Ticker

6/recent/ticker-posts

Berblog Hanya Kerana Untuk Mendapatkan Publisiti ?


Assalamualaikum 

Hari ini acik betul- betul terkejut dengan status seseorang ini yang sudi berkongsi dan membaca blog acik ini. Walaupun hampir 6 tahun blog ini ,telah banyak kenangan manis dan pahit yang berlaku sepanjangan acik berblog. Sebagai contoh menjadi blog pilihan blog di utusan. Menjadi top 20 Blog bahasa melayu di singapura dan sebagainya. Kenangan pahit tentulah ada seperti di ugut bunuh dalam berblog

Wah nampak dasyatkan , sebenar itulah kisah sebenar di sebalik segalanya. Acik menaip di blog ini bukanlah untuk mencari publisiti semata-mata. Tetapi untuk kongsikan secebis kisah hidup dan nasihat untuk semua. Dulu teringin nak jadi cikgu dan juga pakar kauseling tapi hajat tak kesampaian. Jadi acik jadikan blog ini untuk acik kongsikan cerita. Tepat pukul 11 tadi acik mendapat feedback dari salah seorang pembaca blog acik, ini sempat acik print screen seperti di bawah ini.


aku penghibur


Alhamdulilah ya Allah, acik tak sangka betul, usaha acik selama ini tak sia-sia. Rupanya ada juga yang membaca setiap cerita acik kongsikan ,walaupun kadang ayatnya pun tunggang langgang dan banyak salah ejaan. Yelah kadang itu hendak cepat sehingga lupa hendak mengimbas kembali untuk melihat dan membaca balik. Terima kasih kepada kamu semua yang tak henti menyokong acik hingga ke hari ini. Tanpa kamu semua blog ini tak akan bertahan hingga ke sekarang ini. Blog acik ini mungkin tidak terkenal seperti blog kamu tapi terimalah ia seadanya. 

Terima kasih ya Allah, beri peluang ini, mungkin hal ini akan buat acik tersenyum satu hari. Yelah selain kritikan yang acik dapatkan ada juga yang indah rupanya.Dan acik doakan kepada Yana semoga perubahan itu berterusan dan istiqamah dalam apa yang di lakukan sekarang. Semoga Allah meredhaimu.



Catat Ulasan

44 Ulasan

Yana Yani berkata…
Yana yang ni pun nak ucap terima kasih dekat acik
teruskan berkongsi ilmu yang bermanfaat =)
Ismi Ana berkata…
Banyak manfaat berblog ni kan. Blog bukan utk carik publisiti. ^_^ semoga acik terus berblog, memberi manfaat pada org lain.
Tunsha Ayunie berkata…
goodluck acik... niat baik, akan baiklah jadinya :)
BinMuhammad berkata…
Tahniah Acik! Inilah yang sebenarnya ukuran kejayaan! Semoga Blog Aku Penghibur terus memberikan nasihat dan panduan berguna buat kami semua...
Zaza Abdul Latif berkata…
Apa2 pun all the best achik..
Jari Manis berkata…
Setuju dengan Yana..blog Acik penuh dengan informasi dan kata-kata nasihat
Tanpa Nama berkata…
moga sentiasa sukses dalam berkongsi segala ilmu
cikpinz berkata…
Blog Acik memang menjadi rujukan CP..banyak yang CP belajar dari blog Acik..
sitirohaida berkata…
bagi pengajaran untuk yang lain..selain kita berblog,boleh share ilmu,pengalaman,nasihat yang berguna kepada mereka yang memerlukan
mila berkata…
banyak pahala dh acik dpt dlm diam kan.rmi yg berubah lps baca blog acik. Alhamdulillah
Shahrul Yusof berkata…
Tak semestinya berblog hanya untuk publisiti semata-mata. Banyak manfaat lain yang boleh kita dapat dari berblog. Paling penting adalah perkongsian ilmu yang kita berikan kepada khalayak. Itu lebih bermakna dari sekadar publisiti.
SalbiahM berkata…
tahniah Acik..memang antara kemanisan dalam blogging ni adalah bila tulisan kita dapat memberi manfaat kepada pembaca
Cik Itah berkata…
salam. tahniah acik..acik da berjaya dalam memberikan nasihat pada ramai pembaca,,
Tanpa Nama berkata…
Tahniah Acik! Seronok apa yang kita tulis dalam blog, ada yang baca dan dapat memberi manfaat kepada pembacanya.
Tanpa Nama berkata…
terima nasihat tak kiralah samada dari orang yang lebih muda dari kathy...blog acik memang best..
Tanpa Nama berkata…
acik..link blog akak kat bloglist tak tukar lagi yer? jemput singgah...

kathyrbain.blogspot.com
weschairs berkata…
Ye rasa terhibur bila baca..
paridah berkata…
acik blogger hebat yg konsisten menitipkan ilmu yg bermenafaat utk dikongsi bersama..
Unknown berkata…
alhamdulillah..
erkk smpai kene ugut bunuh ye?
np smpai mcm tu sekali.. :(
Akupenghibur.com berkata…
cerita dulu .. malas nak ingat lagi ^_^
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah ..moga terus istiqamah ^_^
Akupenghibur.com berkata…
oh yeke kak... patut x de update.. oke tukar
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah kak... semoga ianya bermanfaat ^_^
Akupenghibur.com berkata…
walaikumusalam ..alhamdulilah ^_^
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah moga-moga benar bermanfaat ^_^
Akupenghibur.com berkata…
sangat betul tu bro Sylarius Yusof... itu lebih penting
Akupenghibur.com berkata…
insha ALLAH doakan ye ^_^
Etuza berkata…
Asalamualaikum acik..ala best nya tu alhamdulillah ini lah manfaat kita berbelong. Tahnia sekali lagi..blog Etuza tu merapu ja..hehehe yg penting kita ada blog sendiri.teruskan usaha ya..
Unknown berkata…
dlm setiap diri manusia itu perlu ada kesedaran . apa pun yg berlaku , kita perlu berbalik pada Allah .
PeRdU cINta berkata…
Syukurlah..tahniah acik..moga setiap apa yang acik kongsikan setiap manfaat itu memberi impak yang berpanjangan. .
edisi berkata…
tahniah acik...semoga acik terus dpt membantu insan yg memerlukan ...
Khir Khalid berkata…
Alhamdulillah tahniah... saya pun antara yg suka membaca sejak mula singgah ke blog ni. Acik juga merupakan rakan blogger antara yg terawal saya kenali. Klu niat kita ikhlas berblogging berkongsi ilmu, pasti publisiti tu akan dtg walaupun kita tak kejar. Anggaplah ia sebagai anugerah yg layak buat Acik.
Semoga Acik & blog aku penghibur terus sukses... aamiin.. :)
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

mselim3 pun tumpang gembira atas kejayaan achik kerana disukai ramai... dan ada pembaca setia, teruskan perjuangan achik dalam menghasilkan entry yang bermanfaat. Moga ada keberkatan dan diredhai Allah dan disukai ramai... teruskan perjuangan sampai berjaya,,, keep up. Insaallah selagi mselim3 mampu .. mselim3 dan rakan sentiasa support achik..

mselim3
Blog Santai berkata…
Salam Jumaat Acik..

Tahniah Acik..itulah kemanisan berblog ya..apabila kita mampu memberi manfaat dan ilmu untuk rakan-rakan diluar sana..ini juga slaah satu saham akhirat...
Unknown berkata…
Tahniah acik... jika kita menulis dengan ikhlas dari hati... pasti akan terkesan di hati pembaca... semoga acik terus berkarya dan lebih sukses dihati mendatang...
ANIM berkata…
tahniah acik. mudah2an blog kak anim juga menjadi asbab kepada kebaikan oranglain
Azwar Syuhada berkata…
Blog Acik banyak bagi manfaat pada semua orang termasuk Azwar. Tahniah Acik :)
jeng jeng jeng...
tahniah acik
Tanpa Nama berkata…
Alhamdulilah dan congrate Acik. Sebuah penulisan yg betul2 dah berjaya mengubah beberapa orang sekeliling. Well done AP....! ;)
Gee Lion berkata…
Yups, memang tepat apa yang dikatakan cik Yana tu.. Kadang2 kata-kata dalam blog ini membuatkan saya terfikir dan muhasabah diri seketika.. :')
Engku Muzahadin berkata…
Allahamdulillah, tahniah...
randomlyally berkata…
tahniah acik... keep it up!! :)
Maria Firdz berkata…
Teruskn menyampaikn... Walaupun apa org kata...