Assalamualaikum
Hatiku sayu mengenangkan dia keserongan di hari Lahirnya. Dia jauh di mataku tetapi selalu di ingatanku. Setiap perilakuku, setiap tindak tandukku , pastinya aku akan ingatkan dia kerana aku membawa nama baiknya. Hari ini hari yang bersejarah dalamnya kerana hari ini adalah Hari Lahirnya. Selamat Hari Lahir Mak, semoga panjang umur dan murah rezeki dan acik di sini mendoakan mak dari jauh.
Bererti telah 56 tahun dirinya hidup, berbakti kepada tanah yang di pijak, berbakti untuk anak-anaknya dan berbakti kepada Maha pencipta. Segala susah dan payahnya yang telah di hadapinya mengajarkan aku erti ketabahan, erti keikhlasan ,erti kasih sayang dan erti sebuah kehidupan.
Kehidupan aku dan dia mungkin tidaklah semewah mereka .Tetapi madailah dapat makan. Teringat zaman kecil dahulu, nak makan kemain payah,kena tunggu mak balik. Kadang kala sajian utama, ikan bilis , di goreng bersama bawang dan kentang. Itu pun dah cukup sedap. Makan ikan masin dengan kicap. Ya Allah aku rundukkan wajahku, aku angkat ke sepuluh jarikuku ini. Aku bermohon kepadamu Allah.
Ya Allah kau berilah kebahgian kepada dia yang telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang . Ya Allah kau kuatkan hatinya untuk tabah dalam segala ujianMu. Ya Allah panjangkan umurnya dan makbulkanlah doanya dan hajatnya yang belum tercapai. Ya berikanlah dia kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini. Ya Allah berikanlah dia kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat.
Dirinya semakin lanjut usianya, ya Allah berilah kesempatan untuk aku menabur bakti kepada ibu, biar aku balas jasanya dahulu ya Allah.
Ya Allah dia telah harungi begitu banyak onak dan duri.Berilah kebahgiaan kepadanya. Jagalah dia untukku wahai Tuhanku. Dia insan teristimewa untukku.
17 ulasan:
selamat hari lahir aku penghibur's mom . semoga sentiasa dicucuri rahmat dari Allah . amin
Semoga diberi kebahagiaan buat ibu dan anda ;))
Http://www.wardazri.com
Selamat hari lahir..puan..
Happy Bezday untuk Ibu Acik. Moga usianya diberkati Allah..
Selamat ulangtahun kelahiran buat bonda acik, , moga Allah sentiasa memberi rahmatNYA di dunia dan di akhirat kelak..amin..
happy birthday ibu yg sgt di sayangi acik moga sht, brbhgia, pnjg umur, murah rezeki...
Selamat hari lahir mak
Happy Birthday makcik!
Ameen.. semoga dimakbulkan Allah SWT..
happy birthday mak cik!! :)
amin..selamat hari lahir buat mak acik yer?
Selamat hari lahir khas utk mak acik. Semoga sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik2. :) murah rezeki selalu. Aminnn..
selamat hari lahir buat mak acik.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t :)
Selamat hari lahir makcik semoga sihat sentiasa ye. umur makcik sebaya umur mak Jm :-)
Selamat ulangtahun ye makcik. Semoga terus sihat dan diberi kekuatan kesenangan dan kemudahan selalu.
Selamat Hari Lahir buat ibu Acik. Semoga sentiasa sihat dan sentiasa diberkati kehidupan sekeluarga... aamiin.
Selamat hari lahir utk ibu acik...
Selamat hari jadi Auntie..semoga diberikan umur yang berkat dan bahagia dunia akhirat :)
Catat Ulasan