Gambar Hiasan

Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang di berikan kepada kita. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Selamat Hari Merdeka !!! dan selamat bercuti acik ucapkan kepada kamu semua.Telah beberapa hari acik tidak kemas kini blog dan kini acik kembali dengan kisah pengajaran yang di hantarkan melalui email acik. Moga kisah ini memberi pengajaran kepada wanita di luar sana terutama kepada remaja yang mencari cinta.

Emma : Assalamualaikum acik , maaf mengangu Emma tak tahu nak cakap dengan siapa lagi sebab tiap-tiap hari Emma baca blog acik untuk dapatkan semangat dan hari ini biarlah Emma bercakap langsung dengan acikuntuk berkongsi masalah.

Acik : walaikumusalam, emma tak mengangu pon ,terima kasih kerana sudi ke blog acik ,ada apa yang boleh acik bantu ?

Emma : sebenarnya bergini acik.Emma mahu kongsi masalah dengan acik agar memberi tauladan kepada wanita di luar sana. Emma anak ke 2 dari 5 orang adik beradik , tapi emma ini jenis kuat memberontak kerana selalu tak dapat apa yang emma mahukan,mak ayah orang sederhana. Emma bekerja untuk memenuhi keperluan emma sendiri dan kadang-kadang tak pergi kelas sebab rasa kerana terlalu penat.Malam bekerja ,siang pergi kelas dan emma ini jenis yang suka berdikari dalam segala hal yang emma buat. Tapi segalanya berubah bila emma jumpa dengan Akmal. Akmal datang dalam hidup emma dan memberikan harapan pada emma dan berikan kebahgiaan yang di ingini oleh semua wanita. Emma sangat teruja lagi-lagi Akmal seorang yang romantik dan selalu berikan kejutan. Dia seorang yang "good looking" dan boleh di katakan agak kaya dan di selalu berikan hadiah yang mahal-mahal. Dulunya Emma bertudung tapi ...

Acik: Tapi , kenapa Emma ?

Emma :ermm acik,sebelum Emma kenal dengan Akmal memang Emma jaga aurat tapi selepas kenal dia , dia minta emma lepaskan tudung tu dan di belikan emma baju-baju ketat sana sini dan seksi. Dia terlalu baik dan "sweet talk" dengan janji-janjinya. Dia kata ala tak apa masa keluar sahaja buka semua ini nanti depan mak tutuplah . Dia kata pada Emma,masa keluar saya nak lihat kecantikan awak, kecantikan itu mesti di tunjukkan bukan di simpan . Emma tak tahu kenapa emma ikutkan saja kemahuan akmal dan emma rasa bahagia kerana dia berikan kasih sayang yang emma dambakan selami ini. Dia memang terlalu baik dengan emma, dan tanggung pembelajaran emma ,pergi balik dia ambil . Tapi lama kelama akmal dah berani pegang emma dan emma rasa tak selesa dia kata ala... pekara biasa, lepas ini mesti emma biasa.

Dia janji dia akan jaga emma dengan baik . Dan lepas 1 bulan dia jarang jumpa emma dan sepi tanpa kata. Bila emma pergi rumah dia , rupanya dia dah ada anak dan isteri . Terkejut betul emma , isteri dia seorang yang baik dan di katakan wanita yang menutup aurat dengan sempurna dan baik. Memang tergamam emma di buatnya sanggup akmal buat pekara macam gini kepada isteri yang sebaik dia.

Emma cuba larikan diri untuk tak mahu menganggu kehidupan akmal dan kak siti  , dan akmal mencari emma dan secara tiba-tiba ajak kawin dan emma cuba menyangkal dan cakap pada akmal tentang kak siti. Akmal terdiam dan paling sakit hati dia kata dia kawin bukan kemahuan dia sebab di paksa keluarga. Emma pun mati-mati percaya dan akmal menyakinkan emma. Lepas dari itu kami menjalani kehidupan seperti biasa.Kami bahagia tapi ini mungkin teguran ALLAH kepada manusia yang ingkar perintahnya apabila akmal dapat tahu yang dia menghidap HIV dann emma dapat tahu bukan dengan emma sahaja tapi ramai perempuan lain jadi mangsanya.


Sumpah acik , emma takut sangat ,emma takut pada ALLAH kerana emma ingkar perintahnya. ALLAH masih selamat emma, nasib baik emma tak kena jangkitan tu , emma malu pada ALLAH ,kepada ibu emma sebab emma terlalu ikutkan perasaan sampai segalanya emma korbankan. Kepada semua tolonglah jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki. Lelaki yang baik adalah lelaki yang mengajak kamu kearah kebaikan bukan kesesatan. Sekarang emma sedar kesilapan emma dan emma cuba kembali ke pangkal jalan. terima kasih acik blog acik berikan emma kekuatan dan acik terus menulis nasihat-nasihat di page acik .

Acik : mungkin ini adalah sebahgiaan kehidupan yang kita tak tahu dan cuba ambil tahu, duhai lelaki kemana arahmu seadainya kau mengunakan alasan cinta untuk menakluki hati perempuan .Megahmu bukan pada ayat yang digunakan tapi sepatutnya kau menjadi lelaki yang membawa ke jalan yang lurus. Jangan pernah kau merayu mereka kerana ego dan nafsumu  dan jangan pernah kau menjadi perempuan sebagai tumbal kebahgian mereka.Kau bakal imam untuk mereka, jika gagal tugaskanmu maka gagalkan kau sebagai lelaki.Memang betul, kita sayang seseorang ,kita cinta seseorang itu lebih dari diri kita. Kita kalau boleh nak serahkan segalanya untuk si dia. Tapi tahu dalam hidup kita kena letakkan keraguan dan tak percaya pada orang dekat dengan kita.Dari 100 % letak 20 rasa tak percaya.

Acik kata macam seperti ini untuk peringtan acik juga, ambillah cerita ini sebagai pengajaran dan semoga kita tidak terjebak dari pekara yang sama. Sampai di sini dulu,salam.