Pengikut

Isnin, 6 Oktober 2014

Rahsia Lelaki Apabila Perempuan Yang Di Sayangi Menangis

gambaran. Hiasan 

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tidak terhingga untuk kita.Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Selamat menyambut hari raya aidiladha semua, seronok betul berada di kampung. Sebenarnya setiap hari dapat banyak email dan pm di facebook tentang banyak hal. Jadi hari ini acik ingin berkongsi sedikit isi hati lelaki.

Selain tertawa, menangis merupakan cara
yang paling banyak digunakan kaum perempuan untuk mengungkapkan perasaannya.Berbagai kajian yang menunjukkan bahawa perempuan menangis 4 kali lebih banyak dibanding lelaki.Lelaki, mengaku juga akan cair saat pertama kali melihat ,perempuan menangis. Kemudian akan bingung saat menghadapi wanita yang sering menangis. Dan mulai tension jika semua masalah diakhiri dengan tangisan.Jadi, jangan hairan jika dia seringkali tak peduli saat kamu menangis.

Mesti nak tahu apa yang lelaki rasa dan fikirkan apabila melihat perempuan menangis ?

Jadi acik bertanyakan kepada lelaki di luar sana dan acik rumuskan sedikit untuk kamu semua.

Kata lelaki: “Semenjak kecil, ibubapa kami selalu kata. ‘anak lelaki tidak boleh menangis’. Kami telah diajarkan bahawa menangis akan menjadikan kami mahluk
yang lemah. Itulah alasan mengapa kami tidak senang bermain perasaan.Sebenarnya kami juga boleh menangis. Bezanya, ungkapan perasaan itu kami lakukan di waktu dan tempat tertentu saja. Terkadang kami merasa iri pada perempuan yang boleh menangis saat menceritakan segala permasalahannya.Tak seperti kami yang mesti mengubur perasaan sedih dalam-dalam.” Jangan tunjukkan kelemahan ,sampai bilapun pun, lelaki selalu dituntut menjadi seorang yang tegar dan kuat. Kebanyakan orang memang lebih menerima saat melihat perempuan menangis dibandingkan pada saat melihat lelaki menangis.

“Kami bingung” ...

Kata lelaki: “Terus terang, kami sering dibuat bingung dengan kebiasaan perempuan yang mudah menangis.Kerana setelah kami amati, mereka tak hanya menangis saat menhadapi masalah besar, tapi juga menangis oleh hal-hal yang kami anggap remeh temeh, seperti menonton film drama percintaan.Lebih bingung lagi, jika mereka menangis kerana alasan yang tak jelas dan hanya menjawab ‘saya okey, cuma ingin menangis saja’.Kami tak dapat membaca pikiran perempuan.Kelemahan inilah yang akhirnya membuat kami bingung untuk menentukan tindakan apa yang dapat kami lakukan untuk membantu dan menenangkan mereka.”


Jadi, jangan salah mengerti bila si dia tak mampu berkata-kata saat melihat kamu menangis. Bukan kerana tak peduli, hanya saja lelaki terkadang tak mengerti apayang telah membuat kamu menangis. Bagaimana nak bertindak, mengerti pun tidak.Ingat, mereka berbeza dengan kita. Jangan harap lelaki selalu mengerti dengan bahasa isyarat yang wanita sampaikan. Straight to the point memang telah menjadi
adab mereka sejak dulu.

“Kami sangat peduli” ....

Kata lelaki: “Walau lebih banyak memakai logik, namun kami masih menggunakan 20 persen perasaan dalam menghadapi masalah.Kami juga dapat merasa sedih saat teman perempuan, terlebih pasangan (isteri) kami, sampai menangis kerana suatu masalah yang jelas.Apalagi, jika mereka menangis kerana tindakan kami yang telah menyakiti hati mereka. Kami pasti akan sangat merasa bersalah jika tak mampu membantu dan menenangkan mereka kembali. Kami juga mampu menjadi makhluk yang sangat peduli jika
memang diinginkan.

Pesan untuk para perempuan, menangislah jika memang diperlukan dan jangan berlebihan.”Apapun, kemampuan untuk menjelaskan duduk permasalahan yang menjadikan Anda sampai menangis ternyata membuat lelaki tak akan ragu-ragu untuk membantu Anda keluar dari masalah. Apalagi jika merekalah yang telah membuat kamu menangis, tanpa
basa-basi, lelaki yang baik biasanya akan segera minta maaf dan memperbaiki kesalahannya. Jadi, komunikasi yang baik adalah kuncinya.

“Kami paling tak suka” ....

Kata lelaki : “Ini adalah hal yang lelaki membuat kami tak lagi peduli saat melihat perempuan menangis, pada saat mereka melakukan kesalahan dan menangis saat diminta penjelasan.Jika ini adalah cara perempuan untuk menutupi kesalahannya dan menganggap bahwa tangisan dapat membuat kami bersimpati dan merasa kasihan, mereka salah.Kami tahu bahwa tangisan perempuan dapat sedikit meredakan emosi kami, tapi kalau dalam situasi semacam ini,  emosi kami semakin melonjak dan akhirnya pergi tanpa alasan.
Kami menganggap sikap ini cukup kekanak-kanakan.Bagi kami, masalah harus diselesaikan secara dewasa, bukan rengekan.”

Ternyata tak semua tangisan dapat menyelesaikan masalah, ye. Jika memang kamu berbuat salah, cukup akui kesalahan-kesalahan kamu dan minta maaflah.Jangan sekali-sekali mencuba untuk mencari-cari kesalahan mereka jika tak ingin masalah bertambah rumit. Sikap baik untuk tak mengulangi kesalahan ternyata sudah cukup membuat lelaki mengerti.

Itulah realitinya dan sebenarnya indah jika kita saling faham memahami. Jadi sesama kita memahami dan jangan jadikan ianya masalah yang rumit.

Share This!


21 ulasan:

  1. asalam satu perkongsian yang terbaik bagi lelaki yang bergelar remaja, atau sewaktu dengannya.suka baca

    BalasPadam
  2. Sifat wanita dijadikan oleh Allah swt memang mudah menangis. Kalaulah ada penjelasan mudah, tapi takde. Mungkin itu kelemahan wanita yg paling ketara. Jadi tugas lelaki bukanlah untuk memahaminya di sini, tapi untuk menerima.

    BalasPadam
  3. Bagi lelaki air mata tidak dapat menyelasiakan masalah . Bagi saya , air mata dapat melepaskan beban yg ditanggung ...

    BalasPadam
  4. Menanggis bukan setakat mencuci mata dr kotoran tapi lebih kepada melegakn tekanan perasaan. Memang kenapa lelaki x bleh menangis ? Kita kan manusia yg punya perasaan. Menitiskn air mata tidak akab menfhilangkn sifat macho lelaki sebaliknya ia tampil lebih memahami dn perhatian. Ya asal saja jgn keterlaluan dn lebih cengeng dr perempuan.

    BalasPadam
  5. wanita...memang tak lari dengan airmata... ;)

    BalasPadam
  6. WAH LELAKI ADA PENILAIANNYA TENTANG TANGISAN WANITA YA..TANGISAN AKAN TERJADI KALA SAKIT, SAKIT HATI SEDIH, GEMBIRA...TANGIS GEMBIRA PALING DISUKAI...

    BalasPadam
  7. bagi wanita, air mata dapat melegakan hati yang resah.. bila menangis kita akan lebih tenang lepas tu.. :)

    BalasPadam
  8. air mata adalah penghapus rase resah gelisah and sakit hati..

    BalasPadam
  9. Hakikatnya, perempuan suka menangis tiba-tiba. Kadang2 tak jelas sebabnye dah menangis. Pastu cakap lelaki tak memahami mereka. Haha. Lelaki terpaksa belajar peka dgn keadaan dan situasi, kalau tak meranalah sebab wanita kesayangan asyik nangis je. Btw ana paling menyampah dgn perempuan kuat menangis. Sebab ana memang takkan menangis semata2 hal yang kecik. Senang je nak tahu perempuan ni macammane, kalau dia menangis tiba2. Tu tanda si perempuan tak puas hati. Haha..oke, komen panjang! =P

    BalasPadam
  10. Wanita & air mata mmg menjadi lumrah kehidupan. Namun air mata juga sebenarnya boleh menjadi kekuatan bagi wanita utk terus tabah dlm menghadapi dugaan kehidupan... wallahualam.

    BalasPadam
  11. Kalau lelaki yg menangis camner erk..

    BalasPadam
  12. Air mata sering jd penanda kelemahan seseorang kah?
    Tahukah sebenarnya sesetengah wanita tu menangis untuk bangun pd keesokkan hari dengan semangat yg baru? Lelaki memujuk tak perlu kata2,cukuplah bahasa jiwa yg menunjukkan kamu memahami wanita dan mengambil berat..tak perlu pujuk rayu...

    BalasPadam
  13. perempuan memang mudah menangis..tapi kalau melebih-lebih, payah juga.. tapi bila suami tanya kenapa mengais, terus teranglah dengan dia.. Sebab mereka susah nak faham isi hati kita.. Jangan terlalu mengharap lelaki akan terus memahami sebab kita menangis.. Berterus terang lebih cepat menjernihkan keadaan..

    BalasPadam
  14. sy suka menangis..
    tp hanya yg melibatkan org2 tua and haiwan...
    hal lain mmg jiwa kental.. huhuhuhu

    BalasPadam
  15. Kits pun sensitif acik..boleh nangis Tanpa sebab..he..he

    BalasPadam
  16. Tidak semua tangisan wanita itu perlukan perhatian lelaki... contohnya wanita nie tengok filem Hindustan atau drama melayu pun boleh menangis... nak buat camna... dah itu lumrah... :D

    BalasPadam
  17. Kadang-kadang berita gembira pun boleh menangis. Menangis pun banyak jenis kan?hahaha..

    BalasPadam
  18. Bila sy menangis, memang ada masa suami mmg takkan pedulikan. Dia buat tak reti je. Pada dia menangis bukan boleh solve problem. Tapi bg kami wanita, sekurang2nya dgn tangisan dapat mengurangkan beban perasaan yg tertanggung.

    BalasPadam
  19. terlebih dahulu ingin memohon maaf. tpi pada pendapat saya,allah cipta kita bersebab.mengapa allah menjadi hawa untuk adam.Tugas seorang lelaki adalah melindungi wanita.dan allah jadikan seorang wanita lembut hatinya.Sebagai seorang lelaki kalian perlu bersabar dengan kerenah mereka.Sebagai seorang lelaki yabg mempunyai 9 akal kalian tidak perlu berpikiran seperti itu. Lumrah kehidupan allah menjadi seorang wanita itu berhati lembut. cuma cara wanita itu tahu mengawal perasaan itu atau tidak. Kaum Adam perlu bersabar kalau berjumpa dengan wanita sensitif.boleh dikatakan.banyak sebab mengapa wanita ni kuat menagis,sama ada dia sedang mengalami masalah hormon atau sebagainya.dan sebagai lelaki sudah pasti mengetahui kelemahan wanita.Wanita jugak mampu menagis seperti lelaki. Hidup ini allah jadi kan kita berpasangan.Tanpa hawa,Adam tidak akan mempunyai pasangan dan Tanpa adam dimana ketua keluarga nya?dan sebagai lelaki,jangan mempersoalkan mengapa wanita ni suka menagis tanpa sbab atau bersebab kerana itu kehendak allah. berdosa bagi lelaki(suami) yang menyakiti hati wanita(isteri) kerana kaum adam dijadikan untuk melindungi hawa, sekian saja pendapat dari saya. wassalamualaikum

    BalasPadam
  20. Sebelum kamu hadir, dia pernah bahagia meski hanya sementara. Pada wanita lain yang dia pikir selamanya, dia pernah mengucap setia. Meski ujungnya ada hal yang tidak bisa dia dan mereka wujudkan dalam cinta. Lelakimu pernah menderita dan menangis karena https://www.itsme.id/lelaki-yang-kamu-buat-menangis/

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails