Pengikut

Rabu, 11 Februari 2015

Kerana Wanita Ini Aku Berubah Kerana Allah


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur atas nikmatnya.Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari ini acik sempat berjumpa dengan seorang kenalan yang dah lama sangat ingin berjumpa.Jom hayati perbualan kami.

Azlan : assalamualaikum acik, ya Allah lamanya tak jumpa. Rindu sangat pada sahabat aku nie.

Acik : Walaikumusalam, ya Allah lama tak jumpa. Dah banyak kau berubah sahabatku.

Azlan : Hahaha biasalah tu acik, aku suka baca blog kau. Kebetulan ini , aku nak kongsi jugaklah kepada pembaca blog kau. Kau tahukan aku dulu macam mane, degil , kerja gaduh je dulu masa kat poli. Tapi kau tak penat nasihat aku. Sekarang aku dah berubah Kerana Allah. Terima kasih kepada Allah kerana hantarkan orang yang baik-baik untuk aku.

Acik : alhamdulilah lan, Allah sayang kau. Tapi mesti ada peristiwa yang terjadi membuatkan kau berubah ?



Azlan : Kau tahukan perangai aku. Tak boleh hidup tanpa kehadiran seorang wanita. Dulu awek keliling pingang.Haha Couple is part of my life.Suka sangat memainkan perasaan perempuan. Couple beberapa bulan lepas tu putuskan.Pengalaman tak boleh di lupakan aku pernah suka pada seorang wanita kami rancang nak kawin tetapi dia tinggalkan aku pergi dengan lelaki lain. Baru plaku tahu bagaimana sakitnya di mainkan perasaan. Ini hukuman Allah untuk aku.

 Lepas dari itu aku pernah bertunang degan seorang wanita.Entahlah tapi pernah satu hari aku terlibat kemalangan jalanraya bersama dengan tunang aku. Di sebabkan aku bawa laju dan aku hilang kawalan aku berlanggar dengan sebuah kereta. Bila aku sedar ,aku dah kat hospital . Kaki aku patah teruk, tunang aku pun habis patah riuk. Tapi itu last aku jumpa dia. Sebab keluarga dia larang untuk kami berjumpa.Terkejut juga bila dapat tahu tunang aku koma di sebabkan aku.

Aku rasa bersalah sangat, tapi aku nak bertanggungjawab apa yang aku lakukan. Tapi family dia tak nak bagi jumpa langsung dengannya. Paling menyayatkan hati dia pergi selamanya. Aku bersalah !! aku bersalah acik .

Acik : sabar lan, apa jua berlaku pastinya ada hikmah yang terjadi.

Azlan : Betul tu acik, sejak dari tu aku tekad untuk berubah. Kaki aku jadi bukti di sebabkan kelalaian aku sekarang aku tempang.Tiap bulan aku hantar duit untuk family arwah tunang aku. 

Selepas 4 tahun berlalu, aku jumpa dengan seorang wanita yang dapat menerima aku seadanya. Walaupun kaki aku tempang dia tak pernah sekali mempertikaikan sebagaimana orang lain. 

Dia menerima kekuranganku dan keterbatasan aku. Kami berkahwin, sepanjang perkahwinan kami dia banyak bagi sokongan moral kepada aku untuk dekatkan diri kepada Allah. Dia berikan harapan bahawa aku boleh berubah. 

Alhamdulilah inilah aku yang sekarang acik. Segala yang terjadi ini adalah kehendakNya dan dia hantarkan seorang wanita yang menjadikan perubahan terbesar dalam hidupku. Terima kasih ya Allah. 

Acik: Alhamdulilah , jika benar begitu. Itulah hidayah Allah di berikan kepada sesiapa sahaja yang di kehendakinya. Ianya hanya terpulang pada kita antara mahu atau tidak sahaja untuk berubah.

Ambillah pengajaran ini, setiap manusia mempunyai peluang untuk berubah dan lakukan perubahan.Kadang-kadang Allah hantar seseorang sebagai penyebab kita dekatkan diri kepadaNya.Yakinlah pada Allah.

Share This!


14 ulasan:

  1. Assalammualaikum... achik,

    touching gak baca kisah nie... moga2 menjadi pengajaran buat mselim3 gak..

    mselim3

    BalasPadam
  2. alhamdulillah. Allah nak bagi hidayah boleh dengan sekelip mata shj :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum acik.. terkesan sheila baca perbualan ni.. alhamdullilah. Allah sayangkan hambanya....

    BalasPadam
  4. ALLAH kalau nak ubah seseorang senang jer kan acik =)

    BalasPadam
  5. Subhanalah...
    Allah yang lebih mengetahui..

    BalasPadam
  6. SUBHANALLAH....ALLAH MNGHNDAKI YG TERBAIK UTK HAMBA2-NYA...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah~ Ada hikmah disebalik kehilangan, Allah beri sesuatu yg lebih berharga.

    BalasPadam
  8. Begitulah kebiasaannya. Selagi tak dapat pengajaran atau balasan yang teruk, masih tak insaf-insaf.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah... Allah maha besar ...

    BalasPadam
  10. Masyallah... hampir nak menitik airmata... nasib baik masih ada peluang... Allah mau dia berubah jadi baik (walau begitu caranya) baru lah Allah datangkan seorang yg baik untuk dia...

    BalasPadam
  11. Allah itu maha penyayang...dia akan uji dan duga orang yang dia sayang..bersyukurlah kerana diberikan pelusng ke dua untuk hidup dan mrlakukan perubahan...
    Tahniah pada kawan acik kerana menerimanya dengan redha...dua insan terpilih.

    BalasPadam
  12. Insan yg terpilih.. Hanya Allah jua yg mampu memberi hidayah & membukakan hati kpdNYA... subhanallah...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails