Pengikut

Sabtu, 3 Januari 2015

Kisah Mak Cik Mangsa Banjir Minta Tudung Beri Pengajaran Yang Sangat Berguna



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Salam maulidur rasul marilah kita banyakkan berselawat dan mengambil iktibar dari sirah keperibadian Nabi Muhammad SAW.

"Kami milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan"

Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sesekali menolak apalagi 'mengamuk' apabila diuji. Kita hanya hamba...

Namun, untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu, Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha Hebat. Sebagai hamba , ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. 

Beberapa hari ini menjadi viral di laman sosial seperti whats up dan di facebook berkaitan dengan seorang mak cik ini. Ujian dari Allah itu tidak di jadikan alasan untuk taat pada perintahnya. Walaupun di di uji dengan banjir tetapi dia menjaga auratnya. 

Kisah ini acik dapatkan apabila di share di laman sosial.

Sukarelawan banjir, Nik Zahrinawati Nik Zahari berkata, pada mulanya, makcik itu melambai ke arah pasukan sukarelawan, dengan kepalanya bersarung beg plastik sambil memegang sebatang tongkat.
Malah katanya, apabila didekati, makcik itu hanya meminta sehelai tudung untuk dipakai, setelah memberitahu dia baru dibawa turun oleh pasukan bomba dari kawasan bukit di Kampung Karangan, Kuala Krai, petang semalam.
“Benda pertama yang makcik itu minta ialah tudung. Kami ambil tudung dan bagi pada dia, dia terus buka plastik (yang disarung di kepala) dan pakai. Saya tidak tahan, nangis di situ juga. 
“Barang yang paling dia minta ialah tudung, kain sarung. Sebab dia kata, kain yang dia pakai dah seminggu dan sudah kena air kencing dan dia juga minta telekung. 
“Paling akhir dia minta, ayat dia ‘kalau ada sebutir dua beras, berilah’, dan kami bagi pada dia,” kata Nik Zahrinawati ketika dihubungi.
Semoga makcik ini dan mangsa banjir yang lain diberikan ketabahan dalam menghadapi musibah besar ini. 

Sedih rasa di hati, kita yang tidak di uji ini hanyut di bawa emosi dan ego kita. Sedangkan mak cik itu tetap berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna. Menutup aurat itu fulltime bukan partime dan bukan kejap-kejap.Semoga ada sedikit keinsafan terhadap kisah dari mak cik ini.

Share This!


15 ulasan:

  1. Itulah acik akak baca pun sebak dan sayu...

    BalasPadam
  2. aduh kasihan betul ..moga aku penghibur mendapat berkat ya..selamat tahun baru dan klik ni ya http://madey09.blogspot.com/2015/01/shalawat-nabi-muhammad-saw_2.html sempena maulidur rasul klik ni ya..salam maulidur rasul

    BalasPadam
  3. Walau keadaan darurat, macik tu masih berusaha menutup aurat. Semoga selamatlah semuana mangsa2 banjir. Thanks acik share citer ni. Salam maulidurrasul.

    BalasPadam
  4. respect dengan makcik ni..semoga semua mangsa banjir tabah dengan dugaan Allah ni

    BalasPadam
  5. sayu hati membacanya.....mrk yg diuji psti mndpt ganjaran Allah yg besar krna ketabahn jiwa mrk....takdr hdp kita ini berbeza-beza n xkan lps dari ujian-Nya.

    BalasPadam
  6. hu3..respek makcik ni..walaupun dalam keadaan darurah sebegini dia masih cuba melaksanakan kewajipan

    BalasPadam
  7. Respek dengan makcik tu. Aurat dan solat jadi keutamaannya. Pengajaran untuk orang muda.

    BalasPadam
  8. Subhanallah.. mungkin sbb tu Allah uji berlakunya banjir dikawasan makcik tu, sbb org mcm mereka walaupun ditimpa musibah namun masih setia dan tidak berpaling tadah pada Allah, Alhamdulilllah..

    BalasPadam
  9. Ya Allah..sedih sangat². Moga makcik ini diberi perlindungan oleh Allah.

    BalasPadam
  10. Allah..Allah..Allah..bila mencintai Allah lebih daripada yang lain..maka kukuh dan bulatlah tekad taqwanya..moga menjadi tauladan untuk kita semua..

    BalasPadam
  11. Sebak baca Kisah macik ni..moga semua mngsa bnjir d lindungi olehNya

    BalasPadam
  12. amat kasihan dengan makcik ni..dia tahu hukum rambut ni aurat dia tak selesa tu..syukran ada yang datang memberi tudung

    BalasPadam
  13. Mmg menyayat hati... semoga Allah sentiasa memberi ketabahan serta perlindungan sebaiknya kpd mangsa banjir... aamiin..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails