana sifatnya yang garang, namun apabila dengan isteri, ia sangat menghormati isterinya. Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya


Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari. Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al- Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab. Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al- Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.
Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?” Lalu si suami tadi menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku.” Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya.
 Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak- anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.” Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.
 Wallahualam.

Share This!


15 ulasan:

  1. Membebel tu sebenarnya bagus untuk hilanfkan stress dan hindarkan diri dari sakit jantung. Tapi elakkanlah membebel yg keterlaluan... Bahaya untuk kesejahteraan rumahtangga dan memberi tension terlampau kpd yg dibebel. Kecuali bersabar seperti khalifah Islam ini.

    Selamat Hari Raya Acik. Maaf zahir dan batin... Hati2 balik kpg ya ^__^

    BalasPadam
  2. Sweet sangat kisah ni...ayah saya selalu cerita depan Mak, terus Mak berhenti membebel.haha, ajaib tak, boleh jadi reverse psychology pulak.

    BalasPadam
  3. walaupun dah dengar n baca byk kali baca ttg ni.. tapi setiap kali baca mcm pertama kali baca..
    rasa teruja sgt.. semoga kisah ini memberi teladan kpd kita semua..
    very good entry acik :D

    BalasPadam
  4. membebel ni penat..elok diam saja...selamat beraya acik maaf zahir batin..

    BalasPadam
  5. salam acik...nice sharing :)

    singgah sini..sebelum bercuti raya hehehe

    p.s salam jumaat & selamat hari raya..salam kosong kosong ya hee ^_^

    BalasPadam
  6. bebel memang la pening kepala, tapi bila kita tak dengar bebelan tu baru kita rasa kehilangan :) bersabar la, sesungguhnya setiap sabar kita tu akan dinilai oleh Allah :)

    BalasPadam
  7. yang tang melahirkan tu,mmg teruja sesgt2...
    thanks acik...sabar itukan, separuh dari iman..

    BalasPadam
  8. sabar sabar sabar ..hehe..itu yang power tu acik ..sabar ..hehe

    BalasPadam
  9. perkongsian yang sangat bagus nih acik.



    selamat hari raya aidilfitri.

    BalasPadam
  10. Tqvm acik. Salam Aidil Fitri dari kak kathy sekeluarga..

    BalasPadam
  11. Semoga ia menjadi panduan yg baik buat kita semua...

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum,
    Syukur sgt krn dapat isteri yg kurang membebel... :)

    Salam Lebaran buat Acik sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

    BalasPadam
  13. Panduan yang baik Acik...

    Salam Aidil Fitri buat Acik. Mohon maaf jika ada yang tersentuh sepanjang kita berblogging k...


    BalasPadam
  14. sebenarnya kadang2 perempuan membebel tanpa disedari.. terutama pada org2 yg disayangi.. :)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails