Pengikut

Jumaat, 16 Januari 2015

Kerana Cinta Dia Kita Datang, Kerana Cinta Kita Kembali | Al Fatihah


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ketika ini hati dan jiwa menjadi gundah gelana apabila dapat tahu pemergiaan salah seorang pembaca blog acik. Dia selalu berkongsi apa yang acik tulis dan tiada hentinya dia memberi sokongan kepada acik.

Suatu ketika acik pernah chat dengan dia apabila dia memberitahu soal kehidupannya. Dia kata, selama hidupnya dia tidak kenal erti kasih sayang kerana apabila ibu bapanya berpisah. Dia berdikari sendiri apabila di tinggalkan oleh ibu bapanya dan hanya tinggal bersama mak cik yang sanggup menjaganya kerana mak ciknya tiada anak.

Dia pernah kata bahawa dia perlukan sokongan orang di sekeliling dia untuk dia mencari kehidupannya, cintanya dan kasih sayangnya. Sehinggalah satu hari dia kata dia berjumpa dengan blog acik. Dia dapat rasa kasih sayang dari seorang abang dan erti sebuah cinta. Ayat yang pernah dia berikan pada acik.

Assalamualaikum acik, terima kasih perkenalkan cinta kepada Aza. Aza dari dulu mahu rasa ertinya cinta yang penuh dengan kasih sayang. Dari sini Aza dapat rasakannya kasih cinta seorang kawan, kasih sayang, cinta kepada seorang ibu, kasih cinta kepada seorang ayah dan keluarga.Rasa cinta kepada seorang wanita dan paling penting kasih cinta kepada Allah yang maha esa. 
Hati ini terpenuhi dengan cerita-cerita acik, terima kasih kerana berikan kehidupan kepada Aza. Andai mencari ketenangan, rawatlah hati kita, salah satu caranya adalah melalui blog acik. Terima ya ALLAH kerana perkenalkan blog acik dan kenalkan cinta yang ekslusif itu . 

Itulah kata-kata yang tak pernah akan luput dalam ingatan. Ianya memberikan semangat untuk acik terus bernafas dalam berblog.  Di samping acik memberi kekuatan kepada orang lain, jika di bandingkan apalah sangat acik ini tetapi ianya akan di teruskan selagi ada berkunjung.



Terkejut masih ada lagi apabila salah seorang rakannya bahawa Azarwati menghidap cancer hati dan tidak mendapatkan rawatan dan menghembuskan nafas pagi tadi. Ya Allah seandainya ada secebis kasih sayangmu kepada hati-hati yang beriman kepadamu berikan kepada Aza. Permudahkan urusannya dan tempatkan di kalangan orang yang beriman dan solehah.

Seandainya acik adalah salah dan silap sepanjang acik menaip di blog ini, acik minta maaf, jika ada rasa tak puas hati dan rasa ragu nyatakan pada acik . Boleh PM di fanpage facebook, jika ada cerita yang ingin di kongsikan juga boleh PM acik di Akupenghibur dot com  InshaALLAH acik akan balas segala kritikan dan komen kamu. Yang baik semua datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri sendiri. Wasalam 

Share This!


12 ulasan:

  1. alhamdulillah...semoga acik terus berjaya dalam dunia blogging dan membantu mereka yang memerlukan.

    BalasPadam
  2. Semoga Acik terus bersemangat dan berjaya dlm berblogging serta apa jua yg diceburi... aamiin. Sebagai rakan, saya ttp akan menyokong Acik... All the best.. :)

    BalasPadam
  3. hu3..terbaik acik..semoga terus buat entri yang terbaik untuk pembaca

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah...
    akak pun pembaca tegar blog acik ni...hihi

    BalasPadam
  5. INNALILLAH...SALAM TAKZIAH...APA YG BERLAKU DGN IZIN ALLAH...TERUSKANLAH MENULIS KERANA ALLAH...JUSTERU ILHAM ITU DRPD-NYA.

    BalasPadam
  6. Innalillah takziah buat yg mengenali arwah.. mujur dia sempat kecap erti kasih syg sblm nafas terakhir...acik dh memberi sinar dlm hidup beliau dan mungkin org2 lain juga.. trskan berblog ye acik

    BalasPadam
  7. Cinta itu anugerah Dia yang Maha Hebat..

    BalasPadam
  8. Teruskan berusaha...cinta sesuatu yang sangat bernilai... Tidak mampu dibrli dengan apapun di dunia ini

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails