Pengikut

Khamis, 2 Oktober 2014

Berblog Hanya Kerana Untuk Mendapatkan Publisiti ?


Assalamualaikum 

Hari ini acik betul- betul terkejut dengan status seseorang ini yang sudi berkongsi dan membaca blog acik ini. Walaupun hampir 6 tahun blog ini ,telah banyak kenangan manis dan pahit yang berlaku sepanjangan acik berblog. Sebagai contoh menjadi blog pilihan blog di utusan. Menjadi top 20 Blog bahasa melayu di singapura dan sebagainya. Kenangan pahit tentulah ada seperti di ugut bunuh dalam berblog

Wah nampak dasyatkan , sebenar itulah kisah sebenar di sebalik segalanya. Acik menaip di blog ini bukanlah untuk mencari publisiti semata-mata. Tetapi untuk kongsikan secebis kisah hidup dan nasihat untuk semua. Dulu teringin nak jadi cikgu dan juga pakar kauseling tapi hajat tak kesampaian. Jadi acik jadikan blog ini untuk acik kongsikan cerita. Tepat pukul 11 tadi acik mendapat feedback dari salah seorang pembaca blog acik, ini sempat acik print screen seperti di bawah ini.


aku penghibur


Alhamdulilah ya Allah, acik tak sangka betul, usaha acik selama ini tak sia-sia. Rupanya ada juga yang membaca setiap cerita acik kongsikan ,walaupun kadang ayatnya pun tunggang langgang dan banyak salah ejaan. Yelah kadang itu hendak cepat sehingga lupa hendak mengimbas kembali untuk melihat dan membaca balik. Terima kasih kepada kamu semua yang tak henti menyokong acik hingga ke hari ini. Tanpa kamu semua blog ini tak akan bertahan hingga ke sekarang ini. Blog acik ini mungkin tidak terkenal seperti blog kamu tapi terimalah ia seadanya. 

Terima kasih ya Allah, beri peluang ini, mungkin hal ini akan buat acik tersenyum satu hari. Yelah selain kritikan yang acik dapatkan ada juga yang indah rupanya.Dan acik doakan kepada Yana semoga perubahan itu berterusan dan istiqamah dalam apa yang di lakukan sekarang. Semoga Allah meredhaimu.



Share This!


46 ulasan:

  1. Yana yang ni pun nak ucap terima kasih dekat acik
    teruskan berkongsi ilmu yang bermanfaat =)

    BalasPadam
  2. kalau niat kita ingin menolong..pasti Allah bantu kita dengan pelbagai cara..biarpun kadangkala ujian itu menyusul tapi jangan sesekali patah semangat..sebab kerna ujian itulah memberi kita tentang satu tanggungjawab dan mematangkan kita dik... walaupun sekarang nie cik akak jangan komen..tapi cik akak tetap baca entri adik..lakukan dengan nawaitu kerana Allah...

    BalasPadam
  3. Banyak manfaat berblog ni kan. Blog bukan utk carik publisiti. ^_^ semoga acik terus berblog, memberi manfaat pada org lain.

    BalasPadam
  4. goodluck acik... niat baik, akan baiklah jadinya :)

    BalasPadam
  5. Tahniah Acik! Inilah yang sebenarnya ukuran kejayaan! Semoga Blog Aku Penghibur terus memberikan nasihat dan panduan berguna buat kami semua...

    BalasPadam
  6. Setuju dengan Yana..blog Acik penuh dengan informasi dan kata-kata nasihat

    BalasPadam
  7. moga sentiasa sukses dalam berkongsi segala ilmu

    BalasPadam
  8. Blog Acik memang menjadi rujukan CP..banyak yang CP belajar dari blog Acik..

    BalasPadam
  9. bagi pengajaran untuk yang lain..selain kita berblog,boleh share ilmu,pengalaman,nasihat yang berguna kepada mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  10. banyak pahala dh acik dpt dlm diam kan.rmi yg berubah lps baca blog acik. Alhamdulillah

    BalasPadam
  11. Tak semestinya berblog hanya untuk publisiti semata-mata. Banyak manfaat lain yang boleh kita dapat dari berblog. Paling penting adalah perkongsian ilmu yang kita berikan kepada khalayak. Itu lebih bermakna dari sekadar publisiti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat betul tu bro Sylarius Yusof... itu lebih penting

      Padam
  12. tahniah Acik..memang antara kemanisan dalam blogging ni adalah bila tulisan kita dapat memberi manfaat kepada pembaca

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah moga-moga benar bermanfaat ^_^

      Padam
  13. salam. tahniah acik..acik da berjaya dalam memberikan nasihat pada ramai pembaca,,

    BalasPadam
  14. Tahniah Acik! Seronok apa yang kita tulis dalam blog, ada yang baca dan dapat memberi manfaat kepada pembacanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah kak... semoga ianya bermanfaat ^_^

      Padam
  15. terima nasihat tak kiralah samada dari orang yang lebih muda dari kathy...blog acik memang best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. acik..link blog akak kat bloglist tak tukar lagi yer? jemput singgah...

      kathyrbain.blogspot.com

      Padam
    2. oh yeke kak... patut x de update.. oke tukar

      Padam
  16. Ye rasa terhibur bila baca..

    BalasPadam
  17. acik blogger hebat yg konsisten menitipkan ilmu yg bermenafaat utk dikongsi bersama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah ..moga terus istiqamah ^_^

      Padam
    2. Tahniah acik... jika kita menulis dengan ikhlas dari hati... pasti akan terkesan di hati pembaca... semoga acik terus berkarya dan lebih sukses dihati mendatang...

      Padam
  18. alhamdulillah..
    erkk smpai kene ugut bunuh ye?
    np smpai mcm tu sekali.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerita dulu .. malas nak ingat lagi ^_^

      Padam
  19. Asalamualaikum acik..ala best nya tu alhamdulillah ini lah manfaat kita berbelong. Tahnia sekali lagi..blog Etuza tu merapu ja..hehehe yg penting kita ada blog sendiri.teruskan usaha ya..

    BalasPadam
  20. dlm setiap diri manusia itu perlu ada kesedaran . apa pun yg berlaku , kita perlu berbalik pada Allah .

    BalasPadam
  21. Syukurlah..tahniah acik..moga setiap apa yang acik kongsikan setiap manfaat itu memberi impak yang berpanjangan. .

    BalasPadam
  22. tahniah acik...semoga acik terus dpt membantu insan yg memerlukan ...

    BalasPadam
  23. Alhamdulillah tahniah... saya pun antara yg suka membaca sejak mula singgah ke blog ni. Acik juga merupakan rakan blogger antara yg terawal saya kenali. Klu niat kita ikhlas berblogging berkongsi ilmu, pasti publisiti tu akan dtg walaupun kita tak kejar. Anggaplah ia sebagai anugerah yg layak buat Acik.
    Semoga Acik & blog aku penghibur terus sukses... aamiin.. :)

    BalasPadam
  24. Assalammualaikum... achik,

    mselim3 pun tumpang gembira atas kejayaan achik kerana disukai ramai... dan ada pembaca setia, teruskan perjuangan achik dalam menghasilkan entry yang bermanfaat. Moga ada keberkatan dan diredhai Allah dan disukai ramai... teruskan perjuangan sampai berjaya,,, keep up. Insaallah selagi mselim3 mampu .. mselim3 dan rakan sentiasa support achik..

    mselim3

    BalasPadam
  25. Salam Jumaat Acik..

    Tahniah Acik..itulah kemanisan berblog ya..apabila kita mampu memberi manfaat dan ilmu untuk rakan-rakan diluar sana..ini juga slaah satu saham akhirat...

    BalasPadam
  26. tahniah acik. mudah2an blog kak anim juga menjadi asbab kepada kebaikan oranglain

    BalasPadam
  27. Blog Acik banyak bagi manfaat pada semua orang termasuk Azwar. Tahniah Acik :)

    BalasPadam
  28. Alhamdulilah dan congrate Acik. Sebuah penulisan yg betul2 dah berjaya mengubah beberapa orang sekeliling. Well done AP....! ;)

    BalasPadam
  29. Yups, memang tepat apa yang dikatakan cik Yana tu.. Kadang2 kata-kata dalam blog ini membuatkan saya terfikir dan muhasabah diri seketika.. :')

    BalasPadam
  30. Selamat menyambut hari raya aidil adha maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.

    BalasPadam
  31. tahniah acik... keep it up!! :)

    BalasPadam
  32. Teruskn menyampaikn... Walaupun apa org kata...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails