Pengikut

Khamis, 1 Januari 2015

Cara Berkesan Menunaikan Azam Tahun Baru Setiap Tahun


Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari ini dah masuk tahun baru yeah !! 2015 dah tiba, syukur semua azam tahun lepas telah di tunaikan. Walaupun satu agak terlewat di tunaikan tapi Allah permudahkan, azam tersebut adalah agar dapat balik tahun baru bersama mak. Sebab setiap tahun baru mesti mak keseorangan sebab anak-anaknya jauh.

Menetapkan azam untuk suatu perkara adalah suatu tuntutan. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: ‘Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang mengikut apa yang ia niatkan’ (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini menunjukkan azam dan niat yang disertakan dari awal setiap perbuatan dengan keinginan dan cita-cita yang teguh dan bersungguh-sungguh adalah suatu amalan berpahala dan amat digalakkan. Justeru, Imam al-Nawawi dan ramai ulama meletakkan hadis ini pada martabat dan tingkat amat tinggi pada sisi ajaran Islam sehingga Imam al-Syafie dan imam mazhab lain berpendapat bahawa hadis ini merangkumi sepertiga Islam kerana setiap perbuatan manusia bergantung kepada niat yang kemudian dipertuturkan melalui lisan dan diterjemahkan melalui anggota dan praktikal.

Okey 2015 masing-masing dah ada azam baru ?

Atau masih menuntun untuk tunaikan azam tahun 2013 ? 2014 ?

Meh acik bagitahu macam mana nak tunaikan azam tersebut.

Pertama : Tulis dan tampal azam 

Kadang kita ini sering lupa bila di tanya esok apa azam kita ? 
mesti ramai dah lupa dan azam bertukar, apa yang acik buat adalah tulis azam di atas kertas banyak-banyak dan tampal di pintu bilik, dekat gerobok dan sebagainya. Satu bagusnya motivasi agar selalu ingat untuk tunaikan azam

Kedua : Letakkan dalam memo, calender remember 

Ahh cuba set kan bila nak tunaikan azam tu, letakkan dalam remember dan calender. Bila terbaca jadinya akan terlintas untuk tunaikan.

Ketiga : Tuliskan di laman sosial.

Ahh teknologi canggih, jadi apalagi nyatakan apa azam kamu dan pastukan berulang kali. Lepas tu pin kan di ruangan pertama kalau ada page lah. Kalau ada blog tuliskan di blog dan nanti refresh lagi yer.

Keempat : Berdoa dan berusaha 

Semua pekara di atas dah buat tapi tak jalan, berdoa pada Allah agar azam terlaksana dan paling penting cuba untuk menunaikan agar kita menjadi manusia lebih baik.

Kelima: Pastikan azam mampu di laksanakan.

Inilah masalah yang terjadi azam nak gempak tapi plan tindakan itu kurang. Jadi macam mane tu ? ikutlah kemampuan , orang kata ukur baju pada badan sendiri. Fikir-fikir dan selamat menunaikan azam.

Dalam merealisasikan kejayaan sesuatu perbuatan, selepas adanya niat dan azam yang tinggi, beberapa langkah seterusnya mesti digerakkan antaranya ialah:
(1) Perancangan, pengurusan dan strategi yang baik serta bersesuaian dengan matlamat yang ingin dicapai;
(2) Pelaksanaan yang baik dan istiqamah;
(3) Tawakal kepada Allah; dan
(4) Buat penilaian dan muhasabah secara berterusan agar perancangan dan perlaksanaan tidak lari serta tersasar daripada matlamat yang ingin dicapai.

Apa pun selamat tahun baru, semoga kita menjadi muslim lebih baik dari tahun lepas. Insha Allah 

Share This!


20 ulasan:

  1. Nice tips Acik, semoga 2015 menjanjikan yg terbaik dlm hidup kita semua. InsyaAllah

    BalasPadam
  2. Slmt thn baru juga wat acik..bagus tipsnya..insyallah mudahan azam kita trcapai

    BalasPadam
  3. insyaallah, Selamat tahun baru acik . Mimin ada plan dgn Mie nak buat reunion. teringin join x acik ?

    BalasPadam
  4. terbaik..sangat berguna tips ni..terima kasih share ya...

    BalasPadam
  5. semoag kita semua gigih berusaha untuk mencapai azam tahun ini pula

    BalasPadam
  6. semoga kehidupan menjadi lebih baik buat kita semua ...

    BalasPadam
  7. terbaik acik..nak naikkan berat badan ni..hahaa

    BalasPadam
  8. semoga tahun 2015 lebih cerah dan bersinar,
    azam nak buat suruhan2 yg sunat lebih lagi insyaallah...

    BalasPadam
  9. Nak realisasikan azam ni kena konsisten dalam tindakan. Kadang kita ni lemah bila dah masuk pertengahan tahun. Mula awal tahun je semangat. Dah masuk tengah, habuk pun tarakk. Hehe

    BalasPadam
  10. Selamat tahun baru Acik... Harap-haraplah azam tak jadi pekasam.. hehehe

    BalasPadam
  11. Salam tahun baru Tuan Tanah.
    Salam ukhwah dan salam kenal.

    Setkan target utk thn ni, dan ada usaha.
    Target yg disasarkan biarlah ditulis, baru nampak. Tulis di belog sendiri pun oke dah... :)
    Janji tulis....dan nampak....

    BalasPadam
  12. thanks for the tips, Acik!memang banyak azam nak dicapai ni..salam 2015!

    BalasPadam
  13. Terima kasih atas perkongsian acik.. memang semua orang ada azam tapi nak laksanakan tu belum tentu dapat, selamat tahun baru :)

    BalasPadam
  14. Salam tahun baru 2015 dan salam Maulidur Rasul Acik..

    BalasPadam
  15. Salam tahun baru Acik... semoga 2015 ini membawa kejayaan yg lebih cemerlang dari tahun2 sebelumnya... aamiin.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum..selamat tahun baru buat acik...moga tahun ini lebih indah dari tahun tahun yang lepas

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails