Ticker

6/recent/ticker-posts

Pemergiaannya Telah Ku Ikhlaskan | Al Fatihah

Assalamualaikum

sewaktu hari lahirnya
Bila bangun dari tidur terasa keadaan berputar seiring dengan waktu. Waktu bergerak pantas dan pemergiaan orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita.

Mati itu pasti, setiap yang bernyawa akan akan tinggalkan dunia yang fana ini dunia yang sementara. Pemergian abah sangat terasa di hati , nasib baik kuatkan semangat untuk balik kampung dan dapat bersama dengannya saat akhir.

Abah di sah kena stok major sehingga ke kepala ketika dia dalam keadaan koma. Alhamdulilah wajahnya dalam keadaan tenang seperti orang sedang tidur.

saat akhir bersama abah
Beberapa hari sebelum itu abah tiada kelakuan pelik tetapi berkali arwah abah pernah kata seolah ada orang beserban putih dekat kepadanya sewaktu dia mahu tidur.  Arwah berkata begitu pada mak seperti itu, mak menyangkal mungkin perasaan saja.

Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (QS. Al A’raf: 34)

Allah itu maha mengetahui segala di langit dan di bumi. Perancangan Allah itu Maha Hebat. Jika di turutkan hati memang sedih tetapi ku ikhlaskan pemergiaannya. Dia abah yang terbaik yang pernah ada, masih teriang-iang lagi nasihat yang di berikan pada acik. 

Alhamdulilah dapat mandikan arwah abah, kafankan, sembahyangkan dan kuburkan.

Semoga roh abah di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan di kalangan orang bertakwa.

Syukur alhamdulilah kami 14 orang adik beradik dapat berkumpul saat terakhir bersama abah. Abah akan selalu ku rindu dan selalu ingatan. Al-fatihah



Catat Ulasan

32 Ulasan

Annamariana1989 berkata…
Al fatihah..
Salam takziah.. Moga terus bersabar..
Azwar Syuhada berkata…
Al-Fatihah, Salam takziah Acik.
Yana Yani berkata…
innalillahiwainnalillahirojiun
acik, akak tumpang sedih,
salam takziah dari akak sekeluarga
Asha Lya berkata…
Al-fatihah buat arwah..moga d tmptkn d kalangan org yg briman
SalbiahM berkata…
al-fatihah.takziah untuk acik dan keluarga..alhamdulillah dapat mengadap arwah di saat akhir.semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh
cikpinz berkata…
Al-Fatihah..moga ditempatkan bersama insan-insan yang beriman..Amiin..
Suria Amanda berkata…
Alfatihah...salam takziah dari akak...moga acik redha dan tabah...moga arwah tenang di sana....amin..
Salim Harmanain berkata…
Takziah. Moga acik dan family terus kuat dan tabah. Al-fatihah ...
Hanim berkata…
Al fatihah ... salam takziah buat acik dan family. Semoga tabah ... itu sahaja ungkapan akak ketika ini. Sungguh ... acik kuat menghadapinya. Akak pula tak pasti .....
Anizz Annisa berkata…
salam takziah acik.. kuatkan semangat.. al fatihah..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

al-Fatihah .. semoga achik kuat menghadapinya ujian ini k...

mselim3

pls: sabar yer achik...
Tanpa Nama berkata…
Takziah buat keluarga Acik. Kak kathy pun masih merindui arwah ayah kak kathy hingga kini wlu hmpir 8 bulan berlalu. Tabahkan hati ye Acik. Al fatihah.
Unknown berkata…
Takziah.Al-Fatihah.
Unknown berkata…
Acikk..menangis akk baca.. Takziah Acikk. Acikk seorang yg tabah
farra fajima berkata…
Innalillahiwainnailahiroji'un.
Samalah nasib kita, kehilangan abah yang sangat-sangat disayangi.
Arwah abah saya meninggal dunia sebab minor stroke. Which is kes yg sgt jarang terjadi sampai doktor nak buat bedah siasat.
Somehow, kita orang Islam percaya pada qada dan qadar, so kami tak bersetuju dijalankan bedah siasat pada arwah.
Dah hampir 4 bulan arwah pergi, tetapi pengorbanan dan kasih sayangnya takkan pudar dari hati saya sekeluarga.

Semoga syurga milik abah kita berdua. Amin
Tanpa Nama berkata…
al fatihah salam.takziah achik sekeluarga semoga ahli keluarga acik.tabah dan arwah ditempatkan dikalangan org beriman..
mila berkata…
takziah acik.....abah acik dh lahirkan anak yg baik spt acik.insyaAllah semoga dia ditempatkan di kalangan org2 beriman.
reyna berkata…
takziah,,,al fatihah
randomlyally berkata…
"Setiap jiwa akan merasai mati.." Sabar acik.. Doakan ayahanda selalu. InsyaAllah doa anak yang soleh akan terus sampai kepadanya.. Salam takziah dari akak..
Syazwani Zunidan berkata…
Al- Fatihah . Salam takziah kepada keluarga acik . Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-ii yang beriman dan solehh . Kita pun akan pergi juga , cuma masanya saja kita tak tahu .
Nadia Johari berkata…
Al-fatihah..semoga acik dan keluarga kuat..salam takziah dari nad kepada acik sekeluarga..selalu doakan arwah ye acik
akmal rusydi berkata…
Tahziah..semoga acik sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Saaya fahan perasaan kehilangan orang yang tersayang ni camne..
YunFila berkata…
Takziah kepada keluarga Allahyarham En. Sabtu. Ajal itu satu permulaan yang baru.
Gee Lion berkata…
setiap yg bernyawa akan kembali padanya.. cuma masanya saja kita tidak tahu..
salam takziah acik, semoga acik sekeluarga tabah menghadapi ujian ini..
dan semoga arwah bapa acik ditempatkan dlm kalangan orang2 yang beriman.. aaminn..
Zahratunnur berkata…
Acik..innalillahi wainna ilaihi raji'un...takziah ye acik..moga Allah cucuri rahmat ke atas roh allahyarham ayah acik..ingat acik, selepas kematian anak-anak Adam itu, terputusnya semua perkara di dunia ini kecuali 3 perkara..salah satunya ialah doa daripada anak-anak yang soleh dan solehah..acik jangan putus berdoa untuk arwah ayah ye..
Unknown berkata…
Al fatihah.. Semoga roh abahacikbersamamereka yang beriman. Mati itu pasti..antara kita atau mereka yang tersayang dahulu yang pergi... Apapun yang terjadi..yang hidup perlu teruskan oetjalanan..dengan tabah hati.doaanak yang soleh...itu pembantu mereka disana.
Unknown berkata…
Al fatihah . semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya ... aaamin .
Khir Khalid berkata…
Takziah.. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah... aamiin.
Ismi Ana berkata…
Alfatihah. Salam takziah acik.
Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jua lah kami kembali.