Pengikut

Rabu, 1 Oktober 2014

Remaja Semakin Terdedah Serangan Angin Ahmar Atau Strok ?



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sebenarnya dah lama ingin kongsikan pekara ini tetapi tak berkesempatan untuk kongsikan kepada semua. Sekarang ini tidak pelik lagi jika remaja kita menghidapi pelbagai yang biasanya di hadapi oleh orang biasa seperti kencing manis, darah tinggi, serangan jantung dan kini kemungkinan boleh terkena angin ahmar atau stok.

Entahlah acik risau betul sekarang ini, tak kira muda dan tua mudahnya dapat penyakit. Suatu kajian Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menunjukkan penyakit kencing manis (diabetes) adalah suatu risiko yang terpenting menyebabkan seseorang diserang angin ahmar di Malaysia.
Penemuan ini merisaukan kerana jumlah pesakit diabetes di Malaysia semakin meningkat, khususnya di kalangan generasi muda.Kajian itu mendapati terdapat hubungan rapat antara penyakit kencing manis dan serangan strok. Kadar serangan strok yang berpunca daripada penyakit kencing manis didapati lebih tinggi di kalangan penduduk Malaysia daripada penduduk mana-mana negara lain.
Kajian itu juga menunjukkan seramai 60% pesakit strok yang dimasukkan ke PPUKM dalam jangka masa 4 tahun turut mengidap penyakit kencing manis. Lebih membimbangkan setiap seorang dari 6 orang pesakit itu hanya mengetahui mereka mengidap diabetes apabila mereka dimasukkan ke hospital kerana diserang angin ahmar.
Faktor risiko strok yang paling lazim di seluruh dunia adalah penuaan dan penyakit darah tinggi. Penyakit diabetes pula hanya berada di tangga ketiga sebagai faktor risiko.Bagaimana pun peningkatan kadar pesakit diabetes di Malaysia amat membimbangkan. Dianggarkan kadar peratusan mereka yang mengidap kencing manis adalah 3 kali lebih tinggi daripada yang biasa dilihat di negara lain termasuk negara-negara Asia yang mempunyai penduduk yang hampir sama dengan Malaysia.
serangan angin ahmar yang paling kerap terjadi adalah ischaemic strok. Ini berlaku apabila bekalan darah terhalang oleh gumpalan darah yang terbentuk dalam saluran darah, ia turut berlaku apabila dinding saluran darah menjadi semakin tebal.
Kajian itu turut mendapati serangan strok ke atas mereka yang berumur 50 tahun ke bawah semakin meningkat. Kebanyakan daripada mereka ini mengidap diabetes.
Ini juga bercanggah dengan tanggapan perubatan semasa bahawa serangan strok di kalangan orang muda disebabkan struktur jantung yang tidak normal yang telah memberi kesan terhadap tekanan darah, kejadian darah beku atau penyakit yang ganjil.

Jadi nasihat kepada masyarakat mendapatkan pemeriksaan kesihatan setiap tahun terutama mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan mempunyai keluarga yang mengidap diabetes. Ini termasuk melakukan senaman dan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menghindari penyakit kencing manis.
Mereka ini juga diseru mengawal pemakanan, melakukan senaman dan mengambil ubat yang ditetapkan. Mereka juga perlu kerap berjumpa dengan doktor.
Pemahaman terhadap faktor risiko untuk mendapat strok adalah perlu untuk menangani peningkatannya secara mendadak. Kami berharap hasil kajian itu boleh menyumbang kepada usaha menanganinya baik di peringkat tempatan mahu pun global dalam rawatan diabetes kerana ia adalah penting untuk memerangi serangan strok.

Share This!


18 ulasan:

Khir Khalid berkata...

Strok pada waktu skrng ni mmg agak merisaukan.. mmg ramai remaja pun diserang penyakit ini. Mmg betul apa yg Acik perkatakan tu. Semoga kita semua dilindungi & dijauhi.. aamiin.

kenny977world berkata...

Ngeri juga bila terbaca pasal strok nie...mcm time bom, bila2 je boleh kena.

Sal Bee Yah berkata...

Faktor pemakanan agaknya...stroke dah tak mengenal usia.

Nao Mei berkata...

isk takut juga cik akak..mudahan tak berlaku kpd kita...usia muda nie...rakus sikit bab makan..sebab asal tekak dapat terima je...mulalah main bedal je kan dik

Sylarius Yusof berkata...

Sekarang penyakit dah tak kenal usia. Muda-muda pun dah boleh terkena kan.

Etuza berkata...

risau juga, sebab Etuza banayk menemui orang di area Etuza kena strok, nak bagi kenal produk yang berkualiti dapat atasi ..alamak berkira diorang.kesihatan ni hanya 1, kewangan anytime boleh cari.

Etuza berkata...

Etuza nak linkkan blog anda ya, Tahniah

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Kena banyak berpantang dari segi makanan

paridah berkata...

pilih makanan untuk kesihatan agar xmengidap diabetis n diserang strok..risau juga tu..

junainah mohamed berkata...

Strok di usia muda? Mintak dijauhkanlah....nauzubillah...

kucha lana berkata...

mintak dijauhkan lah dari semua jenis penyakit

Noriza MiracleVitamins berkata...

Sekarang ni orang muda banyak terkena penyakit berangkai-rangkai sebab dari pemakanan..suka makan fast food yg sememangnya high cholesterol, pastu kurang bersenam

Ain Ridzuan berkata...

Strok berpunca dari gaya hidup dan pemakanan kita. Malas nak bersenam dan suka makan macam2.. sama lah diriku... huhuhu

Belog Santai berkata...

Statistik yang merisaukan Acik..sekarang ni penyakit tak mengira usia..Gaya hidup kita yang meyebabkan ramia yang terdedah kepada pelbagai risiko serangan penyakit...so kena hati-hati especially dengan pilihan makanan kita..

Ija Rased berkata...

salam acik.perkongsian yang sihat. tq dik

Ismi Ana berkata...

Nauzubillah...moga2 kita terhindar.

acik idah berkata...

penyakit sekarang nie dah tak kira umur... ada yang masih kanak2 lagi pun dah kena inject insulin acik... gara2 penyakit keturunan... oleh itu kalau kita nak berkahwin... faktor penyakit keturunan juga perlu dipertimbangkan... cthnya kalau dah tau yang kita ni ada asthma... jangan la cari pasangan yang ada penyakit sama juga... parahhh....

Akmal Rusydi berkata...

corak pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat menjadi punca kenapa ramai orang muda di Malaysia menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, hypertension, high cholestrol dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails