Pengikut

Khamis, 15 Januari 2015

Selamat hari lahir Ke 25





Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulilah 15 januari cukup bermakna dalam hidup ini,saat itulah mak sedang bertarung nyawa bagi melahirkan aku dalam serba kesakitan. Antara hidup dan mati bertarung demi melahirkan anak yang di sayanginya ini.

Kini aku sudah menjangkau usia 25 tahun, umur yang ku rasa cukup matang untuk mengemudi kehidupan sendiri. Dari kecil aku sudah di ajarkan untuk hidup berdikari, hidup jangan susahkan orang lain. Sambutan setiap tahun seperti biasa sederhana dan nak katakan tiap-tiap tahun jarang untukku sambut. Kenapa ?

Selalunya aku akan berada jauh dari keluarga dan hanyalah bersama kawan-kawan rapatku. Pada hari kelahiran kali ini aku ingin ucapkan ribuaan terima kasih kepada mak yang banyak berkorban untukku. Terima kasih kepada mak yang telah membesarkanku hingga aku ada hari ini.Tanpa mak, adik beradik aku bukan siapa-siap.

Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan rakan di media sosial yang mengucapkan selamat hari lahir kepadaku dan sangat aku hargai. Ribuan terima kasih juga kepada semua yang mendoakanku. Acik juga doakan kamu semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan sihat selalu. 

Duhai tuhanku yang mentadbir alam ini, ku bersujud dan bersyukur atas nikmatmu. Dari berlari lari hingga ku pantas berlari satu persatu nikmat tiada hentinya Dirimu beri. Dirimu berikan kegembiraan dan kebahgiaan kepada diriku . Terima kasih ya Allah kerana beri peluang untuk aku hidup selama 25 tahun di muka bumi Mu ini, aku serahkan segala perancangan kepadaMu ya Allah.


Mencari Sinar 25 Tahun 

Aku hanya manusia biasa,
berlari mencari arah tuju,
satu ketika aku jatuh tidak bangun kembali,
hingga Dia hadir dalam hidupku memberi sinarnya.

Aku hanya manusia biasa, 
yang menitip sepi sebagai penghibur maya,
mencari ironi kehidupan yang penuh liku,
kadang membuat salah percaturan,
bangun untuk meneruskan perjalanan.

Aku hanya manusia biasa,
dari kecil mempunyai cita-cita seluas lautan,
meniti titian kasih yang penuh berduri,
terpelosok kesedihan kemurungan diri,
mencari identiti arah episod sepi

Aku hanya manusia biasa,
Berdiri dengan teguh menahan kata cacian,
bertahan pada yang satu,
berpijak pada bumi yang nyata, 
berpaksi pada hati yang membeku,

Aku hanya manusia biasa,
hidup dan mati hanya untuknya,
mencari erti kehidupan sebenar,
dalam seusia 25 tahun ini. 

Share This!


43 ulasan:

  1. Selamat menyambut ulang tahun, Acik... Semoga sentiasa sihat dan dirahmati Allah sentiasa...
    Semoga dapat jodoh pada tahun ini...hehe! Amiin...

    BalasPadam
  2. selamat hari jadi acik,moga apa yang diimpikan tahun ni akan tercapai..insha allah..

    BalasPadam
  3. SELAMAT HARI LAHIR...
    SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI DAN SIHAT-SIHAT HENDAK-NYA

    http://jmbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. selamat hari lahir. kami semua mendoakan agar dipanjang umur untuk terus beribadah, bekerja dan berusaha kerana Allah dan kedua ibu bapa. serta dikurniakan kesihatan berpanjangan. amiin amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin ya ALLAH terima kasih doanya ^_^

      Padam
  5. Acikk. selamat hari lahir.. Semoga berjaya dunia akhirat. Beza 4 tahun la kita kan.. jauh nampak matang Acikk ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah dan nampak lagi tua ^_^ terima kasih mieza

      Padam
  6. Selamat Hari Lahir Sahabat... Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki... dimurahkan rezeki... semoga berjaya di dunia n akhirat amin...

    jemput join segmen Cik Ash ,....

    http://cikash.blogspot.com/2015/01/segmen-selamat-hari-lahir-by-cik-ash.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin.. inshaALLAH ada masa lapang nanti acik join

      Padam
  7. Salam perkenalan dan selamat hari lahir acik. Moga sihat, bahagia dan membahagiakan insan2 tersayang.

    Jemput ke blog saya. Entry baru: 10 formula mudahnya menjemput rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin ya ALLAH ^_^ terima kasih doanya

      Padam
  8. Selamat menyambut ulang tahun Acik :-) Dah cecah suku abad umur Acik skang ni. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahha itulah dah tua ^_^ terima kasih

      Padam
  9. Selamat Hari Ulang tahun ke -25 Achik, semoga Allah merahmati perjalanan achik sepanjang hayat

    BalasPadam
  10. wahh dah 25 tahun dah. happy birthday acik! semoga berjaya di dunia dan akhirat :D

    BalasPadam
  11. selamat hari lahir acik.. muda lagi acik nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahha mula la sangat... terima kasih

      Padam
  12. SELAMAT HARI LAHIR YG KE 25 ACIK...MASIH MUDA BELIA NI...MOGA PNJG UMUR, MURAH REZKI SHT WALAFIAT, BHGIA SELALU.

    BalasPadam
  13. Selamat menyambut hari lahir Acik. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, diberkati kehidupan dan tercapai segala yg dihajatkan... aamiin. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaALLAH ... terima kasih bro KHIR

      Padam
  14. selamat hari tua.. alhamdulillahhhh masih bernafasss :)))

    BalasPadam
  15. Sempat tu karang sajak..hehe
    Semoga murah rezeki dan sihat walafiat..
    Selamat Hari Lahir :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang minat bersajak.. terima kash kak zawiyah

      Padam
  16. Selamat hari lahir acik semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki serta hidup di berkati...
    Birthday akak 14.1...tapi 9 tahun lebih tua dr acik

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails