Pengikut

Jumaat, 29 Ogos 2014

Kesukaran Mengajar Tentang Erti Hidup

gambar hiasan

Assalamualaikum


 Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, marilah ucapkan syukur atas nikmat yang di berikan pada kita. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Dalam hidup kita tak akan lari dari pelbagai ujian dan dugaan dari Allah. Setiap manusia di uji dengan berbeza-beza ujian mengikut ketentuannya. 

Kita di uji dan terus di uji untuk melihat sejauh mana kita . Tetapi ramai yang mengeluh apabila di uji sedangkan di sebalik ujian itu ada sinar yang kita tidak di ketahui. Zaman moden, pemikiran yang moden dan  pemakaian juga haruslah moden itulah salah satu ujian yang perlu di tempuhi anak muda kita. Ada yang mampu hadapinya dan ada yang hanjut di bawa permainan dunia.

Bila lihat remaja zaman sekarang mereka sangat untung. Muda-muda dah dapat apa yang mereka mahukan, iphone , ipad dan sebagainya.Tapi sayangnya ada segelintir mereka tidak menghargai apa yang mereka ada.Baju buruk sedikit di buang, handphone silih bertukar ganti, kasut koyak sedikit beli baru dan macam-macam lagi. Bila teringat zaman dulu-dulu buatkan air mata ini mampu mengalir tanpa di pinta, acik bukanlah dari keluarga yang senang. Dulu kalau dapat berlanja sekolah hanya RM 1.Itulah untuk belanja sekolah pagi dan petang. Kasut dah lodoh dan macam mulut buaya di depannya itu baru dapat tukar.

Masih segar di ingatan acik dan abang berkongsi tali leher yang sama. Abang sekolah di belah pagi dan acik di belah petang jadi tunggu di pagar untuk mengambilnya. Kami hidup dalam serba serbi keterbatasan sumber. Tetapi dari situlah kami belajar erti hidup untuk keluar dari kepompong kesusahan. Tetapi kami tidak pernah menjadikan kemiskinan itu sebagai alasan untuk kami berjuang dalam hidup kami. Abang malam bekerja tolong rakannya berniaga di kedai burger untuk mencari duit lebih.Kalau makan kami berkongsi walaupun sedikit asalkan semua dapat merasa.

Kamu tidak akan menghargai sesuatu itu selaginya ianya adalah hasil kerja keras kamu. Yelah nak apa sahaja"just order "pasti dapat.Kemudahan semua sudah tersedia dan boleh nak kata anak muda sekarang ini berpeluh sedikit pun dah merungut.Bersyukurlah adik-adik apa yang kamu dapatkan, masih ramai di luar sana masih sangat memerlukan.Kemajuan yang ada sekarang ini membuatkan remaja kita berlumba-lumba untuk menjadi siapa yang paling "up to date person " dan ingin di war-warkan kepada semua orang.
 Nak bergaya tak salah tapi biarlah berpada, Nak mengikuti perkembangan teknologi tak salah tapi biarlah membeli yang perlu sahaja. Nak beli barang berjernama tak salah tapi tak perlu nak menunjuk-nunjuk.

Gunalah konsep wasatiyah iaitu besederhana dalam semua aspek. Kta di dunia ini bukan hanya untuk mencari kemewahan di dunia sahaja tetapi kemewahan akhirat juga amat di perlukan.
 Kesusahan yang kami hadapi itu mengajar kami erti hidup dan pengalaman yang kami ada ianya amat berguna untuk kami. Acik kongsikan apa yang acik jalani bukanlah menagih simpati tetapi untuk kamu sedar bahawa kamu bernasib baik dengan apa yang kamu miliki sekarang ini. Jangan kufur nikmat yang Allah berikan pada kita. Kemiskinan itu ujian dari Allah, kekayaan juga ujian Allah untuk kita.

Firman Allah s.w.t., maksudnya : "Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)." (Surah al-Baqarah 2:152)

Al-Allamah Ibn Kathir rhm. dalam tafsirnya menyatakan : "Allah s.w.t. memerintahkan hamba-hamba-Nya agar bersyukur atas kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhitung dan Allah s.w.t. menjanjikan tambahan kebaikan bagi mereka yang mengikat nikmat itu dengan kesyukuran."

Share This!


15 ulasan:

  1. betul tu. kebanyakan org yg berjaya sekarang ni asal-usulnya daripada keluarga yg susah :)

    BalasPadam
  2. Acik..akak pun (akak ke..ekekekke) bukan orang senang..masa student kat U ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..sudah rasa susahnya hidup, nak renew roadtax rm30 (masa tu) pun tak ada duit (moto pinjam), sampai kena tahan polis dan menangis-nangis. Ayah dah takde, mak tak kerja..Harap belas ihsan kakak, memang dia baik dan tolong, tapi sampai satu masa dia akan tanya jugak, kau ni asyik minta duit. Akhirnya kena kerja sendiri dan tak mintak-mintak dah. Tapi hidup masa tu suffer, kalu diinagt-ingat balik. Sampai penuh emosi akak buat entry "menjalani kehidupan yang sukar" Walhal, I'm not that type yg sentimental sangat

    BalasPadam
  3. orang susah dah tahu susah, dah pasti taknak susah lagi. berbeza dengan orang senang, tahu kah dia apa itu susah?

    BalasPadam
  4. bagus n3 n...mrk yg ada pengalaman idup susah...semangat juang mncapai kejayaan lbh tegar.

    BalasPadam
  5. Klu tidak merasa kesusahan, manakan dapat mengenal kesenangan & menghargainya.. Semoga Acik terus sukses ye... aamiin.

    BalasPadam
  6. Exactly Acik..Kesusahan hidup tu sebenarnya dugaan Allah untuk kita, supaya bila senang kita sentiasa beringat. tapi ada juga yang kadang kala lupa diri, bila Allah beri sedikit kesenangan...Hmm..moga-moga kita bukan salah seorang daripadanya..

    BalasPadam
  7. dari susah lah mengajar kita bagaimana nak sabar dan sentiasa berdoa. kesusahan dan kepayahan menjadi guru yang baik untuk melangkah ke arah yang lebih baik..

    BalasPadam
  8. Agree! :) Budak2 sekarang sangat2 beruntung, just order dah dapat.. hurmm..

    BalasPadam
  9. kita akan lebih kuat selepas menjalani kehidupan yang sukar

    BalasPadam
  10. Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang. Hidup susah, kalau kita bersabar, insyaAllah akan ada hikmahnya dikemudian hari nanti.

    BalasPadam
  11. Ha ah..bukan orang lain..anak saya sendiri pun kecik2 dah pandai merungut..

    BalasPadam
  12. Allah memang dah tetapkan rezeki kita masing2.. cuma masa yg menentukan.. sabar melayari kehidupan seharian..:)

    BalasPadam
  13. Kehidupan yg sukar kita lebih menghargai apa yg ada..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails