Pengikut

Khamis, 14 Ogos 2014

Lelaki Buncit Semakin Menjadi Pilihan & Idaman Wanita


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah kita ucapkan syukur atas nikmat yang di berikan pada kita.Marlah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Acik sempat buat sedikit bancian dan interview perempuan lingkungan 22-25 berkaitan dengan fizikal lelaki. Agak mengejut 7 dari 10 menyukai lelaki yang berisi dan buncit.

Kedengaran agak kelakar tetapi itulah realiti yang berlaku sejak akhbar menyiarkan bahawa lelaki buncit ini adalah lelaki penyayang. Kebenarnya tidak di ketahui. Acik tanya juga kenapa menyukai lelaki buncit ?

Alasannya mudah kerana mereka rasa mereka comel dan rasa "secure" dan mereka lebih romantik. Yelah nanti kalau ada orang ganggu boleh dia jadi tempat berlindung.Ada juga yang kata bahawa lelaki buncit ini penyayang. Lelaki buncit ini di katanya lelaki yang pemurah lagi-lagi soal makanan, mesti akan di belanja dan shopping sakan.

 Kata mereka lelaki yang handsome, bergaya ini susah di jaga dan pastinya menjadi rebutan ramai wanita di luar sana. Jadi lebih selamat jika bersama lelaki besederhana. Ini hanya pandangan segelintir sahaja tidak mengambarkan majoriti untuk masyarakat di luar.

Semuanya berbentuk subjektif dan terpulang kepada citarasa masing-masing.Jika benar baguslah kerana zaman sekarang ini tak ramai perempuan menyukai melainkan dompet yang tebal. Tapi apa pun kita lelaki perlu juga jaga kesihatan dan penampilan diri. Jangan kita kelihatan selekeh dan muda-muda dah dapat penyakit kencing manis dan darah tinggi, berbadan yang sehat itu lebih bagus.

Buncit itu seksi ?

Oh ya Allah, itu tak tahulah tang mananya seksi. Mungkin apabila pakai baju dan kadang kala baju terangkat nampak perutnya itu namanya seksi. Nasihat acik juga untuk di luar sana walhal ada mengatakan bahawa lelaki buncit itu seksi janganlah pula pakai baju ketat-ketat.Seksa kelihatan dan susah untuk bernafas. 
 
 Selepas membaca entri ini jangan pula kamu mengambil kesempatan. Ambil peluang untuk curang dan berkelakuan yang tidak baik. Setiap manusia ada pilihan mereka tersendiri. Pilihlsh yang terbaik untuk hidup kamu. Paling penting pilihlah agamanya inshaAllah bahagia.








Share This!


18 ulasan:

  1. Hehehe ena pun suka lelaki buncit. XD

    BalasPadam
  2. bila disuruh kurus, bakal suami kata 'lelaki buncit ni penyayang' haha..terus diam je x tau nk kata ape

    BalasPadam
  3. hihihi,, yang buncit sangatlah.. kang orang tanya, ni siapa yang mengandung pulak.. hihi

    BalasPadam
  4. buncit? seksi? jadi pilihan?? huhuhu... pokok pangkal hati nyer laaa... tak ada kena mengena dengan bentuk fizikal kuang3x...

    BalasPadam
  5. Tergelak pulak bila baca ni. Abeslah yg perut kempis. Hehe..

    BalasPadam
  6. abis lah abam2 sado nangis baca artikel ni..
    Konfem lepas ni tak pergi dah gym..
    Balik umah, makan banyak2, tido..
    bangun esok, tengok buncit perut..
    Pastu mengaku depan orang ramai "seksinya aku dengan perot ini"..
    hehe

    BalasPadam
  7. Wahh... nak kena buncitkan perutlah lepas ni huhu.. :D

    BalasPadam
  8. Omg! I like buncit. Haha. Tp tanak lah buncit huduh cam bangla tuh. Keh3. Seram. Muncit is comel. :D

    BalasPadam
  9. Hehe.. Bahaya nih... Nk suruh en.somi kurskn prut la..

    BalasPadam
  10. perempuan ni sebenarnya tak memilih rupa.yang penting orang tu sayang dia dan ikhlas.rupa paras tak menjamin apa-apa pun.

    BalasPadam
  11. Best ARTIKEL ni senang hati eden membacanya :)

    BalasPadam
  12. Buncit sangat susah nak buat amal,org buncit ni kuat yang tuuuuu

    BalasPadam
  13. Buncit sangat susah nak buat amal,org buncit ni kuat yang tuuuuu

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails