Pengikut

Jumaat, 31 Oktober 2014

Patah Tumbuh Hilang Tak Berganti

gambar hiasan

Asslamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucaplah syukur atas nikmat yang di beri. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sebelum ini setiap kali kalau orang lain kehilangan orang yang di sayangi ayat yang biasa kita gunakan :

Sabarlah ini dugaan Allah
Ini takdir Allah kita kena terima
Kau kena kuat dengan ujian ini

Itulah lumrahnya , tetapi bila dah kehilangan orang yang kita di sayang barulah ayat-ayat itu perlu di hadam dan terima dengan hati yang terbuka.

Jika kehilangan kekasih kita boleh cari pengganti, jika di tinggalkannya kekasih mungkin kita akan bersedih dan kita akan boleh cari yang lain tapi bila seseorang yang sangat penting dalam hidup kita patah tumbuh hilang tak berganti.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(Surah al-Ankabut, ayat 2)

Kehilangan itu adalah antara ujian Allah untuk hambanya. Bila sudah tiba waktu kematian seseorang itu, maka kita tak akan dapat lari daripada ajal.MATI itu pasti! Kenyataan yang sememangnya tidak dapat dielakkan lagi sejak ALLAH meniupkan roh ketika manusia itu bergelar janin seawal usia tiga bulan kerana tidak ada yang mustahil bagi-Nya. Mati tidak kenal umur, pangkat dan darjat kerana ianya satu yang pasti telah dicatatkan.

Kehilangan orang kita sayang adalah pekara yang sangat memeritkan dalam hidup kita.Semua orang akan alami kehilangan itu. Tapi selagi kita sendiri yang alami kehilangan itu sendiri, kita tak akan faham dan tahu erti sebuah kehilangan yang sebenar.

Kehilangan abah memang amat terasa sangat, paling terasa adalah mak. Setiap yang di lakukan mesti akan teringat abah. Makan itu ini teringat abah, abah suka makan ini.

Kehilangan itu mengajar untuk bertahan hidup, bersabar dan menerima dengan hati yang ikhlas. Kata-kata yang di tuturkan itu perlu di terima dengan hati yang terbuka.

Kehilangannya barulah ramai yang sedar, kehilangannya barulah ramai yang menghargai jasanya. Bila dah tiada barulah semua orang nak hargai.


Hanya yang memahami akan mengerti dan hanya yang mengalami akan memahami.

Dari kejauhan aku dapat lihat pusara arwah abah. Hati makin diragut pilu. Semoga abah aman di sana, anakmu ini tidak akan putus mendoakanmu.

Abah,
Ketika dirimu terbaring tak bermaya, 
air mata ini tanpa izinnya keluar melaju, 
tarikan nafasmu membuatku diam terkaku.
Saat daya abah di tarik  satu persatu.
Aku cuba mengerti, 
aku cuba tenang diri, 
Abah pergi meninggalkan kami.

Saat tubuhmu kaku tak bermaya, 
hanya air mata sebagai peneman,
Kucupan ke dahimu itu untuk yang terakhir kali, 
Bacaan ayat suci di iringi menemani mu.

Abah 
Pada mata yang memandang
Segalanya mungkin tampak biasa
Tapi jauh dilubuk jiwa
Rindu pada abah tiada tara
Gelodak naluri si anak yang membesar tanpa bapa
Tiada daya untuk berkata
Kerna takdir Tuhan mengatasi segala

Share This!


15 ulasan:

  1. akak tak pernah melalui kesedihan seperti acik
    tapi entry ni benar-benar buat air mata akak laju mengalir
    be strong, hanya tu yang mampu akak katakan

    BalasPadam
  2. so true acik..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.hanya orang yang mengalami saja faham.kitorang hanya mampu bagi support supaya acik n family tabah dalam meneruskan kehidupan.

    BalasPadam
  3. mizi ada buat entry khas untuk acik. kalau acik sudi baca.

    BalasPadam
  4. baca ni teringatkan arwah mak yang pergi 2 tahun lepas, tapi still rasa arwah masih bersama saya

    BalasPadam
  5. Moga roh arwah abah tenang disana..Sedekahkan Al fatihah untuk mereka-mereka yang telah pergi acik...

    BalasPadam
  6. buat saya benar-benar merindui bapa di kampung..
    sabar acik.. hanya itu saja ungkapan yg boleh saya katakan.. :'(

    BalasPadam
  7. Sabar Achik yer...
    moga arwah abah achik tenang disana...aminn

    BalasPadam
  8. bertabahlah.....jadi anak yang soleh kepada arwah abah..itu pesan seorang sahabat blogger.

    BalasPadam
  9. semoga acik sekeluarga tabah menghadapi... kita sama2 doakan yang terbaik buat allahyarham..

    BalasPadam
  10. kehilangan yg dirasakan sampai bila2 tak akan ada penggantinya...moga acik n famili bersabar n tabah hadapi takdir-Nya.

    BalasPadam
  11. aku juga pernah merasa kehilangan orang yang tersayang..anak aku

    BalasPadam
  12. kak anim ni masih ada mak dan abah. mak dan pak mertua pun ada lagi..
    bila tak dapat jengok mereka kerana berjauhan, lagi terasa. sementara mereka masih ada...

    BalasPadam
  13. Takziah acik. Tabah yea. Terus tabah..

    BalasPadam
  14. Takziah buat Acik sekeluarga.. Maaf baru tahu sbb sibuk offline sikit dlm beberapa hari ni. Semoga Acik terus tabah ye... aamiin.

    BalasPadam
  15. menitis air mata mmbcanya, semoga tabah ya..sha pernah laluinya..ianya bgitu sukar..al fatihah

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails