Pengikut

Isnin, 1 September 2014

Jangan Mempermainkan Perasaan Wanita



Gambar Hiasan

Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang di berikan kepada kita. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Selamat Hari Merdeka !!! dan selamat bercuti acik ucapkan kepada kamu semua.Telah beberapa hari acik tidak kemas kini blog dan kini acik kembali dengan kisah pengajaran yang di hantarkan melalui email acik. Moga kisah ini memberi pengajaran kepada wanita di luar sana terutama kepada remaja yang mencari cinta.

Emma : Assalamualaikum acik , maaf mengangu Emma tak tahu nak cakap dengan siapa lagi sebab tiap-tiap hari Emma baca blog acik untuk dapatkan semangat dan hari ini biarlah Emma bercakap langsung dengan acikuntuk berkongsi masalah.

Acik : walaikumusalam, emma tak mengangu pon ,terima kasih kerana sudi ke blog acik ,ada apa yang boleh acik bantu ?

Emma : sebenarnya bergini acik.Emma mahu kongsi masalah dengan acik agar memberi tauladan kepada wanita di luar sana. Emma anak ke 2 dari 5 orang adik beradik , tapi emma ini jenis kuat memberontak kerana selalu tak dapat apa yang emma mahukan,mak ayah orang sederhana. Emma bekerja untuk memenuhi keperluan emma sendiri dan kadang-kadang tak pergi kelas sebab rasa kerana terlalu penat.Malam bekerja ,siang pergi kelas dan emma ini jenis yang suka berdikari dalam segala hal yang emma buat. Tapi segalanya berubah bila emma jumpa dengan Akmal. Akmal datang dalam hidup emma dan memberikan harapan pada emma dan berikan kebahgiaan yang di ingini oleh semua wanita. Emma sangat teruja lagi-lagi Akmal seorang yang romantik dan selalu berikan kejutan. Dia seorang yang "good looking" dan boleh di katakan agak kaya dan di selalu berikan hadiah yang mahal-mahal. Dulunya Emma bertudung tapi ...

Acik: Tapi , kenapa Emma ?

Emma :ermm acik,sebelum Emma kenal dengan Akmal memang Emma jaga aurat tapi selepas kenal dia , dia minta emma lepaskan tudung tu dan di belikan emma baju-baju ketat sana sini dan seksi. Dia terlalu baik dan "sweet talk" dengan janji-janjinya. Dia kata ala tak apa masa keluar sahaja buka semua ini nanti depan mak tutuplah . Dia kata pada Emma,masa keluar saya nak lihat kecantikan awak, kecantikan itu mesti di tunjukkan bukan di simpan . Emma tak tahu kenapa emma ikutkan saja kemahuan akmal dan emma rasa bahagia kerana dia berikan kasih sayang yang emma dambakan selami ini. Dia memang terlalu baik dengan emma, dan tanggung pembelajaran emma ,pergi balik dia ambil . Tapi lama kelama akmal dah berani pegang emma dan emma rasa tak selesa dia kata ala... pekara biasa, lepas ini mesti emma biasa.

Dia janji dia akan jaga emma dengan baik . Dan lepas 1 bulan dia jarang jumpa emma dan sepi tanpa kata. Bila emma pergi rumah dia , rupanya dia dah ada anak dan isteri . Terkejut betul emma , isteri dia seorang yang baik dan di katakan wanita yang menutup aurat dengan sempurna dan baik. Memang tergamam emma di buatnya sanggup akmal buat pekara macam gini kepada isteri yang sebaik dia.

Emma cuba larikan diri untuk tak mahu menganggu kehidupan akmal dan kak siti  , dan akmal mencari emma dan secara tiba-tiba ajak kawin dan emma cuba menyangkal dan cakap pada akmal tentang kak siti. Akmal terdiam dan paling sakit hati dia kata dia kawin bukan kemahuan dia sebab di paksa keluarga. Emma pun mati-mati percaya dan akmal menyakinkan emma. Lepas dari itu kami menjalani kehidupan seperti biasa.Kami bahagia tapi ini mungkin teguran ALLAH kepada manusia yang ingkar perintahnya apabila akmal dapat tahu yang dia menghidap HIV dann emma dapat tahu bukan dengan emma sahaja tapi ramai perempuan lain jadi mangsanya.


Sumpah acik , emma takut sangat ,emma takut pada ALLAH kerana emma ingkar perintahnya. ALLAH masih selamat emma, nasib baik emma tak kena jangkitan tu , emma malu pada ALLAH ,kepada ibu emma sebab emma terlalu ikutkan perasaan sampai segalanya emma korbankan. Kepada semua tolonglah jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki. Lelaki yang baik adalah lelaki yang mengajak kamu kearah kebaikan bukan kesesatan. Sekarang emma sedar kesilapan emma dan emma cuba kembali ke pangkal jalan. terima kasih acik blog acik berikan emma kekuatan dan acik terus menulis nasihat-nasihat di page acik .

Acik : mungkin ini adalah sebahgiaan kehidupan yang kita tak tahu dan cuba ambil tahu, duhai lelaki kemana arahmu seadainya kau mengunakan alasan cinta untuk menakluki hati perempuan .Megahmu bukan pada ayat yang digunakan tapi sepatutnya kau menjadi lelaki yang membawa ke jalan yang lurus. Jangan pernah kau merayu mereka kerana ego dan nafsumu  dan jangan pernah kau menjadi perempuan sebagai tumbal kebahgian mereka.Kau bakal imam untuk mereka, jika gagal tugaskanmu maka gagalkan kau sebagai lelaki.Memang betul, kita sayang seseorang ,kita cinta seseorang itu lebih dari diri kita. Kita kalau boleh nak serahkan segalanya untuk si dia. Tapi tahu dalam hidup kita kena letakkan keraguan dan tak percaya pada orang dekat dengan kita.Dari 100 % letak 20 rasa tak percaya.

Acik kata macam seperti ini untuk peringtan acik juga, ambillah cerita ini sebagai pengajaran dan semoga kita tidak terjebak dari pekara yang sama. Sampai di sini dulu,salam.

Share This!


19 ulasan:

Hamidah Mahmud berkata...

Assalamualaikum..
Mudah2an kisah emma jadi pengajaran pada semua perempuan di luar sana..jangan mudah terpedaya dgn janji manis seorg lelaki..dan lelaki juga lebih2 lagi yg telah berkeluarga..jangan sesekali mempermaikan hati perempuan..ingatlah satu hari kelak Allah bayar cash semua perbuatan kamu..kamu ada adik perempuan dna juga anak2 perempuan..hariini kamu buat org esuk lusa org pulak lakukan yg sama pada adik atau anak kamu..apa kamu rasa..

farhana mohamad berkata...

semoga sentiasa dalam lindungan Allah, saya mahupun wanita2 yang lain. adakalanya kita terleka dengan nikmat dunia, ditambah dengan kekurangan ilmu agama, perkara2 macam ni akan mudah terjadi. emma, kuatkan semangat awak. terima kasih berkongsi pengalaman, moga perkongsian ni mampu membuka mata kami2 yang lain. insyaAllah, jodoh yang baik menanti awak. jom kita sama2 baiki diri. jangan terlampau mempercayai lelaki. semoga sentiasa dalam rahmat Allah. acik, sampaikan salam buat emma.

Ismi Ana berkata...

Akhirnya dgn penyakit tanpa ubat Allah bg sebagai tanda teguran dari-Nya. Bagus perkongsian ni acik. Sebab masih ramai yg dah tahu tentang ni tapi selalu lupa dan alpa dgn dunia yang sementara ni. Ana paling takut dgn lelaki yang "terlalu baik" macamni. Terima kasih atas ingatan ni acik. Beringat sebelum menyesal. Dah menyesal, air mata darah pun takkan mampu menghilangkan rasa kesal ni. Kan.

ctfand berkata...

Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.. Moga Emma dan kita semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu. Dalami hikmah di setiap kejadian.. Wallahu'alam...

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata...

Setiap salah silap dalam kehidupan kita ni jangan di tangisi, jadikan ia tauladan dalam kehidupan.. Jika sang perempuan temui lelaki yang mengajak kita ke arah yang salah, perkuatkanlah diri.. kadang2 Allah bagi kita jumpa lelaki sedemikian sebagai ujian untuk kita...

memmet lenggeng berkata...

Allah hu...banyak betul cabarannya zaman moden ini. Terutamanya untuk anak-anak..Doakanlah ye, anak-anak kita dijauhkan dengan perkara-perkara mungkar ni. Bila baca, rasa nak marah ada, rasa kesian ada..rasa insaf ada, kena jaga ank baik-baik

Anizz Annisa berkata...

banyak pengajaran dari kisah nie acik.. sekeliling anis nie pon ade juge kawan2 yg cerita kisah cinta mereka lebih kurg macam nie.. sebenarnye untuk pengajaran pada yg lain.. allah... jauhkanlah kami dari perkara yang tidak baik..aminn..

Sylarius Yusof berkata...

Nak test market punya pasal, ramai lelaki yang sanggup mempermainkan hati dan perasaan wanita. Tak patut betul.

Khai♥Rin : anies berkata...

hrp2 emma tabah dan anggap yg berlaku ni dpt membuka mata emma. mmg perit dibuat sebegitu tetapi lg perit bla mendapat balasan drpd-Nya kelak...

Khir Khalid berkata...

Jngn mempermainkan hati wanita semata2 kerana nafsu & kepentingan sendiri. Kelak klu dia ada anak perempuan & org lain buat mcm tu juga baru dia tau... Buat baik dibalas baik, buat jahat.. pasti buruklah pembalasannya nanti...

acik idah berkata...

Lelaki itu bukan saja mempermainkan perasaan seorang wanita... akan tetapi dia telah merosakkan hati dan kepercayaan ramai wanita... termasuk isterinya sendiri...

Bin Muhammad berkata...

Jangan permainkan hati dan perasaan tidak kira lelaki atau wanita. Sakit dihati tidak nampak tapi lebih menyakitkan dari kesakitan zahir malah mampu merubah sikap dan pertimbangan seseorang.

Pondok Papan berkata...

Sangat memberi pengjaran kisah ni..semoga saya tidak tergolong dalam kalangan lelaki yang suka mempermainkan perasaan wanita..

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Nice sharing

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Semoga kita bhati2

paridah berkata...

emma dpt pengajaran drpd pengalamannya n kita jadikan iktibar akan kisahnya....

husna zahidi berkata...

syukur emma masih sempat menyedari kesilapannya..:)

Kathy R'bain berkata...

sakitnya hati yang tersakiti ini... janganlah bersikap seperti ini..

Maria Firdz berkata...

Syukur Allah masih sygkan dia dan kmbalikan dia ... Pengajaran utk semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails